CHAP 5 - PENGAKUAN

373 8 0
                                    

Amir yang ketika itu masih menunggu berasakan ada seseorang menepuk bahunya daripada belakang.Terkejut dia apabila melihat Aliff yang menyapanya sambil menghulurkan senyuman.Begitu juga Nizam dan Wafi yang tiba kemudian.Amir mengambil kesempatan ini untuk bersalaman dan memeluk ketiga orang rakannya yang sudah lama tidak bertemu.

Daripada usianya 13 tahun hinggalah 15 tahun inilah kawan-kawannya dulu. Kawan yang pernah seasrama dengannya,kawan yang melalui pengalaman pahit manis bersama. Tetapi kerana gagal mengawal nafsu, Amir melakukan kesilapan yang cukup besar iaitu cuba mengkhianati Wafi. Lebih malang lagi,dia amat mempercayai orang lain yang menikamnya dari belakang dan menghancurkan masa depannya sehingga kini.

Amir merenung lama ketiga-tiga orang kawannya ketika ini yang sedang memesan makanan dan minuman.
Tidak tahu bagaimana dia mahu memulakan bicara.Perasaanya bercambur baur ketika ini.Ada rasa malu,sedih dan gembira.Aliff yang duduk disebelahnya menepuk nepuk bahu Amir.

"Kau okay tak Mir? Janganlah pandang kitorang macam tu gila.Buat rileks la." Tegur Nizam yang berada di hadapannya.

"Aku okay je,cuma tak sangka dapat jumpa korang sekali.Aku ingatkan Wafi je yang datang sbb tak dengar suara orang lain masa call tadi", kata Amir.

"Kau kerja ke study Mir?", tanya Aliff yang berada disebelahnya.

"Aku kerja je bro.Result aku tak segempak korang.Lepas habis SPM memang aku terus kerja kat tempat aku sekarang", jawab Amir lagi.

"Selain daripada kitorang,sape lagi betch kita yang kau dah jumpa Mir.", tanya Nizam pula.

"Takde dah.Aku pun dah hampir lupa dah muka korang sebenarnya.Kalau sekolah lama korang je lah yang aku baru jumpa", jawab Amir lagi.
-------------------------------------------------------------
Aku membiarkan Nizam dan Aliff besembang dengan Amir kerana aku sibuk membalas mesej daripada Aida. Lewat pula dia tidur pada malam ini padahal jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi.Sedang aku leka membalas mesej,mereka bertiga pula berbual dengan cukup rancak sambil ketawa.

"Macam busy je pi.Layan awek ke?", tegur Amir kepadaku.

"Takdelah Mir,kawan biasa je", balasku lagi.

"Kau sekarang study mana Wafi? Power lah kawan-kawan aku semua.Masing- masing study lagi ni.Rasa segan pulak." Kata Amir lagi.

"Aku sekarang kat maktab Mir dekat Seremban tu.Tapi tak stay hostel lah.Tak payah nak seganlah kita semua sama je", jawabku.

"Habis kau hari-hari ulang alik Kajang dengan Seremban ke?", tanya Amir lagi kepadaku.

"Takdelah,aku stay rumah Shazuan je. Weekend baru aku balik Kajang", jawabku lagi.

Wajah Amir seakan berubah apabila aku menyebut nama Shazuan.Nizam dan Aliff juga menyedari perubahan riak wajah rakan yang mereka sudah lama tidak temui itu.Amir kemudian menghela nafas yang panjang,dia seolah mahu berkata sesuatu.

"Pi ,aku minta maaf pasal dulu.. aku tahu aku salah dan aku tak patut buat macam tu..Aku betul-betul menyesal Wafi", kata Amir kepadaku.

"Benda dah lepas, dah beberapa tahun dah Mir..Semua yang terlibat tu pun dah besar panjang,dah study ngan bekerja.So lupakan je lah apa yang jadi.." jawabku kepada Amir.

"Amir,kalau tak kisah aku nak tanya ni. Video tu memang video kau ke?", tanya Nizam kepada Amir.Aku terkejut dengan pertanyaan sebegitu.

"Haah,itu video aku", jawab Amir ringkas sambil menundukkan pandangannya.

"Siapa yang rakam video tu? Siapa yang sebarkan? Mesti ada sebab sampai video tu kena sebar.." Soal Aliff pula.

"Aku kena trap dengan Zairol dan Mubin.Zairol ajak datang bermalam rumah dia tapi dia ada masukkan something dalam air aku.Itu yang terjadi.. Zairol nak balas dendam balik sbb apa yang aku buat dekat adik angkat dia,Ariff tu..
Dorang yang rakam video tu semua, yang sebarkan pun dorang jugak.. kalau taknak sebar aku kena bayar dorang RM250 tiap bulan .. dalam masa yang sama aku kena layan nafsu dorang..
Kalau setakat layan tu,aku boleh buat sebab aku terpaksa,tapi bab duit aku nak cari mana? itu dorang sebarkan, puas aku merayu tapi dorang tak endah", jelas Amir dengan nada yang sangat berat.Kelihatan air mata bergenang di kelopak matanya.

REMAJA 2012Where stories live. Discover now