Bab 1

41.1K 453 6
                                        

KELOPAK mata itu dibuka secara perlahan. Cahaya matahari yang menembusi langsir biliknya, cahaya yang terang itu membuatkan matanya terkebil-kebil.

Raihana bangkit dari tidurnya. Matanya yang masih sipi-sipi itu digosok perlahan. Bahunya yang terasa sakit itu digosok.

Comforter yang menyelubungi tubuhnya ditarik dan sepasang kakinya itu dikeluarkan dan menjejak lantai spc itu.

Kakinya yang terasa sejuk apabila bersentuhan dengan lantai itu membuatkan dia menoleh kepalanya melihat ke arah penghawa dingin.

"Sejuknya bilik ni, macam mana aku boleh lupa nak tutup aircond semalam." Raihana membebel seorang diri. Pasti kerana dia berselubung tubuhnya dengan comforter itu kerana dia tidak rasa sejuk semalaman.

Jam dinding berbentuk Shin Chan yang tergantung di hujung sudut dinding biliknya itu dilihat.

Jarum itu berdetik dan menunjukkan sudah pukul 6:30.

Naik terbuntang biji matanya melihat jarum jam itu. Shit. Dia sudah lambat!

Dengan tergesa-gesa Raihana bangun dan berlari ke arah bilik air. Tuala yang disangkut di sebelah pintu masuk bilik air dicapai.

Raihana hanya mebersihkan dirinya yang mana sempat sahaja. Dia tiada masa untuk membersihkan rambutnya menggunakan conditioner seperti sedia kala.

Shampoo sahaja pilihan yang dia ada.

Seusai dia habis mandi, benda pertama sekali yang dia lihat ialah jam dinding. Jarum menunjukkan waktu sekarang pukul 6:45.

Okey dia masih ada masa selama 20 minit untuk bersiap. Kebiasaannya dia akan masuk kerja awal 10 minit. Dia berharap traffic tidak sesak seperti biasa. Harap-harap hari ni harinya bernasib baik.

.......

RAIHANA menghela nafas lelah setelah dia berkejar dan berebut untuk masuk ke dalam lif. Sudah seperti lembu berkejar untuk masuk ke dalam kandangnya.

Ini semua salah traffic yang tidak habis dengan masalah sesak. Lampu traffic light pula seperti biasa, pada waktu kita kalut ini la lampu semua mahu merah. Tidak ada warna lain.

"Eh Raihana lambat kau datang harini, aku rasa cukup 3 minit lagi kau sampai mesti on time kau lambat." Sindir Qiestina yang jelas tidak puas hati dengannya.

Qiestina seorang rakan kerjanya. Memang dia sahajalah fans terbesar dia. Kenapa? Lihat sahajalah baru saja dia masuk pejabat wajah pertama sekali yang dia nampak perempuan ni. Tidak tahu apa yang perempuan ni dengki sangat.

"Yang kau sibuk sangat ni dah kenapa? Kau pakcik jaga ke." Raihana mendengus. Sibuk aje! Hidup memang suka jaga tepi kain orang agaknya.

"Tak sangka aku, job kau jadi bodyguard peribadi aku. Ambik tau aku datang pukul berapa. Siap jemput aku depan pintu lagi." Sinis sahaja kedengaran Raihana menyindir.

"Eish!" Qiestina berjalan pergi selepas hatinya sakit dengar sinisan Raihana.

Kakinya yang memakai heels itu dihentak dan membuatkan Raihana menutup sebelah telinganya.

Raihana memutarkan bebola matanya. Huh. Penat betul. Raihana berlalu pergi ke mejanya. Baru masuk kerja sudah penat melayan kerenah pekerja disini. Kalau tidak kerana gajinya yang ditawar tinggi memang dia sudah angkat kaki!

......

Laju tangannya itu menyetik di atas papan kekunci. Raihana menepuk pipinya dengan kedua belah tangannya. Baru cuti sehari kerja, dah berlambak seperti cuti seminggu.

"Woi. Dah gila ke?" Sergah Aina apabila melihat kawannya itu menepuk mukanya sendiri.

"Memang."

"Stress sangat nampak. Nak aku hilangkan stress tu tak?" Aina melakarkan senyuman manis pada wajahnya. Matanya juga turut dikebil-kebilkan.

"Apa?" Sebelah keningnya terangkat.

"Makan, jom."

Raihana mengerutkan dahinya, membuatkan kedua-dua belah keningnya sedikit tercantum. Jam tangan dikerling.

Lunch hour.

"Malas la. Lagipun aku tak lapar." Raihana menolak. Tidak mahu dia, lagipun dia sekarang sedang dalam misi untuk menurunkan berat badan.

"Ah takda takda orang kata jangan tolak rezeki, sekarang ni rezeki kau aku belanja makan jadi jom." Aina menarik tangan Raihana untuk memaksa Raihana teman dia makan tengahari. Raihana ni kalau tidak dipaksa, tak jalan.

"Yela kejap la Na, tangan aku kau tarik handbag aku kau tak tarikkan sekali asal." Raihana mengomel. Sakit tangannya ditarik bagai galah panjang.

Raihana berjalan ke mejannya untuk mengambil handbagnya yang tertinggal itu. Haih. Malas betul dia.

"Oke jom." Aina yang berada tidak jauh darinya itu sudah menghulurkan tangannya untuk di menyahut tangannya.

Tahu sahajalah rakannya itu kalau dia tidak tarik tangan Raihana pasti Raihana akan kembali duduk di mejanya. Dia terlalu malas untuk keluar.

.......

Buku menu itu diselak dari muka surat ke muka surat lain. Aina rambang mata untuk memilih makanna disini. Semua tampak sedap dimatanya.

"Izzah, kau nak makan apa?" Soal Aina apabila melihat rakan baiknya itu sudah selesai melihat menu. Nampak seperti sudah ada makanan di dalam fikirannya.

Tapi dia yakin Raihana pasti akan memilih spgahetti carbonara. Kenapa? Itu sahjalah makanan yang akan di pesan kawannya itu.

"Aku spaghetti carbonara." Raihana mengangkat wajahnya memandang Aina dihadapannya. Telefon pintarnya diletak di sisi.

Kan. Dia sudah kata.

"Tak jemu ke Zah kau makan benda sama je. Ya I know your favourite but jemu tak jemu ke?" Aina beriak hairan. Memang makanan kegemaran betul kalau setiap kali kedai tu ada jual spaghetti carbonara pasti itu yang menjadi pilihan Raihana.

"Na sekarang ni aku ke kau yang telan spaghetti tu?" Tanya Raihana lalu menjeling Aina dihadapannya. Yang meghadap makanan itu nanti siapa? Dia kan? Jadi suka hati dia.

"Okey, okey Zah jangan marah aku tanya je." Takut pula dia lihat Raihana harini. Stress sangat gamaknya sampai tanya soalan ringkas pun nak kena marah.

"Ni air kau nak air apa?" Aina membelek ke mukasurat terakhir di buku menu itu. Rasa seperti mahu minum minuman berbuah.

"Macam biasa je."

"Ais kosong?" Soal Aina lagi seperti tidak biasa dnegan dirinya.

"Iye, Aina." Malas sahjaa dia mahu respon soalan kawannya itu.

Raihana sangat gemar dengan ais kosong dari kecik, dia sudah terbiasa dengan ais kosong dan dia tidak suka air bergas. Baginya air kosong lebih sedap.

Aina yang baru sahaja membuat mimik muka bagai ingin judge, laju sahaja Raihana membalas dengan mulut.

"Air tu akan lalu tekak aku ke tekak kau?" Raihana berpeluk tubuh, memandang Aina atas bawah. Memang harini semua yang dia makan dan minum mahu pertikaikan ke apa?

Aina menelah liurnya pahit. Okey jangan ganggu harimau yang tengah tidur.

Aina mengangkat tangannya untuk memanggil waiter untuk memesan order mereka. Raihana pula sudah meletakkan buku menu dia dan Aina di sisi, sedia apabila waiter itu datang dia mahu beri.

To be continued.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang