IAN sedang sibuk di dapur, aroma nasi goreng dan telur dadar memenuhi ruang rumah. Tangannya lincah mengadun bahan-bahan, bibirnya menggumam sedikit resipi rahsia untuk isterinya.
Tiba-tiba, dia terasa sesuatu memeluknya dari belakang. Ian menegang, tangan masih memegang spatula.
"Sejak bila sayang pandai peluk abang dari belakang, hm?" Ian bertanya tanpa menoleh, matanya tetap fokus pada nasi gorengnya.
"How are you this handsome, Ian Mikael...?"
suara itu....bukan suara isterinya.
Dalam sekelip mata, Ian berpaling. Wajahnya berubah serius.
"Kau!" Ian menjerit.
"Baby..." suara Hawa bergema, namun Ian sudah berdiri tegak di hadapannya, mata tajam.
"Apa yang kau nak, Hawa!?" Ian menengking, amarahnya menebal.
Melihat reaksi Ian yang jelas tidak suka itu mmebuatkan Hawa menjadi gerun. "Saya cuma tak sengaja-" Hawa cuba mengelak.
"Kau ni, baik dengan isteri aku sebab nak kacau rumah tangga kitaorang, kan?" Ian menegur dengan suara yang membara.
"Apa yang kau benci sangat dengan adik kau, Hawa!?" Ian menambah lagi, matanya seakan menyalakan api.
"Aku benci dia! Aku tak boleh terima dia hidup bahagia dan kaya raya...aku nak dia menderita!" Hawa menjerit, wajahnya merah marah. Jelas dia tidak boleh tahan lagi perasaan benci dia terhadap Raihana.
Ian melangkah lebih dekat, matanya menyalakan api amarah. "Jangan sesekali kau cuba nak ganggu isteri aku. Kalau aku dapat tau kau cuba buat apa-apa dekat isteri aku...aku sendiri yang akan pastikan kau menyesal." Dia tidak main-main apabila perkara yang melibatkan isterinya.
Hawa tersenyum sinis. "Nak buat apa, hmm?" Riak tenang terpapar. Dia langsung tidak takut dengan amaran lelaki itu.
Ian mencondongkan mukanya, bisikan yang dingin menusuk keluar. "Aku tak pernah rasa percikan darah manusia...jangan disebabkan perangai bodoh kau, kau orang pertama yang akan buat aku rasa benda tu."
Hawa terkejut. "K-kau tau kan aku kakak...Rai?"
"Kau tak takut kalau dia sedih bila tau suami dia sendiri bunuh kakak dia?" Hawa menggugut.
"Tak. Aku yakin Rai tak akan sedih mahupun mengalirkan setitis air mata pun... aku yang akan patikan benda tu tak akan berlaku." Ian tetap tenang tapi matanya menusuk tajam.
Tiba-tiba, suara Raihana dari tangga memecah ketegangan.
"Abang!"
Ian menoleh, wajahnya lembut sekelip mata. "Abang tengah masak ke?"
"Aah...abang masak sarapan untuk isteri tercinta abang ni." Ian senyum, meninggalkan Hawa yang terkedu, lalu bergerak ke arah tangga.
Raihana tersenyum kagum. "Wah...abang pandai masak."
"Tengok muka la." Ian mengangkat kening beberapa kali, berseloroh.
"Eh...akak pun ada?" Raihana keliru.
"A-akak turun nak minum air...tak sangka Ian ada dekat bawah." Hawa tergagap.
Raihana hanya mengangguk, memahami situasi itu. Ian memandang Hawa dengan pandangan tajam.
"Akak naik dulu." Hawa melangkah melepasi mereka, wajah terkedu jelas terpapar.
Ian menoleh kembali kepada isterinya, senyumnya lembut. "Jom, sayang. Kita makan. Abang masak special tau."
"Iya...apa yang special tu?"
"Special la...air tangan abang. Sayang tak pernah rasa lagi kan?" Ian tersenyum bangga.
"Sedap ke?" Raihana tersenyum manja.
"Of course la...Ian Mikael ni chef terkenal tau. Sesiapa rasa masakan abang mesti terkesima...dan jatuh cinta dengan abang." Ian buat gaya berlagak, Raihana ketawa kecil.
Propa.
"Kalau macam tu, Rai taknak makan la." Raihana mengusik.
"Kenapa pula?" Ian hairan.
"Nanti Rai jatuh cinta dengan abang pulak."
Ian diam, matanya berkaca seakan ingin menangis. "Sayang tak nak masuk dalam hati abang ke?"
"Alolo...jangan la nangis, cengengnya suami Rai ni." Raihana memeluk suaminya dari depan.
"Sayang tak cinta kan abang?" Ian sebak.
"Bukan macam tu...Rai saja je nak kenakan abang."
"Dah...dah, jangan nangis." Raihana mengusap belakang badan Ian dengan lembut.
"Saja je tau sayang ni." Ian mengusap rambut isterinya.
Ian tiba-tiba mencium isterinya manja.
"Apa ni...cium orang sesuka hati je."
"Sayang kan hak abang...jadi abang boleh buat apa-apa je tanpa minta izin." Ian mengusik. Sebelah keningnya dijongketkan.
"Dah jom makan." Ian mengangkat isterinya dengan gaya bridal style, meletakkan di kerusi.
"Sayang nak abang suap tak?"
"Tak nak."
"Kau tak nak pun, abang nak juga. Sayang kan isteri abang!" Ian mula menyuap Raihana.
"Sedapnya abang!" Raihana tersenyum puas. Ian mengangkat kening bangga.
"Boleh la...lepas ni abang je masak. Rai boleh tidur rehat." Raihana melagakan bahu mereka. Saja mahu megusik sang suami.
"Lepas ni sayang dah boleh pencen dari masak...biar abang je yang masak untuk sayang."
"For my honey." Tangannya yang sudah berisi nasi disuakan ke mulut isterinya. Raihana menarik senyuman sekilas sebelum mebuka mulut.
"Rai sayang abang." Sekilas Raihana mencium bibir Ian.
"Eieie...suka la macam ni!" Ian kelakuannya seperti kanak-kanak riang yang mebutkan Raihana menggelngkan kepalanya dengan karenah Ian.
Tanpa mereka sedar, di sudut dapur ada Hawa yang memerhati dengan mata penuh dendam.
Bibirnya berbisik perlahan. "Tunggu kau, Rai...aku akan buat hidup kau derita macam apa yang aku rasa sekarang."
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
