RAIHANA melangkah masuk ke pejabat dengan beg kerja tersangkut di bahu. Suasana di bahagian marketing agak sibuk pagi itu. Papan putih penuh dengan idea kempen baru, laptop terbuka dengan spreadsheet berwarna-warni, dan bunyi papan kekunci yang diketik laju memenuhi ruang.
Dia menghela nafas panjang, menolak kerusi ke mejanya dan meletakkan beg di sisi. Segera, komputer dinyalakan, e-mel dibuka, dan satu persatu tugasan mula disusun.
Raihana melepaskan helaan nafas sebelum dia memulakan semua tugasannya.
Raihana menunduk di depan skrin laptop, mata terpaku pada spreadsheet yang penuh dengan tarikh kempen dan target engagement. Telefon yang berdering sesekali dan printer di sudut pejabat terus mengeluarkan kertas.
"Aduhh..." gumamnya sambil mengurut pelipis. "Mana semua deadline ni datang serentak?"
Di mejanya, tumpukan fail berwarna-warni menunggu untuk disusun, setiap satu ada nota client yang mesti di-follow up.
Aina muncul dari meja lain, membawa sebungkus kopi panas. "Zah, kau tengok ni...ada feedback terbaru dari client. Kita kena ubah design kempen untuk social media minggu depan."
Raihana mengangkat tangan, menahan muka daripada rasa stress. "Err... banyaknya kerja. Email client, post social media, tengok engagement, plan content...aduhh, kepala aku nak pecah dah." gumamnya.
"Slow-slow je, Zah. Jangan stress sangat. Kalau kau sakit, siapa nak siapkan semua kerja ni?" Aina menasihati sambil menyandarkan kopi di meja Raihana.
Raihana menjeling Aina. Ayat last tu macam minta mahu dimarah sahaja. Memang la dia sahaja yang terpaling mahir dekat sini tapi tidak la semua kerja dia perlu buat.
Raihana menggosok mata. "Aku tahu, Na. Tapi tengok ni, semua deadline dekat-dekat. Rasa nak menjerit je."
Sepanjang pagi, Raihana sibuk menguruskan kempen. Dari memeriksa engagement media sosial, buat jadual posting, sampai review copywriting, semua dilakukannya dengan teliti.
Qiestina dari meja sebelah menoleh sambil senyum sinis. "Stress sangat ke, Rai? Aku ingat kau Marketing Executive ni handal, nampak je macam relax."
Raihana menepuk dahinya perlahan. "Relax? Kau tengok fail-fail ni? Tengok spreadsheet ni? Aku tengah cuba survive dengan kempen kau tau!"
Aina menepuk bahu Raihana, cuba menenangkan. "Slow-slow je, Zah. Kita tackle satu satu. Kau draft post untuk Instagram dulu, aku handle email client. Jangan panik."
Raihana menunduk, cuba tarik nafas dalam-dalam, tapi kepala terasa berat. Tangannya bergerak laju di keyboard, menulis copy, semak hashtag, dan pilih gambar yang sesuai. Mata kadang-kadang melirik jam di komputer.
1 jam berlalu...
Rasa seperti masa berlalu terlalu pantas.
Printer kembali mengeluarkan kertas. "Aduhh, tak sempat nak tengok ni semua," gumamnya sambil cepat-cepat susun kertas.
Qiestina menoleh lagi. "Kalau kau lambat siap, jangan menangis depan client pula, ya?" katanya dengan nada sinis.
Raihana mengangkat pandangan sekejap, tarik nafas panjang, dan jawab dengan tenang tapi cukup pedas. "Tak payah sibuk pasal aku, kau fokus jaga kerja kau je."
Beberapa minit kemudian, Aina datang membawa tablet. "Zah, ni mockup untuk Facebook post. Aku dah edit ikut brief client. Kau tengok, lepas tu submit terus."
Raihana mengangkat muka dan tersenyum nipis. "Thanks, Na. Kau memang sahabat sejati aku."
Jam menunjukkan tinggal 30 minit sebelum deadline. Raihana menekan butang "upload" dengan tangan bergetar sedikit dan hati yang masih berdegup kencang. Semua kerja hampir siap, tapi kepala terasa penat luar biasa.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
RomanceIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
