DULANG itu dipenuhi dua pinggan yang berlainan jenis nasi dan lauk. Dengan berhati-hati Aina membawa dulang itu. Tidak mahu jatuh di separuh jalan. Perlahan-lahan anak tangga itu dinaiki. Dulang itu diletak di mana Raihana duduk.
Aina mengeluarkan kedua pinggan itu dari dulang sebelum dia turun ke tingkat bawah semula untuk menghantar kembali dulang dari pemilik kedai yang dibeli nasinya tadi. Sebaik sahaja Aina kembali, mereka menjamah nasi itu bersama.
"Kau memang nak bagi ke Rm 2000 tu dekat umi?" Soalnya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut, dia juga boleh terkejut mendengar angka yang diminta Puan Noridah. Macam mana Raihana boleh beriak tenang di hadapan umi?
Raihana berhenti dari menguis nasi dihadapannya. Dia tidak boleh berkata apa. "Kau pun tahu kisah hidup aku kan, Na." Duit yang dia bagi tidak senilai Puan Noridah yang menjaganya dari kecik. Kalau dia boleh bahagiakan umi dengan cara mengikut semua kehendak umi, dia akan ikut.
Tiada cara lain lagi untuk dia menebus salahnya...
Hanya itu...
"It's too much. Dia hanya perlukan kau waktu kau gaji je. Apa gaji anak kesayangan dia tu dah habis ke?" Aina melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya saat melihat Raihana yang masih tenang. Raihana seperti sudah biasa lalui perkara tadi.
"Dah la, Na. Aku malas nak bahaskan hal ni. Kau pun tau kan kenapa umi macam tu." Suaranya semakin mengendur. Dia tidak mmampu melawan dengan apa yang umi buat terhadapnya. Jika umi mahu anggapnya sebagai kuli yang tukang bagi duit setiap bulan pun, tidaka apa. Dia sudah tiada siapa-siapa selain uminya.
"I know....tapi sampai bila dia nak letak semua salah tu atas bahu kau? Izzah semua ni takdir. Walau macam mana sekalipun dia kena terima takdir, bukan salahkan kau dengan semua yang telah jadi." Aina meludahkan fakta yang mampu membuatkan Raihana terdiam.
Dia tidak ada jawapan untuk soalan Aina tadi. Memang benar kata Aina...tapi apa dia boleh buat selain menyalahkan dirinya.
"Na..aku tidur rumah kau malam ni, boleh?"
Aina tidak menjawab, dia hanya memandang Raihana. Tidak tahu dengan cara apa lagi dia mahu menyedarkan Raihana yang diirinya hanya dipergunakan oleh umi. Dia mahu menyedarkan wanita itu, bahawa masalah masa lalunya bukan salahnya Namun setiap kali berbahas tentang ini pasti ada saja cara Raihana mengelak.
"Boleh, Zah. Kau nak bermalam terus pun boleh." Aina menyulami tangannya dan Raihana.
"Thanks, Na..." Raihana menarik senyuman manis. Cuba untuk ceriakan keaadaan yang muram sebentar tadi.
Dia tahu Aina hanya mahukan yang terbaik buat diirnya. Wanita itu tahu serba serbi tentnag masalah lalunya. Hanya Aina ialah kawan pertama yang Raihana menceritakan segala masalahnya.
Selama 14 tahun dia hidup memendam rasa. Hidup dengan gelaran seorang 'pembunuh', hidup dengan orang yang langsung tidak kisah makan, minumnya. Dia tidak boleh buat apa. Dia tidak mahu rasa kehilangan lagi. Cukup hanya sekali itu sahaja...
.......
AINA dengan tergesa-gesa menyarungkan tuudng sarung. Cardigan juga turut dicapai untuk disarungkan pada tubuhnya. Grill rumah dibuka. Susuk seorang lelaki yang berada di luar rumahnya itu dilihat dengan teliti.
"Ya, encik. Cari siapa?" soal Aina dengan tangan yang berada di dagu untuk mengepit tudungnya, tidak sempat dia mahu memakai peniti untuk mengetatkan tudung sarungnya yang longgar ini.
Ian memusingkan tubuhnya menghadap Aina yang berada di dalam pagar rumah. Tangannya yang bersilang di dada adi diturunkan dan menyeluk masuk ke dalam poket.
"Raihana ada?"
Aina baru sedar lelaki itu ialah lelkai yang sama mereka jumpa di rumah umi itu hari. "Ada, kenapa encik nak saya panggilkan ke?"
"Sure." Ian menggnaguk. Memang tujuannya ke sini untuk berjumpa dengan wanita itu.
Aina kembali masuk ke dalam rumah. Tidak lama selepas itu Raihana keluardengan hanya mengeluarkan kepalanya di sebalik pintu.
"Ian." bisiknya perlahan.
Pintu dibuka luas. selipar disarungkan sebelum dia pergi lebih dekat dengan Ian. "Kenapa awak nak jumpa saya? And one more, macam mana awak tahu saya dekat sini?"
Tersungging perlahan senyuman pada wajah lelaki itu. Senyuman yang mampu membuatkan Raihana terkesima. Wajah lelkai itu saat senyum sungguh berseri, terelah wajah kacak Ian.
"Boleh kita bercakap di tempat lain?" Ian tidak menjawab soalan Raihana. Malah dia terus pergi ke tujuan asalnya ke sini, iaitu mahu berjumpa Raihana dan bincang tentang majlis kahwin mereka.
Raihana mengangguk. "Bagi saya masuk bersiap dulu."
Raihana memuingkan tubuhnya, kembali mahu masuk ke dalam rumah. Aina yang berada di sebalik tingkap itu hanya melihat sahaja Raihana kembali masuk ke dalam rumah dan terus meloloskan diri ke tingkat 2.
Mahu sahaja dia mennayakan soal Ian pada Raihana namun tidak sempat. Dia sellau terlupa ingin menanyakan tentang hubungan Raihana dan Ian. Macam mana dia tidak terlupa, Raihana juga tidak pernah buka cerita tentang hal ini. Kalau tidak boleh juga la dia menannyakan soalan tentang itu.
"Na aku keluar sekejap."
Terhinjut bahu Aina apabila Raihana tiba-tiba sahja berada di belakangnya.
"Kau nak pergi mana?"
Raihana menjuihkan bibirnya ke arah Ian yang berada di hadapan rumah, menunggu dia untuk keluar. "Ian ada benda nak bincang dengan aku. Bye!" Tangannya dilambaikan pada Aina sebelum keluar rumah.
"Elok-elok, Zah." Jerit Aina apabila Raihana sudah berada di hadapan pagar.
Raihana menggangukan kepalanya. Jari berbentuk 'OK' ditunjuk. Lagi sekali Raihana memusigkan tubuhnya menghadap Aina dan melambaikan tanganya. Aina kembali melambaikan tangannya. Kereta mercedes hitam Ian yang sudah bergerak itu dipandang sehinggakan kereta hitam itu hilang dari pandangannya.
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
RomanceIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
