RAIHANA duduk di tepi tingkap bilik, memerhati cahaya pagi yang menembusi langsir nipis. Hatinya rasa bercampur-baur satu rasa gembira, satu rasa takut. Dia menepuk perutnya perlahan.
"Baby...betul ke ni?" bisiknya perlahan. Hati Raihana tiba-tiba berdebar, tangannya terasa hangat ketika menyentuh perutnya. Beberapa minggu kebelakangan ini dia rasa loya pagi, cepat penat, dan ada rasa lain yang dia tak pernah alami sebelum ini.
Raihana bangun perlahan, menuju ke bilik mandi. Dengan jantung berdebar, dia buat test pregnancy yang dibeli minggu lalu. Hatinya berdebar-debar apabila melihat dua garis merah muncul jelas di alat tu.
"Dua...dua garis?" Raihana mengulang perlahan, matanya berkaca. Tak sangka dia akan melalui detik ini sekarang. Gembira bercampur takut macam mana Ian akan rasa, macam mana hidup mereka akan berubah.
Selepas beberapa minit, Raihna tarik nafas panjang, cuba tenangkan diri. Dia tahu, ini bukan masa untuk panik. Ia juga masa untuk berkongsi berita gembira ini dengan Ian.
.......
Tangannya menggenggam tas tangan terasa sejuk. Hari ini, dia akan pergi ke klinik untuk confirm kan kehamilannya.
Di dalam kereta, Raihana menekan pedal gas perlahan. Hatinya bercampur-baur gembira, takut, dan sedikit cemas.
"Apa kalau hasilnya tak macam yang aku harapkan?" bisiknya perlahan pada diri sendiri. Tapi dia cuba tersenyum. Tidak mungkin test yang dia buat tadi pagi palsu.
Setibanya di klinik, Raihana menunggu di bilik menunggu. Suasana sunyi, hanya bunyi jam berdetik dan bisikan petugas klinik di kaunter. Tangannya terus menyentuh perutnya secara refleks, seakan mahu meyakinkan diri sendiri.
"Puan Raihana. Sila masuk ke bilik doktor." panggil jururawat.
Raihana menarik nafas panjang dan melangkah masuk. Doktor tersenyum menyambutnya. "Hai, puan Raihana. Apa yang boleh saya bantu hari ini?"
Raihana mengelipkan mata, sedikit gugup. "Doktor...saya rasa saya mengandung. Ujian apa yang kita boleh buat untuk kepastian?"
Doktor mengangguk dan memberi arahan. Ujian urine diambil, Raihana menahan debaran yang semakin cepat di jantungnya. Setiap detik menunggu keputusan terasa seperti sejam.
"Baik, kita ambil ujian urine dulu. Lepas tu saya akan buat pemeriksaan lanjut untuk tengok perkembangan awal kandungan." kata doktor sambil memeriksa alat ujian.
Raihana menutup matanya sekejap, menghembus nafas perlahan.
Hati Raihana berdebar-debar sepanjang ujian dijalankan. Setiap detik menunggu keputusan terasa seperti berjam-jam lamanya.
Beberapa saat kemudian, doktor tersenyum lebar.
"Alhamdulillah...puan, keputusan positif. Tahniah, puan sedang mengandung." Ucap Doktor itu pada Raihana.
Hati Raihana seperti mahu meletup kegembiraan. Tangannya menekan perutnya perlahan, air mata gembira menitik di pipi.
"Betul ke ni doktor? S-saya mengandung?" bisiknya perlahan.
"Betul, puan Raihana. Dan dari pemeriksaan awal, kandungan awak sekarang berusia dua bulan. Semuanya nampak sihat, tapi awak kena jaga pemakanan, rehat cukup, dan elakkan stres." Doktor menasihati dengan lembut.
Raihana mengangguk, senyumannya tak lepas dari wajahnya.
"Baby...mommy sayang baby. Besar dengan sihat tau." bisik Raihana sambil tersenyum, mata berkaca.
Doktor tersenyum. "Puan, masih awal lagi, jadi kita akan buat pemeriksaan susulan. Tapi Alhamdulillah, semuanya nampak baik sekarang."
Raihana mengangguk, senyumannya tak lepas dari wajahnya. Dia berdiri untuk keluar dari bilik doktor, hati berbunga-bunga.
Dia tarik nafas panjang, mengusap perutnya lagi.
Sambil melangkah keluar dari klinik, Raihana tahu sekarang hidupnya sudah berubah. Tapi perasaan gembira itu mengalahkan segala ketakutan. Dia tak sabar nak kongsi berita ni dengan sahabat baiknya, Aina, dan suaminya, Ian.
......
RAIHANA menuruni anak tangga perlahan sambil menyarung kasutnya. Di tangannya sudah ada kunci kereta. Hari ini dia bercadang keluar sekejap untuk berjumpa Aina.
Baru sahaja dia hendak membuka pintu, tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar.
Raihana mengerutkan dahi.
"Siapa pula pagi-pagi ni..." gumamnya perlahan.
Dia membuka pintu.
Sebaik sahaja pintu terbuka, Raihana terus terpaku. "Hawa...?"
Di hadapan pintu berdiri Hawa dengan wajah pucat. Rambutnya sedikit kusut dan matanya kelihatan sembap seperti baru menangis. Sebuah beg kecil tergantung di bahunya.
"Rai..." suara Hawa perlahan.
Raihana masih terkejut. "Akak buat apa dekat sini?"
Hawa menundukkan pandangan, jari-jarinya menggenggam kuat tali beg. "Akak... tak ada tempat nak pergi."
Kening Raihana terus berkerut. "Apa maksud akak?" Dia tidak faham. Tiada tempat untuk pergi?
Air mata Hawa tiba-tiba jatuh.
"Umi...umi halau akak keluar rumah."
Raihana tersentak. "Kenapa? Tak akan umi tiba-tiba je halau?" Soalnya tidak percaya. Umi halau..Hawa?
Hawa menelan air liur sebelum menjawab perlahan.
"Umi malu akak mengandung anak luar nikah, Rai."
Suasana tiba-tiba menjadi sunyi.
Raihana memandang wajah Hawa lama, cuba memahami apa yang sedang berlaku.
"Lelaki tu...mana?" tanya Izzah perlahan. Dia masih ragu-ragu dengan Hawa.
Hawa menggeleng, tangisnya semakin kuat. "Dia dah tinggalkan akak. Rai tolong akak.." Tangannya mencapai pergelangan tangan Raihana.
Raihana menghela nafas perlahan. Walaupun hatinya masih ada sisa luka lama, melihat keadaan Hawa begitu membuatkan hatinya sedikit lembut.
"Akak tak ada siapa-siapa lagi..." sambung Hawa dengan suara bergetar. "Akak tahu akak banyak buat salah dekat Rai dulu...tapi akak betul-betul tak ada tempat nak pergi sekarang."
Raihana diam seketika.
Dia memandang Hawa dari atas ke bawah melihat keadaan Hawa yang memang nampak tidak terurus seperti biasa.
Akhirnya, Raihana menghela nafas panjang.
"Masuklah dulu."
Hawa mengangkat wajahnya perlahan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Betul ke, Rai?"
Raihana mengangguk kecil.
Hawa melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah perlahan. Namun di wajahnya masih ada sisa tangisan... dan sesuatu yang sukar ditafsir.
Sementara itu, Raihana hanya mampu berharap satu perkara. Semoga kali ini...Hawa benar-benar sudah berubah.
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
