MALAM sudah jauh melangkah ketika Raihana melangkah keluar dari pejabat. Lampu jalan memantulkan bayang tubuhnya di atas lantai yang masih basah kerana dek hujan petang tadi.
Wajahnya letih, bukan kerana kerja semata-mata, tetapi kerana hari yang terasa panjang.
Kedai 7-Eleven 24 jam di hujung jalan, Raihana berhenti. Bukan kerana lapar, dia cuma mahu beri ruang pada diri sendiri untuk bernafas sekejap sebelum pulang.
Loceng pintu berbunyi lembut ketika dia masuk.
Raihana mencapai sebotol air, lalu berhenti apabila menyedari seseorang berdiri di hujung laluan yang sama.
Seorang lelaki.
Tidak terlalu dekat, tidak juga jauh. Cuma cukup untuk membuatkan Raihana sedar kehadirannya. Raihana yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, semakin dekat dia dengan lelaki itu.
Mereka bertentang mata seketika. Lama sedikit daripada kebiasaan, seolah-olah masing-masing sedang mencari ayat yang sesuai.
"Selalu balik lambat?" suara lelaki itu memecah sunyi, nada rendah. Ian berpaling menghadap Raihana.
Raihana terkejut. "Awak!"
Ian ketawa perlahan melihat reaksi terejut wanita itu. Bagai tidak sangka yang itu dia. "Ya, saya Raihana."
"Awak buat apa dekat sini? Dan saya ada soalan nak tanya awak." Daripada semalam ayat yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan dia tertanya-tanya sepanjang malam.
"7-E. Semestinya saya beli barang."
"Oh. Ha! Saya ada nak tanya awak satu soalan. Apa maksud awak, 'see you in one month, fiance'."
Ian menarik senyuman manis. Mereka berdiri di kaunter yang sama. Ian mencapai sebotol air yang berada di dalam genggaman Raihana. Botol air itu diletakkan di atas kaunter bersama dengan roti dan air yang diambilnya.
Seusai membuat bayaran, Ian mengangkat plastik yang berisi barang mereka itu. Tempat duduk di dalam kedai itu diambil.
"Duduk dulu baru saya cakap." Ujar Ian apabila Raihana masih beridir tidak mahu duduk.
"Dah."
Ian tersenyum kali ini. Senyuman kecil, tetapi cukup untuk mengubah suasana.
"Awak tak tahu?"
"Tahu apa?" Apa yang dia tahu? Tidak suka betul dia orang buat dia tertanya sebegini.
"Didn't your mom tell you that we're going to married?"
Raihana berfikir. Apa maksud yang ingjn disampai lelaki ini. Kahwin? Sejak bila pula dia mahu kahwin.
Kedua belah keningnya tercantum akibat dahinya berkerut cuba untuk memikirkan maksud lelaki ini.
"You're crazy." Sah mamat ni gila. Dia tidak tahu menahu pun yang dia akan berkahwin.
"I'm not." Ian beriak serius.
Raihana yang mendengar jawapan lelaki itu membuatkan dia lagi memerah otaknya. Dia hampir mengalah setelah tidak dapat ingat apa-apa.
"We're already engaged, Rai."
Engaged.
Tunang.
Umi pernah membuat panggilan padanya dan memberitahu ada seorang lelaki masuk minangnya dan pada saat itu juga dia sudah tolak...tidak mungkin.
"What the fuck."
"Bukan saya dah tolak ke?" Soal Raihana. Dia tidak mahu kahwin. Bahkan lagi dengan lelaki dihadapannya ini.
Dia tidak akan kahwin dengan sesiapa! Tak ada siapa boleh paksa dia. Full stop.
"I'm not something to be handed over like that, Rai."
Ian hanya memandang Raihana yang bagai sudh hilang arah. Perlahan-lahan wajahnya menarik senyuman sinis.
Dia tahu bahawa Raihana menolak pinangannya tapi itu tak bermaksud Raihana boleh tentukan dengan siapa dia berkahwin.
Saat Puan Noridah membuat pnggilan pdanya untuk memberitahu Raihana menolak pertunangannya dan pertunangan mereka akan bertukar dengan Hawa, Ian awal sekali sudah bantah.
Dia hanya mahukan Nur Izzah Raihana. Tiada wanita lain selain Raihana. She's the only one he wants.
"Jadi, bila kita nak fitting baju kahwin. Anytime works for me." Ujar Ian santai. Suka dia melihat Raihana yang masih tidak senang duduk.
"Wait. Awak tak boleh buat keputusan macam ni. Ni hidup saya. Saya ada hak untuk pilih siapa yang saya nak sehidup semati." Raihana tidak mengalah. Dia mempertahankan haknya.
"Okay, now tell me. Awak ada seseorang ke dalam hati awak?" soal Ian penuh ringkas. Namun soalan itu membuatkan Raihana menelan liurnya.
Ian tersungging senyuman. Botol air dihadapannya diambil dan dibuka penutup. Air itu diminum untuk membasahkan tekak. "I've got the answer."
"No. But I'm still sticking with my own decision." Sekeras keras batu yang berada di jalan raya itu keras lagi kepala Raihana.
"You have no choice."
Ian mengambil air Raihana dan penutup dibukakan untuk wanita itu. Air itu kembali ditolak dihadapan Raihana.
Raihana hanya mengerling sahaja air itu. Terima kasih sahaja, dia tidak dahaga sekarang.
"Saya tak kenal awak. Macam mana kita nak-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya lelaki itu sudah memotong.
"Tengku Ian Mikael Bin Tengku Hisyam. I'm 33 years old. Anak tunggal dalam keluarga. And more...what else? Oh, seorang yang baik hati, pemurah, kacak semestinya." Ian memperkenalkan dirinya. Benda mudah. Tidak kenal, boleh kenal.
Raihana memusingkan bebola matanya apabila mendnegar ayat terakhir daripada lelaki itu.
Raihana menarik nafas. Cuba untuk memikirkan pelabgai helah. "Okey, mungkin saya dah kenal awak, dah tau nama awak. Tapi awak tak kenal saya. Macam mana awak nak kawin dengan ornag yang awak langsung tak kenal."
"Awak yakin saya tak tahu tentang awak, Rai? You couldn't hide your shock when I found out your name."
Raihana mengemam bibirnya. Cuba untuk melepaskan geram. Eish! Apa yang dikatakn umi lelaki ini kaya, lihat sahaja lah kereta yang dinaiki Ian. Semestinya dia hanya mengarah orang bawahannya untuk mencari data tentang dirinya.
"Tapi bukan umi saya dan pinang kan awak untuk, Hawa?"
"I want you, Raihana."
Satu baris kenytaan dari Ian itu sudah mampu membuat dia terdiam. Maknanya lelaki itu sendiri yang menolak Hawa. Mahu sahaja dia tahu apa reaksi Umi saat Hawa ditolak.
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
