RAIHANA duduk di sisi katil tanpa suara. Cahaya pagi menembusi langsir nipis, jatuh lembut di wajah Ian yang masih lena. Dia memandang lama seolah-olah cuba menghafal setiap garis wajah itu. Bulu mata yang tertutup, nafas yang teratur, wajah yang buat hatinya selalu goyah.
Perlahan, jari Raihana terangkat. Hujung jarinya singgah di rambut Ian, menyentuhnya sedikit, hampir tidak terasa.
"Abang..." bisiknya, suara hampir pecah. "Saya nak sangat panggil awak dengan panggilan tu."
Ian bergerak kecil. Raihana kaku, jantungnya berdegup laju. Namun jari itu sudah terlambat untuk ditarik pergi.
Mata Ian terbuka perlahan. Beberapa saat dia hanya memandang Raihana seolah-olah tak pasti sama ada ini mimpi atau nyata. Kemudian bibirnya melengkung dengan senyuman paling lembut yang pernah Raihana lihat.
"Kalau setiap pagi bangun nampak wajah sayang..." kata Ian perlahan, suaranya masih serak "Abang sanggup bangun awal setiap hari."
Raihana cepat-cepat tarik tangan, wajahnya sedikit merah. "Jangan merepek. Awak-"
"Awak, hmm?" soal Ian perlahan. Raihana kaku.
Ian mencapai tangannya semula, kali ini menggenggam jari Raihana erat tapi berhati-hati, seolah takut kehilangan.
"I thought you were going to call me abang earlier?"
Mata mereka bertaut. Sunyi seketika, tapi sunyi itu penuh dengan rasa yang tak perlu dijelaskan.
Raihana menarik nafas perlahan. Ian dengar?
"Saya-."
Tangan Ian naik mengusap lembut bibir merah isterinya. "Boleh tak mulai sekarang, sayang paggil abang, abang. Dan sayang bahasakan diri sayang, Rai."
Raihana mengerutkan dahinya. "Abang, Rai?"
Ian menggangguk. "Yalah sayang dan abang. Ke sayang ada nak panggil abang dengan panggilan lain?" Ian menguntum senyuman.
Raihana sudah bulat matanya apabila mendengarkan itu. Macam sudah lain sahaja maknnya.
"No. Saya panggil awak abang." Tidak mahu memanggil dengan panggilan yang lain.
Wajah Ian sekarang ini bagai berpuas hati dengan panggilan itu.
"Awak-"
Cup!
Tangan Raihana naik memegang bibirnya. "Kenapa awak cium saya!"
Cup!
Terltus ketawa Ian dibuatnya apabila melihat wajah blur Raihana. Tidak faham kenapa dirinya dicium gamaknya.
"Awak-" Cepat-cepat Raihana menutup nulutnya debgan kedua belah tangannya. Alamak! Dia baru sedar!
Abang.
Raihana mendehem sebelum memanggil Ian. "Abang."
"Ya, sayang." laju sahaja Ian menyahut.
"Kita keluar nak? Rai nak food hunting. Bosanla duduk rumah." Ajak Raihana. Berhrap Ian bersetuju.
Ian angguk tanpa soalan. Dia bangun, masih memegang tangan Raihana.
Raihana senyum kecil, tapi kali ini senyum yang sampai ke mata.
"Jom." Ajak Ian menarik lengan Raihana.
Raihana hairan. "Pergi mana?"
"Mandi. Kan nak keluar." Mudah Ian berkata.
"Tapi kenapa ajak Rai?"
"Salah ke suami isteri mandi sekali? Lagipun boleh abang tolong mandikan sayang."
Tanpa berkata apa-ap tubuh isterinya diangkat gaya bridal style. Disebabkan itu Raihana terjerit kecil. Tidak sangka denga perbuatan suaminya.
......
Lampu-lampu kecil bergantungan di sekitar tapak food fest itu berkelip-kelip, bercampur dengan bunyi muzik perlahan dan suara orang ramai. Bau makanan memenuhi udara. Grill, manisan, kopi panas.
Raihana berhenti melangkah. "Ramainya orang..." katanya sambil memandang sekeliling, mata bercahaya.
Ian senyum kecil. "Jadi sayang kena duduk dekat dengan abang. Nanti kalau sayang hilang jenuh abang nak cari."
Hujung tulang hidung Raihana dicuit.
Raihana memincingkan mata ke arah sang suami. "Nak kata Rai ni apa? Pendek?"
Ian menelan liurnya kelat apabila melihat wajah beku sang isteri. Bergetar tulang rusuknya melihatkan pandangan itu.
"Tak. Tak. Tak. Abang maksudkan yang...tempat ni kan ramai orang jadi susah nak cari sayang nnati." Menitik air peluh di dahinya memikirkan jawapan untuk soalan Raihana tadi.
"Menyampah." Raihana menjeling Ian di sisi.
Mereka berhenti di satu gerai street food. Ian pesan macam-macam tanpa banyak soal, seolah-olah sudah tahu apa yang isterinya suka. Bila makanan sampai, mereka duduk di meja kayu panjang yang dikongsi dengan orang lain.
Raihana senyum sambil mencuba makanan itu.
"Abang cuba nak bodek hati Rai balik ke?" soalnya.
Ian angkat bahu, senyum ringkas. "Hati sayang dah terbodek ke?"
Raihana memusingkan bebola matanya. Heh.
"Abang nak spaghetti carbonara ke spaghetti bolognese?" Soal Raihana yang tengah menyuap makanan lain ke dalam mulutnya.
Ian ketwa perlahan dengan kecomelan Raiahna. Mulut masih dipenuhi makanan lain, sudah fikir makanan lain yang mahu dimakan.
"Abang tak kesah."
"Abang pilih la nak mana satu. Tapi Rai nak carbonara."
Jawapan dari isterinya membuatakn Ian berfikir seketika. Tubuh disandarkan pda kepla kerusi dan tangan berpluk tubuh.
Ini isterinya beri dia buat pilihan atau isterinya yang buat pilihan?
"Boleh, sayang."
Bersinar mata Raiahna apabila dia membuka spaghetti carbonara yang dibeli Ian tadi. Omg! Kuah carbonara dia banjir. Ini yang menambhakn nikmat!
Spaghetti bolognese diberi pda Ian. Namun sebelum itu wajib untuk dia makan dahulu.
Spaghetti bolognese disuap masuk ke dalam mulut. Kemudin kedua-dua spaghetti itu dipandang. Mahu membuat pilihan.
Ian yang berada di hadapannya hanya meliha sahaja isterinya membuat pilihan. Dia tidak kesah jika isteriny mahu kedua-duanya sekalipun.
Dia memang beli untuk isterinya makan.
"Rai nak ni." Spaghetti carbonara ditolaj ke arah Ian.
Spaghetti bolognese kalini lebih sedap berbanding carbonara. Jadi dia memilih untuk memberikan spaghetti carbonara pada Ian.
Ian yang tidak menolak mahupun bantah hanya makan sahaja spaghetti carboanra yang diberi Raiahna tadi. Suka dia melihat gelagat isterinya saat makan jika makanan itu terlalu sedap. Kedua belah tangan Raihana akna dilambai-lambaikan dan badanya akan berjoget suka.
Lama Ian menatap gerak geri isterinya. Tanpa sia sedar perlahan-lahan senyuman manis terukir pada wajah itu.
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
RomanceIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
