KERETA Ian berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk hotel. Lampu lobi memantul lembut di atas lantai marmar, buat suasana malam tu rasa tenang dan eksklusif.
Ian turun dulu, ambil beg dari bonet sebelum bukakan pintu untuk Raihana. Raihana melangkah keluar perlahan, pandang bangunan tinggi tu sekejap.
"Cantiknya..." suara Rai rendah, macam tak nak ganggu suasana. Terkesima dia melihat hotel gah di hadapannya ini.
Mereka berjalan seiring masuk ke lobi. Pendingin hawa menyapa kulit, wangi lembut bunga segar memenuhi ruang. Raihana menggenggam tali begnya, jelas sedikit kekok tapi selesa.
Ian perasan, tangan dihulurkan pada sang isteri.
Raihana pandang tangan itu sekejap, lepas tu sambut. Genggaman Ian hangat, buat langkah Raihana menjadi lebih yakin.
Selesai urusan check-in, mereka naik lif. Ruang lif sunyi, cuma bunyi halus pergerakan naik ke tingkat atas. Raihana bersandar sikit, mata memandang cermin.
Ian mencuri pandang. "You look gorgeous, sayang."
Rai menahan senyum, pipi naik merah.
"Berhenti la..." tidak suka apabila Ian memandangnya dengan pandangan itu. Pandangan yang jelas menunjukkan lelaki itu mengingikannya.
Ian ketawa perlahan melihat reaksi sang isteri yang masih malu dengan dirinya.
Sampai depan bilik, Ian buka pintu. Lampu bilik menyala, memperlihatkan ruang yang kemas dengan tingkap besar menghadap bandar yang bercahaya.
Raihana melangkah masuk, tarik nafas perlahan. Ian tutup pintu, letak beg ke tepi. Dia pandang Raihana dengan senyum tenang.
"Sayang nak mandi dulu atau nak mandi sama-sama dengan abang?" Soal Ian tenang. Tanpa mengetahui betapa berdegupnya jantung Raihana saat ini.
Raihana senyap sekejap. Pandangan dikalih menghadap Ian. Serius ke suaminya ni?
Raihana menggeleng. "Saya nak mandi dulu." Takut dia mahu mengambil pilihan kedua itu, tidak tahu apa yang akan jadi nanti.
Ian mengganguk bersetuju. Tidak membantah. Beg luggage isterinya dibuka. Tuala, pakaian dalam dan juga pakain yang untuk dia pakai buat tidur turut Ian keluarkan dari beg bagasi.
Seusai dia menyediakan pakaian untuk isterinya pakai selepas mandi itu, anak matanya tertarik ke arah meja makeup yang di duduki Raihana.
Ian membuka langkah ke arah sana. Raihana yang sedang teliti untuk membuka crown dan juga veil di kepalanya itu, tidak perasaan akan kehadiran Ian di belakangnya.
Tanpa sebarang kata Ian menyentuh lembut tangan isterinya yang sedang lincah di atas kepala.
Raihana terkaku. Tangannya yang tadi lincah bermain di ats kepala sendiri terhenti. Tangan hangat Ian yang menyentuh tangannya, mebuatkan jantungnya berdegup kencang.
Kedua-dua belah tangan isterinya dipegang kemas dan diletakkan di atas peha isterinya.
"Let me help you, honey."
H-honey?
Raihana menoleh memandang Ian yang berdiri di belakangnya. Wajah lelaki yang sudah bergelar suaminya itu dilihat.
Tidak pernah Ian memanggilnya dengan panggilan honey. Setidaknya pun Ian akan panggilnya sayang dan bahasakan dirinya abang.
Ian senyum lembut, mata dia redup memandang Raihana. Kepalanya ditundukkan sedikit.
"Eyes front, honey. I know I'm handsome."
Perlahan, Raihana menolehkan kepalanya kembali ke hadapan.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
RomanceIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
