Bab 12

6.7K 162 0
                                        

WAKTU pagi itu hadir perlahan, disertai cahaya matahari yang menyelinap masuk melalui celah langsir.

Raihana terjaga lebih awal daripada biasa. Dia menoleh ke sisi, memandang Ian yang masih lena dengan wajah tenang, nafasnya teratur. Raihana tersenyum kecil, lalu bangun perlahan-lahan supaya tidak mengganggu tidur lelaki itu.

Langkahnya cermat menuju ke dapur. Suasana sunyi pagi memberi ketenangan yang sukar digambarkan. Raihana mula memasak dengan hati-hati. Nasi yang masih berwap, telur yang digoreng sempurna, dan secawan kopi yang dibancuh dengan penuh perhatian. Setiap gerakannya dibuat dalam diam, seolah-olah tidak mahu memecahkan ketenangan rumah itu.

Selesai semuanya, Raihana menyusun hidangan di atas meja makan. Dia sempat berdiri seketika, memandang hasil masakannya.

Tidak terlalu special namun cukup untuk mengisi pagi Ian nanti. Di sebelah pinggan, dia letakkan sekeping nota kecil yang ringkas.

Raihana kembali ke bilik, sekali lagi melirik ke arah Ian yang masih tidur nyenyak. Hatinya terdetik untuk mengejutkan, namun niat itu dibatalkan. Dia tahu lelaki itu keletihan.

Dengan langkah perlahan, Raihana mengambil pakaiannya dan masuk ke bilik air untuk bersiap ke tempat kerja.

Seusai dia bersiap dalam jangka masa tidak kurang daripada 30 minit, beg tangannya yang berada di atas meja solek diambil sebelum melangkah keluar

Lagi sekali dia menoleh buat kali terakhir ke arah Ian yang sedang nyenyak tidur. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

......

IAN terjaga apabila cahaya pagi semakin terang menembusi langsir. Tangannya bergerak ke sisi katil.

Kosong.

Dia membuka mata sepenuhnya, dahi sedikit berkerut. Sepintas lalu, dia menyangka Raihana masih di bilik air.

"Sayang..." panggilnya perlahan, tiada jawapan.

Ian bangun dan melangkah keluar dari bilik. Rumah terasa berbeza pagi itu.

Sunyi, terlalu sunyi.

Langkahnya terhenti apabila pandangannya jatuh pada meja makan. Hidangan sudah teratur, masih kelihatan berwap sedikit. Secawan kopi yang diletakkan kemas seolah-olah menunggunya.

Ian mendekat. Di sisi pinggan, sekeping nota kecil menarik perhatiannya.

Saya pergi kerja dulu. Jangan lupa makan.

Ian tersenyum tanpa sedar. Ada rasa hangat yang menyusup ke dada. Dia duduk perlahan, menatap makanan itu seketika sebelum mencapai cawan kopi.

Sambil menjamah sarapan, pandangannya sesekali menjeling ke arah pintu, seolah-olah masih berharap Raihana muncul semula. Namun dia tahu, wanita itu sudah jauh dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.

Ian menghela nafas perlahan, senyuman masih terukir.

Ian mengambil telefon bimbit yang terletak di atas meja. Jarinya terhenti seketika di skrin telefon, sebelum menaip satu mesej.

Me
I'm already awake.

Tidak lama kemudian, satu lagi mesej menyusul.

Me
I miss you already. Kenapa sayang tak kejut abang?

Telefon pintar diletak kembali atas meja makan. Dia baru sahaja terpikir mahu menghantar isterinya ke tempat kerja harini.

Di pejabat, Raihana yang baru meletakkan beg tangannya tersenyum kecil apabila melihat nama Ian muncul di skrin. Dia membalas.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang