RAIHANA tidak ralik dari memandang Ian yang duduk bersilang kaki di hadapannya. Ian menghirup coffee di hadapannya. Senyuman sinis terukir saat dia perasan Raihana langsung tidak mengalih pandangannya dari memandang dia.
Raihana memincingkan matanya. "Kenapa awak nak jumpa saya?" Tubuhnya disandarkan pada kepala kerusi.
"Kita ada banyak perkara perlu buat, Rai." lembut nada suaranya. Pandangan redup diberikan pada Raihana.
"Huh?" Dia tidak faham.
Ian membetulkan duduknya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit dan tangannya menongkat pada peha. "Fitting baju kahwin. Bahagian hantaran semua awak tak perlu risau, saya dah uruskan."
Raihana membuat muka. Apa yang lelaki ni tidak faham? Bukan dia yang akan kahwin dengan Ian, tetapi Hawa.
"Ian awak sendiri dengar kan apa yang umi saya cakap? You're not going to married me."
"Saya nak awak, Rai."
Sebaris ayat itu mampu untuk membuat jantung Raihana berdetak laju. Raihana tajam membalas pandangan lelaki itu. Namun Ian sebaliknya, pandangan redup diberikan pada Raihana.
"You're funny."
"Saya tak main-main, Rai. Saya serius nak jadikan awak isteri saya. I'm not kidding when I say I want you as my wife. Saya tak tahu macam mana saya nak terangkan perasaan saya pada awak, tapi yang saya tahu saya memang tak nak kehilangan awak..."
Alhirnya Ian menyatakan soal perasaannya. Dia tidak tahu macam mana, bagaimana dia boleh cintakan wanita ini. Pada mula dia juga sangkakan dia hanya sukakan wanita itu sebagai rakan perempuan namun dia tidak dapat menolak perasaannya. Dia telah jatuh cinta pada wanita itu saat pandang pertama.
Raihana menelan liurnya. Kenyataaan yang baru sahaja dibuat Ian tadi bagai beri satu impak terhadap dirinya. Pandangannya pada Ian selama ini terus berubah. Dia sangkakan Ian hanya main-main sahaja dan tidak serius dengan perkara ini. Tapi sebaliknya dia yang menganggap benda ini hanya satu bahan jenaka.
"I want you, Raihana." Ian membalas pandangan mata wanita itu. Pandangan matanya penuh dengan harapan. Berharap wanita itu tidak menolaknya.
Raihana buntu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaan Ian tapi dalam masa yang sama dia yakin dan percaya setiap bait yang keluar dari lelaki itu. Dia mahu menerima lamaran Ian tetapi ada sesuatu yang menghalang dia dari terima...
"Saya tak boleh, Ian..."
Ian kini bangkit dan melutut di sebelah Raihana yang duduk di atas kerusi. "Please...Rai." Ian merayu.
Raihana menahan sebak. Tidaksanggup melihat Ian melutut merayu untuk dia jadi isteri lelaki itu, dia bukan sesiapa. "Saya tak boleh terima awak, Ian. Umi nak awak dengan Hawa. Saya tak boleh buat apa." Raihana memberitahu sebab utama dia tidak boleh terima untuk berkahwin dengan lelaki itu.
Ian mendengus perlahan. "Rai, saya yang nak kahwin dan saya yang boleh tentukan dengan siapa saya akan kahwin. Dan pilihan saya awak. Awak, Raihana. Tak akan ada siapa pun yang boleh bantah pilihan saya, mahupun umi atau Hawa."
Kata-kata Ian tadi sedikit sebanyak dapat melegakan hatinya. Dia cuma takut perkahwinan dia tidak direstui umi. Dia sudah tiada sesiapa selain keluarganya.
"Saya ada dengan awak, Rai. Kita kahwin." Lembut ton suara itu.
Raihana yang tidak dapat menolak lagi perasaannya, kepala dianggukkan tanda setuju. Ian yang tidak dapat sembunyikan lagi senyumannya, semakin mekar dan lebar senyuman itu menghiasi wajahnya. Perasaan takut, risau tadi semua hilang sebaik sahaja lamarannya diterima. Perasaan yang ada kini hanyalah cinta yang semakin mekar.
......
RAIHANA menatap skrin komputer di hadapannya, namun fikirannya sudah lama melayang. Kursor berkelip-kelip di dokumen kosong, sedangkan tangannya terhenti di atas papan kekunci.
Sejak perjumpaan dia dan Ian semalam, wajah Ian kerap muncul tanpa diundang. Cara lelaki itu bercakap, tenang dan matang, berbeza daripada semua lelaki yang pernah dia kenal. Raihana menghembus nafas kecil, cuba menolak bayangan itu pergi.
"Ada orang tu sejak semalam keluar dengan dia terus tak pudar senyumannya." Aina menjeling penuh makna tapi tidak bertanya lebih.
Raihana kembali memandang skrin, namun kali ini hatinya semakin bercelaru. Tanpa sedar, fikirannya melangkah lebih jauh tentang masa depan, tentang kemungkinan hidup yang lebih tenang selepas ini. Mungkin?
Dring!
Raihana tersentak. Teelfonnya yang berdering minta untuk di angkat. Panggilan yang naik itu nombor panggilan yang dia tidak save. Raihana malas ingin fikir, panggilan itu direject.
Dring!
Lagi sekali telefonnya berdering. Panggilan daripada nombor yang sama. Raihana pergi ke contact dan block nombor yang baru sahaja membuat panggilan padanya tadi. Dia tiada masa mahu mengangkat panggilan dari orang tidak kenali.
Raihana kembali fokus dengan kerjanya. Fail yang berselerak di atas mejanya menunjukkan betapa dia sedang serabut.
Ting!
Nafas lelah dihela. Siapa pula yang menghantar mesej padanya ini. Telefonnya dibuka. Aplikasi whatsapp menjadi tujuan utamanya.
0134xxxxxx
-Rai kenapa awak block saya? It's me, you're future husband.
Raihana beregerak menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Lah! Nombor Ian ke yang dari tadi membuat pangilan padanya. Dia sangkakan scammer mana. Panggilan berderet dalam masa yang sama, selalunya scammer sahaja yang macam tu.
Dengan pantas jarinya bermain di atas screen telefon itu.
Unblock!
Nafas lega dihela.
Tidak sampai beberapa saat dia menekan unblock, Ian sudah membuat panggilan semula klepadanya. Pantas!
Raihana tanpa berfikir panjang butang hijau ditekan. Telefon ditekapkan pada telinga.
Sepanjang panggilan itu Raihana hanya menggangguk dan menggelengkan kepalanya bagai Ian dapat melihat. Tiada satu pun yang keluar dari mulut Ian dia bantah. Sudah seperti burung belatuk.
Ian membuat panggilan padanya untuk memberitahu tentang majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan lebih kurang seminggu sahaja lagi. Raihana tidak ada sebarang bantahan dan tidak mahu menyusahkan lelaki itu, lagipun semua urusan kahwin Ian yang uruskan. Yang tinggal tersisa untuk dia uruskan hanyalah pakaian kahwinnya.
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
RomanceIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
