Bab 5

9.8K 244 1
                                        

MEMANDANGKAN harini hari cuti, Raihana mengajak Aina untuk teman dia datang ke rumah Umi. Dia tidak mampu untuk bersua muka dengan umi seorang diri. Aina yang mempunyai masa lapang laju sahaja dia bersetuju.

"Bagi la salam." Aina menyiku Raihana yang masih berdiri tegak seperti menyanyikan lagu Negaraku di hadapan rumah sendiri.

Raihana menoleh memandnag Aina disisi. Dia bukan tidak mahu memberi salam, dia boleh sahaja masuk kerana Raihana mempunyai kunci rumah itu juga. Cuma yang bermain di fikirannya itu yang memberhentikan dirinya dari ingin berjumpa dengan umi.

"Assalamualaikum, cik!" Aina yang tidak menyabar, laju sahaja salam diberi.

"Tak ada orang ke, Zah?" Soal Aina apabila tiada yang menyahut salamnya.

Raihana kembali memandang rumah uminya itu. Kereta yang terparkir di dalam rumah itu, kereta milik Hawa. Jadi pasti Hawa ada di rumah jika umi tiada sekalipun.

Raihana berdehem sebelum ingin memberi salam. "Assalamua-"

Pintu pagar sudah terbuka. Raihana terkaku. Aina disebelah sudah menepuk bahunya. "Habiskan salam tu." Tegur Aina apabila Raihana hanya memberi salam sekerat sahaja.

Pintu rumah grill itu dibuka. Wajah Hawa yang menjemput mereka. Raihana tidak berkata apa-apa, dia hanya kaku melihat kakaknya. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Wajah Hawa langsung tidak berubah.

"Nak apa?"

Dan soalan itu membuat Raihana tersenyum kecil namun pahit. Perwatakannya juga tidak berubah...

"Apa yang teruk betul adab kau ni? Tak nak jemput masuk ke?" Aina berpeluk tubuh. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan orang yang kurang adab seperti orang yang berdiri dihadapannya ini.

"Kau yang tak ada adab. Datang rumah orang tak diundang." Hawa menjeling Aina. Wanita itu tidak ada kena mengena dengan semua ini. Sibuk sahaja hadirkan diri.

"Aku datang pun-"

Raihana menghalang. Aina menoleh memandang ke sisi.

"Rai yang ajak dia teman Rai. Ada benda lain yang nak persoalkan?" soal Raihana apabila wajah Hawa bagai tidak puas hati melihat Aina dibela olehnya.

"Umi mana?"

"Kau ada nampak dia dekat sini ke? Ke dalam seluar aku?" sinis Hawa.

Raihana hanya menggelengkan kepalanya. Tidak mahu berbahas lebih banyak, pantas langkah diambil untuk masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja kaki kananya melangkah masuk ke dalam rumahnya itu wajah Puan Noridah sudah menjemputnya. Wajah yang tiada sebarang hiasan senyuman. Hanya wajah ketat sahaja yang ditayang.

Raihana mengambil tempat berhadapan dengan uminya. Aina pula mengambil tempat yang tidak jauh darinya namun berlainan sofa. Tidak mahu ganggu perbincangan anak beranak itu.

"Umi, sihat?" Raihana cuba untuk memulakan ayatnya. Senyuman manis terlakar pada wajah itu.

"Kenapa tak tanya waktu aku dalam kubur je." Perli Puan Noridah yang mampu membuat senyuamn Raihana tadi pudar.

"Maaf lah, Rai sibuk sikit sekarang."

"Aku tak kisah pun lah. Duit aku bulan ni mana?" Puan Noridah menghulur tangannya. Kalau ikutkan tarikh yang Raihana pernah bagitahu, sudah masuk seminggu lebih anaknya dapat gaji tapi duit dia bulan ini tidak dimasuk masukkan lagi.

Raihana mengambil sampul duit yang ada di dalam beg tangannya. "Rai ingat nak bagi harini, tu yang Rai tak masukkan lagi dalam bank, umi." Raihana menghulrkan sampul itu kepada Puan Noridah dan dengan pantas sampul itu sudah bertukar tangan.

Sampul itu dibuka. Puan Noridah berkerut. " Rm 1000 je kau bagi aku? Gaji kau memang tak naik-naik ke apa?"

Bukan gajinya tidak naik.Dia tidak mahu terbiasakan Puan Noridah memegang duit dalam jumlah yang banyak. Gajinya memang cukup dan siap ada lebih lagi sehinggakan dia boleh buat simpanan. "Maaf, umi. Kalau umi nak Rai tambah umi cakap je berapa. Kalau Rai mampu Rai bagi."

"Aku nak Rm 2000."

Aina yang tadi niatnya tidak mahu masuk campur, tertoleh kepalanya mendengar jumlah yang diminta Puan Noridah. "Orang tua ni nak buat apa kemain banyak minta duit." Bisik Aina seorang diri.

"Umi nak buat apa? Rai bukan tak nak bagi tapi Rai kena tahu umi nak guna untuk apa dengan duit sejumlah tu." Soal Raihana lembut.

"Aku nak guna untuk tukar tayar kereta Hawa. Kesian dia haritu tayar kereta dia pancit tengah jalan." Hawa yang berada dissinya ditarik masuk ke dalam pelukan.

Raihana mengangguk. "Nanti Rai transfer dalam account, umi." Turut Raihana.

Melihat umi yang bagai tiada benda ingin meminta, laju sahaja Raihana pergi ke topik utama apa sebab dia datang ke sini.

"Umi sebernanya nak bincang apa dengan, Rai."

"Kau tau kan yang kau akan kawin lagi sebulan. Aku nak kau tinggalkan lelaki tu." Bukan mmeinta malah seperti satu arahan.

Dan sekali lagi Aina menoleh, kahwin? Raihana sudah mahu kahwin?

"Boleh. Nanti Rai cakap dengan Ian sendiri." Dia tidak kisah tentang hal itu.Perkara itu tidak penting sehinggakan dia perlu pertahankan dan bergaduh dengan uminya.

"Tapi kenapa umi nak Rai tinggalkan Ian? Bukan umi yang terima pinangan Ian untuk Rai?" Tidak faham dia dengan Puan Noridah. Pada awalnya uminya juga yang bagai mendesaknya untuk terima lelaki itu. Tapi sekarang berkata lain.

"Sebab aku nak Hawa yang kawin dengn dia."

Dia sudah faham. Jika itu sebab utama Puan noridah mahu dia tinggalkan Ian, dia tidak boleh berkata apa. Sebab itu terlalu kukuh. Sudah pasti Puan Noridah sanggup buat apa saja untuk Hawa. Untuk dia? Tidak...

Kereta hitam Ian meluncur perlahan di jalan perumahan, berhenti di hadapan rumah yang rapi. Pagar besi dicat putih, taman kecil di depan rumah tersusun kemas. Dia menarik nafas panjang, menatap rumah itu seketika.

Ian melangkah masuk. Kehadiran Ian yang tidak disangka itu mengejutkan Raihana dan Aina. Tercengang kedua wanita itu dibuatnya. Apaa dia buat dekat sini?

Ian melihat sekeliling ruang tamu yang kemas, wangi dengan aroma bunga segar di pasu. Dia menepuk jas hitamnya perlahan dan duduk di sofa dengan tenang.

Aina yang dari tadi tidak lepas memandang Ian yang sudah mengambil tempat di sebelah Raihana, berfikir sejenak. Ini ke Ian yang dikatakan Puan Noridah tadi? Lelaki yang bakal berkahwin dengan Raihana.

"I heard something I didn't like. What exactly did you mean by asking Raihana to leave me?" keras nada suara itu menanya. Raihana disisinya dipandang, dengan cepat Raihana menoleh kan kepalanya ke arah lain. Tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki ini.

"Umi, kalau tak ada apa-apa, Rai balik dulu." Raihana meminta diri. Sebernanya lebih kepada ingin melarikan diri. Isyarat diberikan kepada Aina untuk menyalami tangan uminya.

"Aku tak nak ada sesiapa masuk campur hal aku dan Rai. Untuk kau..." Ian tuju pada Puan Noridah dihadapannya. Tubuhnya bangkit dari sofa. "Kau dah pun dapat bahagian kau dan jangan berani kau nak ganggu aku ataupun Raihana." Sifat protective seorang Ian sudah keluar.

"Dan awak, Rai. Whatever it is majlis kita akan berlngsung lagi dua minggu."

Gulp.

Terhenti langkahnya saat namanya diseru. Tanpa menoleh ke belakang langkah besar dibuka, supaya lebih cepat dia lari dari semua ini.

To be continued.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang