IAN menolak pintu rumah perlahan selepas pulang dari kerja. Langkahnya berhenti sebaik sahaja dia melihat sepasang kasut wanita yang bukan milik isterinya di hadapan pintu.
Keningnya terus berkerut.
"Sayang?" panggil Ian sambil melangkah masuk ke ruang tamu.
Raihana yang sedang duduk di sofa terus menoleh. Wajahnya nampak sedikit gelisah.
"Abang dah balik..."
Ian mengangguk kecil, tetapi matanya masih memerhati sekeliling rumah.
"Sayang...ada orang datang ke?" tanya Ian perlahan.
Raihana terdiam seketika sebelum menjawab.
"Ada."
Belum sempat Raihana menyambung kata-katanya, satu suara tiba-tiba kedengaran dari arah dapur.
"Ian..."
Langkah Ian terus terhenti. Dia berpaling perlahan.
"Kau?"
Wajah Ian berubah serta-merta. Mata tajamnya terus menikam wajah wanita itu. "Apa dia buat dekat rumah kita?" suara Ian berubah dingin.
Hawa berdiri kaku di situ, tangannya menggenggam hujung baju.
"Ian...dengar dulu-"
"Abang." Raihana segera berdiri dan memegang lengan suaminya.
"Abang jangan marah dulu. Rai yang suruh dia masuk."
Ian memandang isterinya, jelas tidak percaya.
"Sayang...sayang tak ingat apa yang perempuan ni buat dekat sayang?"
"Rai tahu." jawab Raihana perlahan.
Hawa menundukkan kepala.
"Umi dah halau aku keluar rumah..." katanya perlahan.
Ian ketawa kecil, cukup sinis. "Jadi kau datang sini?"
"Akak tak ada tempat lain nak pergi." sambung Hawa dengan suara bergetar. "Umi halau akak, dia malu akak mengandung anak luar nikah.."
Raihana memandang wajah suaminya yang jelas muak. Terasa loya tekaknya mendengar Hawa bahasakan dirinya sebagai 'akak'.
Raihana memandang suaminya dengan wajah sayu. "Abang...Rai kesian dekat dia."
Ian berdiri tegak di ruang tamu dengan wajah yang jelas menahan marah. Matanya tidak lepas memandang Hawa yang berdiri tidak jauh dari situ dengan kepala tertunduk.
"Tak." suara Ian tegas.
Raihana yang berdiri di sebelahnya terus memandang suaminya.
"Abang..."
"Abang tak nak dia tinggal dekat rumah ni." Ian memotong kata-kata isterinya tanpa memandangnya.
Suasana menjadi sunyi seketika. Hawa hanya berdiri kaku, jari-jarinya menggenggam hujung beg dengan kuat.
"Abang..." Raihana memegang lengan Ian perlahan. "Dia tak ada tempat lain nak pergi."
Ian memandang isterinya dengan wajah serius. Apa yang isterinya tidak faham? Dia tidak mahu ada masalah dalam rumahnya di lain hari.
Hawa menelan air liur. Air mata mula jatuh di pipinya.
"Tak apa, Rai...akak boleh pergi." katanya perlahan.
Dia berpaling sedikit seolah-olah benar-benar ingin keluar dari rumah itu. "Akak minta maaf sebab datang sini."
Melihat keadaan itu, hati Raihana mula rasa serba salah.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
