Bab 18

6K 135 3
                                        

Cahaya matahari pagi menyelinap masuk melalui tingkap dapur, memantul lembut pada lantai. Raihana berdiri di depan dapur, rambut diikat ringkas, memakai apron nipis di luar baju rumahnya.

Kuali di atas api mengeluarkan bunyi berdesis halus. Raihana memecahkan sebiji telur dengan cermat, kemudian tersenyum kecil bila kuning telur itu elok bentuknya.

Dia capai bawang yang sudah dihiris, menaburkannya perlahan ke dalam kuali. Bau harum mula memenuhi ruang. Sesekali dia meniup perlahan hujung rambut yang terlepas dari ikatan.

Telefonnya yang berada di sudut dapur memainkan lagu rancak. Raihana ikut bersenandung perlahan tanpa sedar, bahunya bergoyang sedikit mengikut rentak.

Dia tuang adunan lempeng ke atas pan sebelah, memerhati gelembung kecil yang timbul di permukaan sebelum membalikkannya dengan cekap. Wap panas naik ke udara, membuat dapur terasa hangat.

Di meja makan sudah tersusun dua pinggan, cawan kopi dan sebotol madu.

Raihana memandang hasil masakannya seketika, kemudian menghela nafas puas.

Raihana lap tangan pada apron perlahan. Dia susun telur goreng dan lempeng tadi ke dalam pinggan dengan cermat. Cawan kopi yang masih berwap ditarik sedikit ke tengah meja. Dia duduk sebentar, memerhati hasil masakannya. Sunyi pagi terasa nyaman, angin dari tingkap dapur masuk lembut, membawa bau rumput yang masih basah.

Raihana bangun semula, capai sudip dan kembali ke dapur. Dia tambah sedikit mentega pada lempeng terakhir, sengaja bagi warna lebih keemasan. Bila siap, dia angkat dan susun di atas pinggan yang sama.

Jarinya sempat menyentuh sedikit hujung lempeng yang panas.

"Auch! " dia ketawa kecil sendiri. Tu la gatal sangat tangannya. Sudah tahu lempeng itu masih panas mahu juga disentuh.

Dia ambil madu dan tuang perlahan di atasnya. Akhirnya, Raihana tarik kerusi dan duduk. Dia tarik nafas dalam-dalam, menikmati bau kopi dan makanan yang baru dia siap masak.

Raihana baru saja menarik kerusi dan duduk. Tangannya sudah mencapai cawan kopi yang masih berwap, dan dia sempat senyum kecil melihat lempeng bersalut madu di depan mata. Nampak sedap! Lihat sahajalah siapa yang masak?

Saje mahu berbangga diri.

Belum sempat dia menyuap-

Ting tong.

Bunyi loceng rumah memecah sunyi pagi. Raihana terdiam. Sudu yang dipegangnya tergantung di udara beberapa saat.

Dia pandang ke arah pintu utama, kemudian ke arah jam di dinding. Pagi masih awal. Siapa pula datang waktu begini?

Ting tong.

Kali ini lebih jelas, lebih panjang. Raihana letak sudu perlahan. Hatinya berdebar tanpa sebab yang pasti. Dia bangun dari kerusi, langkahnya berhati-hati menuju ke ruang tamu.

Cahaya matahari dari tingkap depan menerangi lantai. Raihana berhenti di depan pintu, cuba mengatur nafasnya yang tiba-tiba terasa sedikit laju.

Tangannya naik ke tombol pintu.

Sejenak dia teragak-agak.

Kemudian, perlahan-lahan...Raihana memulas tombol itu.

Tombol pintu dipulas perlahan.

Pintu terbuka sedikit dan wajah Puan Noridah terpampang di depan mata. Di sebelahnya berdiri Hawa dengan senyum lebar, tangan melambai kecil.

"Hai adik!" sapa Hawa lembut, tapi matanya sudah melilau seolah-olah ingin melihat keadaan dalam rumah.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang