PAGI itu sunyi dan damai. Cahaya Subuh menyusup masuk melalui celah langsir bilik hotel, membiaskan warna lembut ke wajah Ian yang masih lena. Raihana terjaga perlahan, menoleh ke arah suaminya. Wajah itu kelihatan tenang, seolah-olah segala beban dunia ditinggalkan buat sementara.
Raihana mengiringkan badan, mendekat. Jarinya menyentuh lengan Ian perlahan, seakan takut mengganggu lena yang indah itu.
"Ian..." suaranya lembut, hampir berbisik.
"Awak...bangun. Dah masuk waktu Subuh." kejut Raihana.
Ian bergerak sedikit, mengerang kecil sebelum membuka mata. Pandangannya kabur seketika, kemudian fokus pada wajah Raihana di sisinya. Senyuman terus terukir tanpa sedar.
"Sayang kejut abang." katanya dengan suara serak pagi, penuh manja.
Raihana tersenyum. "Kalau tak kejut, nanti terlepas Subuh."
Ian ketawa perlahan, lalu bangun sambil mengusap rambut Raihana sepintas lalu. "Jom ambil wuduk sekali."
Mereka mengambil wuduk bersama. Suasana sunyi hanya diiringi bunyi air dan langkah perlahan. Di atas sejadah, mereka berdiri seiring. Ian mengimamkan solat dengan bacaan yang tenang dan tertib, membuatkan hati Raihana terasa lapang.
Selesai salam, mereka duduk bersebelahan. Tangan ditadah, doa dipanjatkan dengan penuh harapan tentang rumah tangga, tentang rezeki, tentang kasih yang ingin terus dipelihara.
Raihana menoleh, lalu menghulurkan salam.
Ian menyambut salam itu, genggamannya erat dan hangat. Dia tidak terus melepaskan tangan Raihana.
"Terima kasih, sayang..." suaranya perlahan, penuh rasa. "Terima kasih sebab sudi terima abang seadanya. Terima kasih sebab hadir dalam hidup abang." sambungnya.
Raihana menunduk, hatinya bergetar. "Saya yang patut berterima kasih dengan awak, awak sudi jadikan saya isteri awak, Ian."
Ian menarik Raihana ke dalam pelukan, memeluknya erat. Dahi Raihana dikucup lama, seolah-olah mahu meninggalkan rasa di situ.
"Abang janji, abang akan jaga Rai selagi abang bernafas."
Beberapa ketika mereka diam, menikmati tenang pagi itu. Kemudian Ian bersuara, nada suaranya sedikit ceria.
"Bila semua kerja dekat office abang selesai nanti...abang nak bawa awak bercuti. Betul-betul bercuti. Tak ada call kerja, tak ada laptop." Ian berjanji. Dia mahu honeymoon dengan tenang tanpa urusan kerja dengan isterinya.
Raihana tersenyum lebar, matanya bersinar. "Serius?"
Ian mengangguk. "Iya, sayang." Pipi mulus isterinya itu diusap lembut.
Namun senyuman Raihana sedikit mengendur. "Cuma hari ni saya kena kerja. saya tak ambil cuti panjang."
Ian menghela nafas kecil. "Abang pun tak boleh hantar sayang. Banyak benda kena urus hari ni." Risah dia jika isterinya terkilan kerana dia tidak dapat menghantar Raihana ke tempat kerja.
Raihana cepat-cepat menggeleng. "Tak apa. Jangan rasa bersalah. Saya tak kecewa pun. Saya tak nak susahkan awak."
Ian memandang isterinya lama, hatinya penuh rasa syukur.
"Awak setia dengan saya, itu pun dah cukup," jawab Raihana lembut.
Ian memandang Raihana tanpa berkata apa-apa. Wajah itu terlalu dekat, terlalu nyata, membuatkan dadanya terasa penuh dengan rasa yang sukar diterjemahkan. Setiap garis di wajah isterinya, mata yang lembut, senyuman kecil yang terhiasi pda wajah itu membuat kan dia tidak keruan.
.......
DI parkir hotel, Ian mengiringi Raihana hingga ke kereta. Dia membukakan pintu, kemudian menahan tangan Raihana sebelum isterinya masuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
