KEPALANYA yang dilapik tangan terbaring di atas meja kerja itu terangkat saat dia terjaga. Raihana mengangkat kepalanya. Mata dililarkan ke seluruh tempat.
Gelap.
"Eish. Aku tertidur lagi." Raihana mengemas mejanya. Meja Aina yang berada tidak jauh darinya itu dilihat.
Selalu Aina yang akan mengejut dirinya untuk waktu balik. Tapi kalini pasti rakannya itu lupa.
Suasana office yang gelap itu membuatkan Raihana baru tersedar. Seram sejuk pula rasa. Raihana memandnag sekeliling. Siapa yang memandai tutup semua lampu ni. Tidak tahu ke dia ada.
Raihana cuba untuk menyedapkan hatinya. Jantungnya yang berdetak laju itu dihiraukan. Dia hanya perlu kemas mejanya dan pulang.
"AAAAARGH." Jerit Raihana apabila dengar bunyi benda jatuh.
Fail yang terjatuh itu dianbil. Akibat terkejut sbagat dia tertolak fail itu menggunakan sikunya. Buat takut saja!
Raihana dengan pantas mengemas barangnya dan keluar dari office itu. Tidak sanggup la untuk duduk lama-lama disitu.
Raihana masuk ke dalama perut keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Dengan perasaan gusar, kaki menekan minyak. Stereng dipulas.
Kereta Toyota Yaris itu meluncur laju di jalan raya. Letih rasa tubuhnya. Dia mahu balik bersihkan diri dan rehat.
Toyota Yaris itu masuk parkir ke dalam perkarangan rumah. Gear diturunkan ke P. Enjin kereta dimatikan sebelum Raihana keluar dari perut keretanya.
"Asslamualaikum." Raihana memberi salam sebelum masuk ke dalma rumah dan langkah kanan.
Seusai pintu di kunci Raihana tidak menunggu lama, terus naik ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya.
Pintu bilik air ditutup. Tubuhnya yang sudah basah di keringkan menggunakan tuala. Raihana megelap rambutnya menggunakan tuala kecil.
Perutnya berkeroncong berbunyi.
Lapar.
"Tch." Raihana mendecit. Dia turun ke tingkat bawah untuk mencari jika ada barang atau lauk yang boleh dimasak.
Tiada.
Almari yang selalu disimpan stok maggi juga turut dibuka. Pada saat ini maggi ialah benda penting.
Dengan perasaan hampa Raihana menutup semula almari itu. Semua stok magginya sudah habis! Ini pasti sebab Aina yang datang bermlam seminggu di rumahnya haritu.
Huh.
"Ergh. Malasnya nak keluar balik! Kau tunggu Aina kalau aku dapat kau aku siat kau! Lepasni aku pergi rumah kau habiskan semua makann kau!" Raihana dengan sifat marahnya berpisah tiada.
Grr.
Perutnya yang sudah berbunyi itu disentuh. Nak marah pun tak boleh juga sekarang. Dia sedang lapar.
.....
RAIHANA menolak troli beli-belah itu menyusuri lorong tesco. Pakaian yang dikenakan saat ini sangat simple. Tudung shawl malas. Baju pula dia memakai baju tidur tetapi ditutup dengan windbreaker bewarna putih. Dan seluar semestinya seluar kartun yang tidak dapat ditutupi.
"Hmm maggie dah beli , ramen dah, telur pun dah apa lagi aku belum beli." Raihana memikir sendirian sambil menolak troli, melihat di setiap rak yang dipenuhi susun pelbagai jenis makanan.
"Wahh Kinder Bueno!" Raihana menjengketkan kakinya untuk mendapatkan coklat kinder bueno itu tetapi belum sempat dia mencapai ada tangan lain yang mencapai kinder bueno itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
