KERETA yang dipandu Raihana perlahan-lahan berhenti di hadapan sebuah rumah yang kelihatan asing, namun entah kenapa terasa dekat di hati. Dia memandang skrin telefon sekali lagi, memastikan alamat yang Ian berikan betul. "Rumah kita." itu sahaja mesej yang diterima pagi tadi.
Raihana turun dari kereta, memandang rumah itu lama. Warna yang digunakan untuk cat rumah itu lembut, halaman kecil di hadapan dijaga rapi, seolah-olah menunggu penghuni yang akan mengisinya dengan cerita baru. Hatinya berdebar, langkahnya sedikit teragak-agak saat menghampiri pintu.
Belum sempat Raihana mengetuk, pintu rumah tiba-tiba terbuka.
"Surprise."
Suara Ian kedengaran serentak dengan bunyi belon yang memenuhi ruang hadapan. Raihana terpaku. Belon-belon putih dan biru melayang perlahan, ada yang terikat kemas, ada yang membentuk lengkungan kecil di pintu masuk. Di lantai, kelopak bunga disusun ringkas, membawa langkah menuju ke dalam rumah.
"Ian..." suara Raihana hampir bergetar.
Ian berdiri di hadapannya dengan senyuman yang tidak pernah Raihana lihat sebelum ini. Tenang, penuh makna, dan sedikit gugup. "Selamat datang ke rumah kita, sayang."
Raihana melangkah masuk perlahan, matanya menjelajah setiap sudut. Ruang tamu itu sederhana, tetapi hangat. Cahaya matahari masuk dari tingkap besar, memantul pada belon-belon yang masih bergoyang perlahan. Di dinding, tergantung bingkai kosong yang seolah-olah menunggu gambar perkahwinan mereka untuk mengisinya.
"Awak buat semua ni?" tanya Raihana, suaranya perlahan. Tidak sangka jika Ian yang lakukan semua ini seorang diri.
Ian mengangguk. "Sebab tu abang tak boleh ambik sayang harini untuk bawa ke rumah kita." Awal pagi lagi dia sudah memberitahu isterinya untuk pergi ke kerja sendiri, dia tidak boleh hantar pada hari ini.
Raihana menutup mulut menahan sebak. Dia tidak menangis, tetapi dadanya terasa penuh dengan rasa yang sukar dijelaskan. Semua ketakutan, keraguan, dan tanda tanya yang pernah ada seakan hilang saat itu.
Ian melangkah lebih dekat. "Mulai hari ni, tak kira apa jadi...ni rumah, sayang. Rumah kita." Tangan Ian menggengam erat tangan isterinya. Diusap perlahan tangan lembut itu.
Raihana mengangkat wajah, memandang Ian lama. "Terima kasih." katanya, jujur dari hati.
Ian tersenyum kecil, lalu menyambung perlahan. "I love you, honey."
Raihana tersenyum malu. Dia tidak membalas.
Di dalam rumah yang baru itu, dengan belon yang masih terapung dan sunyi yang terasa damai, mereka berdiri bersama tidak menjanjikan kesempurnaan, tetapi kesediaan untuk belajar menjadi rumah antara satu sama lain.
Raihana melangkah lebih jauh ke dalam rumah, meninggalkan pintu yang dibiarkan terbuka sedikit. Langkahnya terhenti apabila satu bau yang familiar tapi jarang dia kaitkan dengan Ian menyapa deria. Bau masakan.
"Awak masak?" Raihana menoleh ke arah Ian, nada suaranya bercampur antara terkejut dan tidak percaya.
Ian tersenyum kecil, sedikit segan. "Sikit je. Tak tahu sayang suka ke tak."
Raihana mengikut langkah Ian ke dapur. Ruangnya bersih, ringkas, tidak terlalu besar, tetapi cukup selesa. Di atas meja makan, dua pinggan sudah terhidang. Nasi putih masih berasap perlahan, bersama lauk yang kelihatan seakan ayam masak kicap, sup sayur, dan sambal kecil di tepi. Bukan hidangan istimewa, tetapi jelas dimasak dengan niat.
Raihana berdiri lama, memandang hidangan itu tanpa berkata apa-apa.
"Kalau tak sedap-" Ian baru hendak bersuara.
"Boleh Rai rasa?" Raihana memotong lembut.
Ian mengangguk.
Raihana menyuap sedikit. Perlahan. Senyap. Dia mengunyah tanpa ekspresi selama beberapa saat, membuatkan Ian menahan nafas. Kemudian, Raihana tersenyum, senyuman kecil tetapi cukup untuk membuatkan dada Ian terasa ringan.
"Sedap." kata Raihana jujur.
Ian melepaskan nafas kecil. "Lega dengar."
Raihana menyuap sekali lagi.
Ian memandang Raihana, matanya lembut. Suka dia melihat isterinya selera dengan masakannya.
Raihana berhenti menyuap. Dia memandang sekeliling dapur kecil itu, meja makan sederhana, bau masakan yang masih melekat di udara.
Ian tersenyum, lalu menarik kerusi untuk Raihana duduk. "Makanlah dulu. Nanti kita kemas sama-sama."
Raihana duduk, dan untuk seketika, dunia terasa perlahan. Tiada muzik, tiada hiasan berlebihan hanya dua insan, makanan yang dimasak dengan ikhlas, dan sebuah rumah yang baru belajar bernafas dengan kehadiran mereka.
Dan di dapur kecil itu, Raihana sedar cinta tidak selalu perlu dibuktikan dengan kata-kata besar. Kadang-kadang, ia hadir dalam bentuk masakan yang sederhana, disediakan oleh seseorang yang benar-benar cintakan kita.
Raihana menyuap lagi, kali ini sambil mengangguk kecil, seolah-olah benar-benar menilai. Ian duduk bertentangan dengannya, cuba berlagak tenang walaupun matanya jelas menunggu reaksi.
Raihana tiba-tiba mengangkat muka. "Awak ni sebernanya chef ke?"
Ian tersedak kecil, cepat-cepat capai air.
Raihana ketawa perlahan. "Serius. Kalau awak masak tiap hari macam ni, boleh naik berat saya."
Ian tersenyum, sedikit lega. "Kalau naik berat pun, abang suka."
"Pandai jawab." Raihana menjeling manja. "Nampak macam tak pernah masuk dapur."
Ian mengangkat bahu. "Tapi tu lah, muka yang macam tak pernah masuk dapur ni la yang sayang makan masakan dia tanpa henti." Ian menjongketkan sebelah keningnya.
Raihana yang tersedar, sedari tadi sudu yang berada di tangannya menyauk nasi dan ayam yang berada di dalam pinggannya itu terhenti. Serta merta sudu itu terlepas dari pegangannya.
Raihana memuncungkan bibirnya. "Saya ingatkan awak jenis lelaki tak tahu bezakan kicap dengan sos tiram."
Ian ketawa kecil. "Sayang ni baru kahwin dah berani mengata abang." Ian mengerutkan dahinya dan mulutnya turut dimuncungkan. Gaya seperti merajuk.
"Buruk la muka merajuk." jawab Raihana selamba, kemudian ketawa sendiri.
Ian geleng kepala, tapi senyumannya tidak hilang. "Kalau sayang nak menu apa-apa lepas ni, bagitahu. Selagi abang mampu, abang masak."
Raihana berhenti seketika, memandang Ian lama. "Nanti kalau masakan saya tak sesedap ni, awak komplen tak?" Raihana memincingkan matanya ke arah Ian, mahu dengar jawapan dari lelaki itu.
Ian membalas pandangan itu. "Tak kisah sedap ke tak. Asal sayang masak, semua abang makan."
Raihana tersenyum. Dalam hatinya bersyukur kerana dapat suami sebaik Ian. Lelaki yang dari awal dia tidak mahu kahwin, siapa tahu jodohnya ialah Ian. Tengku Ian Mikael. Nama yang akan selamanya terukir di dalam hatinya.
To be continued.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂
CintaIan Mikael | Nur Izzah Raihana IN EDITING!! Start: May 2024 End: August 2024
