Bab 24

4.9K 112 0
                                        

"IZZAHH!!"

Suara Aina bergema satu kafe. Beberapa pelanggan terus menoleh.

Raihana yang baru melangkah masuk terus laju mendapatkan sahabatnya. Sampai saja di depan, dia menepuk lengan Aina.

"Kau ni boleh tak slow sikit suara tu? Tak malu ke orang tengok?"

Aina sengih tak bersalah. "Hehehe...aku teruja nampak kau. Lama kot tak jumpa!"

Belum sempat Raihana duduk, Aina sudah bangun memeluknya erat.

"Rindunya aku dekat kawan baik aku sorang ni!"

"Iye...aku pun rindu kau." balas Raihan sambil ketawa kecil.

Mereka duduk berhadapan. Mata Aina tak berhenti memerhati wajah Raihana.

"Macam mana? Hidup jadi suri rumah sepenuh masa ni okey ke?" tanya Aina.

"Okey je. Tenang sikit. Cuma biasalah...rindu jugak nak gaduh dengan kau dekat ofis." usik Raihana.

Aina terus buat muka sedih melampau. "Kau tahu tak, setiap kali aku pandang meja kau yang kosong tu...hati aku kosong sekali. Air mata menitis tau." Tisu dicapai dan dilap pada bahagian bawah matanya. Saja mahu menambah prop lakonannya.

Raihana tergelak. "Kuat drama la kau ni. Aku tak kerja je, bukannya aku hilang dari muka bumi."

Aina mencebik. "Yelah tu. Eh, kau kata ada berita? Gembira dengan sedih sekali?"

Raihana senyum misteri. "Haah."

Aina terus mendekatkan badan. "Apa? Jangan cakap Ian nak kahwin lain."

Izzah terus menepuk lengan Aina. "Mulut kau ni tak ada insurans ke?" Ada yang dia cilikan juga mulut si Aina ni.

"Aduh sakitlah!"

"Okey aku bagithu berita gembira dulu..." Raihana tarik nafas perlahan, senyumannya makin lebar.

"Aku pregnant."

Beberapa saat Aina membisu.

"Weh...seriuslah Zah?" Suaranya kali ni perlahan, penuh terkejut.

"Iye."

"Dah berapa bulan?"

"Dua bulan."

Tiba-tiba Aina terus berdiri kecil dan hampir menjerit lagi. "Tahniahhhhh!"

"Eh duduklah! Kau ni memang tak reti control volume ke?" Raihana menahan ketawa. Tapi malu juga apabila semua pelanggan disitu meliht ke arah mereka.

Aina duduk semula, mata berkaca tapi kali ni sebab gembira. "Kau dua bulan baru nak bagitahu aku? Aku tak penting ke dalam hidup kau ni?"

"Ha dah mula drama pukul tujuh dia." usik Raihana.

"Sampai hati kau..."

"Sudah la. Muka kau tu macam kerang busuk tau bila muncung."

"Eii mulut kau ni, geram je aku!" Aina cubit lengan Raihana.

Tiba-tiba Aina teringat sesuatu, wajahnya berubah serius. "Eh tadi kau kata ada berita sedih?"

Senyuman Raihana perlahan-lahan pudar.

"Hawa."

Nama itu saja cukup buat Aina mengetap gigi.

"Apa lagi si betina tu buat?"

"Sudahlah kau ni...janganlah panggil dia macam tu."

"Dah perangai dia memang macam syaitan." balas Aina tanpa tapis.

"Dia...mengandung."

"HAH?" Suara Aina meninggi lagi.

"Perlahankan suara tu boleh tak!" Izzah menjeling. Malu dia dengan pandnagan orang sekeliling.

"Dia dah kahwin ke? Atau-"

Raihana menggeleng. "Dia mengandung anak lelaki lain. Tapi sebelum ni dia fitnah Ian. Dia kata Ian ayah budak tu."

Wajah Aina terus merah menahan marah. Matanya membulat geram. "Kurang ajar betul. Dah berseronok dengan jantan lain lepastu bila lelaki tu lepas tangan, dia cari suami orang pula jadi kambing hitam?"

Raihnaa menunduk sedikit. "Sekarang dia tinggal dekat rumah aku."

Aina terpaku beberapa saat. "Kau serius?"

Raihana angguk perlahan.

"Zah...kau ingat balik apa dia dah buat dekat kau dulu."

"Aku tahu. Aku...cuma kesian dekat dia, Na. Dia dah minta maaf. Dia kata dia dah berubah."

"Zah tak semua orang yang minta maaf tu betul-betul berubah. Dia tu licik."

Aina menggelengkan kepalanya. Dia tidak boleh buat apa jika Raihana sendiri yang sudi Hawa tinggal bersama mereka.

"Jadi Ian setuju?"

Raihana terdiam seketika.

Aina menghela nafas berat. "Zah...tolong lah dengar cakap aku kalini." berbuih mulutnya cakap dengn Raihana, jangan mudah terpedaya dengan wanita itu.

"Dia minta maaf dekat aku. Nampak macam betul-betul menyesal."

"Menyesal sebab tak ada tempat nak pergi." perli Aina.

Raihana diam.

"Dia ada buat benda pelik tak?"

"Tak ada. Dia banyak duduk bilik je."

Aina tunduk memandang tangan Raihana yang sedang mengusap perlahan perutnya.

"Kau tengah mengandung. Fasa macam ni emosi kau tak stabil sangat. Aku cuma tak nak kau stress."

"Aku kesian dekat dia, Na..."

Aina terus pegang tangan Raihana. Kali ni nada suaranya lembut.

"Aku faham kau baik. Tapi jangan sampai kebaikan kau makan diri. Kau jaga suami kau. Jangan bagi ruang walau seinci pun kalau melibatkan perempuan tu."

Raihana tersenyum nipis. "Garangnya Aunty Aina."

"Memang aku garang kalau bab Hawa. Aku tak percaya perempuan tu."

"Relakslah. Nanti cepat tua."

"Biar cepat tua asalkan perangai tak macam setan."

Raihana geleng kepala sambil ketawa kecil. "Dah la tu. Jom makan. Hari ni aku belanja."

Mata Aina terus bersinar. "Awww...itu yang aku nak dengar dari tadi!"

"Heh."

"Baik betul mama baby ni, nak belanja Aunty makan." usik Aina sambil mengenyit mata.

Raihana sudah membuat muka. Sudah muak dia layan perangai Aina ni. Dari dulu sehingga sekarang tidak berubah.


To be continued.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang