BAB 8

71 4 0
                                    

" KENAPA kau tak makan nasi tu? " soal Emily memeluk tubuh. " tak akan! " bentak Jibrail. Emily mendengus. " kau ni, makan saja lah. Anggap aku balas budi selama kau jaga aku dekat hutan tu. " sinis Emily.

Jibrail menggeleng. " kau gila?! Bukan ini caranya untuk kau berbalas budi! Masih pelbagai cara yang kau boleh guna, mengapa- "

" sebab aku tak nak lepaskan kau Arfan Jibrail! " cantas Emily.

Dia menjatuhkan satu lutut ke bawah. Dagu lelaki itu diangkat tinggi. Mata lelaki itu yang berwarna biru laut dipandang. " kau dengar sini. Tak akan pernah aku lepaskan kau. Kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau, jadi...terima sajalah. " ujar Emily.

Jibrail menggeleng perlahan. " kau gila! "

" ya, aku gilakan kau! " jerit Emily.

" kau jangan buat aku guna cara kasar, kau makan sekarang! " tempik Emily. Lelaki itu masih enggan mahu menyentuh pinggan berisi nasi dan lauk-pauk yang sedap.

" makan aku cakap, Jibrail! "

" tak nak! "

PANG!

Jibrail terkedu. Satu tamparan singgah di wajahnya. Dia memandang Emily yang baru sahaja berjaya menghadiahkannya satu tamparan hebat.

" kau makan, atau lebih teruk aku kerjakan! " bentak Emily sebelum bangkit meninggalkan gundang lama itu.

Jibrail mendengus kasar.





JUS carrot susu dan teh ais dihidangkan di atas meja. " terima kasih. " ramahnya terhadap pekerja di situ.

Melihat pekerja itu mengganguk dan berlalu pergi dia menoleh ke arah lelaki di hadapannya semula.

" kenapa nak jumpa? " tanya Lili. Ehsan menyedut teh ais-nya. " aku ada benda nak tanya kau...pasal Emily. "

" kenapa? "

" dia ada beritahu dekat kau...apa-apa? " soal Ehsan. Lili menggeleng. " kau yakin? " tanya Ehsan lagi mahu kepastian.

" iya. Buat apa saya nak tipu. " kata Lili. Ehsan diam. " kenapa awak tanya? " soal Lili kembali memecahkan hening.

" sejak kebelakangan ni...aku perasan Emily kerap keluar. Aku tak tahu dia pergi mana. Dia tak ada beritahu kau? Mustahil dia tak beritahu apa-apa sedangkan kau tu kawan rapat dia. "

" tak semestinya saya kawan rapat dia, semua benda dia nak beritahu Encik Ehsan. Dia pun ada privasi. " ujar Lili. Ehsan mengeluh.






DIA mengenakan abaya hitam dan bertudung labuh hitam. " Ari? Dah siap? " soal Puan Khadijah.

" dah Ummi! " jawabnya dari bilik. Dia melangkah keluar bersama beg tangannya disangkut pada bahu kanan. Senyuman manis tak henti diukir pada bibirnya yang cantik itu.

" hamboi, bukan main berseri ya. " puji Puan Khadijah. Aryana tersenyum malu. " sekali sekala Ummi. Mana Abi? " soalnya. " Abi kamu dah tunggu dalam kereta, jom. Ummi nak kunci rumah lagi ni. " jawab Puan Khadijah.

Aryana lantas menyarung kasutnya sebelum berlari anak ke kereta milik Tuan Khairul.
" Abi! " riangnya. Tuan Khairul menoleh ke belakang. " cantik nya anak perempuan Abi. Handshock dan Stokin dah pakai? " soal Tuan Khairul. Aryana mengganguk laju.

Sejak kecil lagi dia di ajar untuk menutup aurat dengan sempurna yang sudah tertulis di dalam hadis.

Puan Khadijah melangkah masuk ke dalam perut kereta. " ok dah. Jom gerak. " ujar wanita itu. Tuan Khairul mengganguk sebelum mula memandu meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Mengambil masa selama satu jam untuk mereka tiba di destinasi.

" alhamdulillah sampai. Jom keluar. " ajak Tuan Khairul. Mereka bertiga keluar dari perut kereta.

Puan Khadijah perlahan menghampiri pintu utama itu sebelum diketuk.

" assalamualaikum. " salamnya.

Pintu utama tersebut perlahan dibuka oleh salah satu pembantu di sini. " waalaikumsalam, eh Puan Khadijah. Masuk lah. " pelawa Bibik.

Sebaik sahaja mereka masuk agak sedikit terpegun melihat kecantikan isi rumah tersebut. Kemas, bersih dan teratur.

" eh bila sampai? " tegur Tengku Syaza. Puan Khadijah menghadiahkan senyuman manis.
" alhamdulillah baru saja sampai. " soalnya. Tengku Syaza mengganguk.

" duduk lah dulu. " pelawa wanita itu. Puan Khadijah mengganguk.

Dua bibik datang menghidangkan sedulang air sirap limau dan beberapa pencuci mulut.

" silahkan. "

" terima kasih. " ramah Puan Khadijah.

Melihat dua wanita yang sedikit tua itu belalu pergi kembali mereka memandang pemilik rumah.

" jadi...kenapa kamu berdua datang? " soal Tengku Syaza. " kami datang ini...macam kita semua tahu. Tentang perjodohan tu. " kata Puan Khadijah.

Tengku Syaza terdiam. Dia memandang sang suami yang elok duduk di sampingnya, Tengku Lutfi.

" sebenarnya...kami ok saja kalau hal ini. Tapi... " leret Tengku Syaza. " apa? " giliran Tuan Khairul bersuara.

" anak kami dah lama hilang sejak empat tahun yang lalu. Kami masih tak jumpa jejaknya lagi. " jawan Tengku Syaza bersuara sayu.

Seketika senyuman Aryana mati. " apa maksud...auntie? " soal Aryana. " anak kami dah lama hilang jejak entah dia ke mana. "

" bila dia hilang? "

" selepas berakhirnya misi dia di Thailand... "

" sebagai seorang Tentera Udara. " sambung Tengku Lutfi.

" abang...abang Arfan TUDM? " Aryana perlahan menyoal.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now