BAB 11

58 3 0
                                    

PINTU bilik perlahan ditolak ke dalam. Ditangannya terdapat sebekas air dan tuala kecil.

Datin Rania perlahan melabuhkan punggung di birai katil. " nak... "

Perlahan mata lelaki itu dicelik. Dia memandang ke arah wanita di hadapannya.
" s...siapa kau? " soal Jibrail. Datin Rania menghadiahkan senyuman kecil.

" saya Datin Rania. Maaf kalau saya buat awak terkejut. Semalam awak dilanggar oleh anak saya, Ethan. " jelas Datin Rania. Jibrail mengerutkan dahinya. Kepalanya yang terasa berdenyut dipegang. Dia ingin bangkit namun segera ditahan oleh Datin Rania.

" jangan gerak, kamu belum sembuh sepenuhnya. Kamu mengalami cedera. " tahan Datin Rania. Jibrail mengeluh.

" macam mana saya boleh kena langgar? " soal Jibrail. Datin Rania senyum tipis. " saya tak pasti tapi Ethan kata awak lari macam kene kejar hantu kemudian dia pula mengantuk masa tu. " jelas Datin Rania.

Jibrail mengganguk. Kepalanya masih sakit berdenyut.

Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian mereka. " Mommy, dia macam mana? " tanya Ehsan yang melangkah masuk ke dalam.

" alhamdulillah oke. " jawab Datin Rania. Ehsan menghampiri katil yang di duduki oleh Jibrail.

" ok bro? "

Jibrail mengganguk. " alhamdulillah...sakit sikit saja. " jawab Jibrail. Ehsan mengganguk.






EMILY menolak pintu masuk ke dalam. " baru nak balik? " soal Dato Rafael dingin. Emily mendengus.

" biarlah Emily nak balik bila pun! "

" kamu dah melampau ya! Dari semalam mommy dengan papa tunggu kamu balik. Tapi muka Ethan yang dulu sampai! Kamu kemana?! " bentak Dato Rafael. Dia benar-benar sudah hilang kesabaran.

" diam- "

Baru sahaja dia mahu membalas matanya terpandang satu sosok tubuh yang sedang meringis kesakitan dalam rangkulan abangnya, Ehsan.

" Hati-hati bawa dia pergi bilik air tu. " pesan Datin Rania. Ehsan mengganguk. Memimpin Jibrail ke bilik air.

Datin Rania melangkah ke tingkat bawah. Matanya memandang sosok tubuh Emily.

" ha baru rasa nak balik ka hah? " soal Datin Rania geram.

Emily masih terkaku. Matanya tak salah nampak? Jibrail berada di dalam rumahnya? Walhal hampir semalaman dia mencari jejaka itu bersama anak buahnya.

" mommy...lelaki tadi... "

" aku langgar dia semalam. " sampuk Ethan yang baru sahaja keluar dari dapur. Membulat mata Emily.

Jibrail?... Dilanggar?






ARYANA sibuk menyapu lantai rumahnya hingga bersih. Telefon bimbit yang terletak di atas meja makan berdering. Segera dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor tak dikenali terpapar pada skrin.

Dia agak ragu mahu menjawabnya. Namun, tetap dia jawab.

" assalamualaikum, siapa ini? "

" waa...waalaikumsalam ...ari. " satu suara menyapa di hujung talian. Aryana terkaku.

" a...abang arfan? "

" ya...ini abang arfan. " jawab Jibrail. Aryana terasa mahu melompat saja mendengar suara pujaan hatinya. " abang...abang arfan pergi mana? Kenapa Ari pergi rumah abang arfan, abang arfan tak ada? " bertubi-tubi soalan dia lontarkan.

Jibrail mengeluh. " nanti abang cerita, sekarang ini abang ada dekat rumah seseorang ni. Nanti abang hantar lokasi, minta aunty dan uncle datang ambilkan boleh? " soal Jibrail. Aryana mengganguk laju.

" ok, abang letak dulu. Ini pun abang pinjam telefon orang. Assalamualaikum. " ujarnya sebelum meletakkan panggilan. " waalaikumsalam. " jawab Aryana.

" Jibrail. "

Lelaki itu lantas menoleh. Membulat matanya melihat Emily dihadapan.

" kau lagi? Kau nak apa huh?! "

Emily senyum sinis. " aku nak kau, lagipun tak sangka kan, kau dah berjaya jejak kaki dekat rumah aku. " sinis suara itu.

" kau memang syaitan, Emily! "

Gadis itu terdiam. Dia merasakan ada sesuatu yang pelik pada Jibrail.

Lelaki itu tetap dengan riak wajah yang garang dan ketat. Emily masih mencari kelainan dalam diri seorang Jibrail.

" Jibrail... "

Lelaki itu masih diam. Menunggu ayat seterusnya terbit keluar dari bibir Emily.

" siapa kau sebenarnya? " akhirnya keluar juga soalan itu dari bibirnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now