BAB 13

51 3 0
                                    

PINTU besar itu diketuk sebelum perlahan dibuka oleh salah seorang pembantu rumah tersebut.

" ya, cari siapa ya? " soal Kak Sal selaku pembantu rumah itu. Puan Khadijah mengukirkan segaris senyuman. " kami datang atas permintaan Arfan. "

Kak Sal memandang Puan Khadijah hairan.
" mmm, Kamu semua ini yang Encik Arfan minta datang? Tunjuk bukti dahulu. Saya tak kan benarkan orang asing masuk. " kata Kak Sal.

Lantas Aryana mengeluarkan telefon bimbitnya lalu ditunjuk pada Kak Sal mesej-mesej yang dihantar oleh Jibrail melalui nombor Ehsan.

Kak Sal mengganguk sebelum diberi ruang untuk mereka masuk. " silakan. "

Mereka mulai masuk ke dalam. Isi rumah itu sungguh cantik. Tersusun rapi, kemas dan mewah.

" Ari dah beritahu hal ini dekat aunty Syaza. " jelas Aryana. Tuan Khairul mengganguk.

" siapa? " sapa Datin Rania. Puan Khadijah memandang sebelum menghadiahkan senyuman kecil.

" saya Khadijah. Kawan kepada mama Arfan. " jelas Puan Khadijah. Datin Rania mengganguk. " Arfan ada di atas, saya suruh dia rehat tadi, luka dia masih belum sembuh. "

Mendengar itu hati Aryana diserang perasaan risau. " teruk ke luka dia makcik? " soal Aryana polos. Datin Rania memandang gadis itu pula. Dia tersenyum.

" tak adalah teruk mana. Nak pergi tengok? "

" er... " lidahnya kelu. Dari kecil dia di didik menjaga batas antara kaum adam. Hatinya sudah tentu membuak-buak mahu melihat abang Arfan kesayangan namun atas kerana didik yang diberi oleh Ummi dan Abi dia buntu.

" jom Ummi teman. "

Berbinar mata Aryana yang mendengarnya. Wajahnya langsung bertukar ceria.

Datin Rania tersenyum. Dia pandang pula Tuan Khairul. " oh ya encik, suami saya ada dekat ruang tamu sana. Dato Rafael. "

Tuan Khairul mengganguk.







BARU sahaja dia ingin melelapkan matanya bunyi ketukan pintu mengejutkan dirinya.

" masuklah... " ujarnya. Dia bangkit dari baringnya. " abang Arfan! " riang Aryana sebaik sahaja masuk ke dalam. Jibrail sedikit tersentak melihat gadis yang sudah lama dia tidak temui itu.

Puan Khadijah hanya diam berdiri di belakang anak perempuannya.

" abang Arfan ok? " soal Aryana dengan wajah risaunya. " alhamdulillah ok. Ari? Sihat tak? "

" terlebih sihat lepas tengok pujaan hati dia. " perli Puan Khadijah. " Ummi! " bibirnya mencebik ke depan. Jibrail ketawa kecil.

" ha Arfan, kamu ok? "

Jibrail mengganguk. " Aunty, Mama saya- "

" mereka akan datang ambil kamu. Kami datang ini pun sebab anak dara sorang ni ha nak sangat jumpa kamu. Awalnya kami nak beritahu Mama kamu saja kemudian kami tak akan ke sini, tapi... " dia memandang anak perempuannya. Aryana menyengih.

Jibrail mengganguk faham. " Ari... "

" ya? " laju gadis itu menjawab. " rindu ya? "

" siapa je tak rindu. Selama empat tahu Ari tunggu abang Arfan telefon Ari tahu. Aunty kata abang Arfan pergi bertugas tapi kenapa lama sangat. Baru beberapa hari lepas Ari dapat tahu yang abang Arfan hilang. " jelas Aryana.

Jibrail mula dihurung rasa bersalah. " abang Arfan minta maaf ya? "

" tak apa! Asalkan abang Arfan selamat! " jawab Aryana.

" siapa perempuan ni ha Jibrail? "

Mendengar suara itu mati senyuman lelaki itu. Dia memandang ke hadapan. Emily dengan wajah ketatnya yang sedang bersandar pada bahu pintu.

Puan Khadijah sekadar diam. Melihat dari segi pakaian wanita itu sungguh menjolok mata. Bertudung namun, pakaian yang dikenakan seperti tidak cukup kain. Ketat!

" Emily, sudah. Aku tak nak bertengkar dengan kau. "

" kau yang buat aku macam ni Jibrail! Kau yang desak aku sampai jadi macam ni! " suaranya meninggi. Aryana sedikit tersentak.

" abang Arfan, dia siapa? Skandal abang Arfan ke? " soal Aryana.

Mendengar soalan itu satu senyuman senget terukir pada bibirnya. " haah, betul lah tu aku skandal abang Arfan kau. "

" Emily! Jangan jadi bodoh sangat! " bentak Arfan sehingga dibawah sana juga turut mendengar.





" EH kenapa Arfan marah-marah tu? " soal Datin Rania. Dua lelaki dihadapannya menggeleng tanda tidak tahu. Mereka lantas ke tingkat atas.

" awak kenapa ni? " soal Tuan Khairul. Puan Khadijah diam.

Datin Rania tertumpu pada anak perempuannya. Emily. " Emily, kamu ini dah kenapa? "

" diam mommy! Mommy dan papa tiada hak untuk masuk campur! " bentak Emily.

" jangan biadap! " tempikkan Dato Rafael membuatkan kesemua di dalam bilik itu terdiam. " papa tak pernah ajar kamu biadap depan tetamu! "

Emily mengetap bibirnya.

" kamu dah kenapa Emily? Apa masalah kamu. Apa? Kamu tak suka kehadiran Arfan dalam rumah ini ka? "

Emily diam.

" sudah, jangan bergaduh... " ujar Puan Khadijah lembut. Datin Rania mengeluh kasar.

Emily kekal diam. Namun matanya tidak. Dia memandang ke arah Jibrail kemudian... Aryana.

Bau² konflik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bau² konflik. Hehe.

Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now