BEKAL yang dibawa dia hulurkan. " terima kasih. " senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Aryana mengganguk.
" abang Arfan tak bertugas hari ni? " soal Aryana. Jibrail mengganguk. " petang nanti baru bertugas. " jawab Jibrail. Aryana mengganguk lagi bagaikan burung belatuk.
Dilabuhkan punggung di atas kerusi batu itu yang tersedia. Jibrail lebih memilih untuk berdiri sahaja.
" kenapa abang Arfan minta Ari datang? Sudahlah minta Ari datang jumpa dalam kem pulak tu. Tebal muka Ari tahu bercakap dengan pakcik guard depan tu. " cebik Aryana. Jibrail menyengih.
" nak keluar pun, abang malas jadi suruh Ari datang saja lah. Alah, Ari kan pandai bawa kereta apa salahnya. Lagipun, abang dan siap minta izin aunty dengan uncle dah. " kata Jibrail. Aryana sekadar mengganguk.
" oh soalan tadi...abang nak bincang pasal majlis kita. Ari dah tetapkan tarikh? " soal Jibrail. Aryana menggeleng. " Ummi cakap biarlah abang Arfan yang tentukan. "
Pula. " lah ye ka...abang pun buntu Ari... "
" tak apa. Ari faham. Kepala Ari pun macam dah nak meletup fikir tarikh akad nikah. Walhal tarikh saja bukannya soalan matematik ". Jibrail ketawa mengekek mendengar celoteh gadis itu.
" insyaallah nanti abang cuti, abang pergi jumpa Aunty dengan Uncle. " kata Jibrail. Aryana mengganguk.
Seketika hening.
" abang Arfan... "
" ya? "
" semalam... Ari terserempak dengan...perempuan hari itu. Anak kepada Datin Rania. " jelas Aryana. Seketika mati senyuman Jibrail.
" Emily? Dia buat apa? " soal Jibrail. Aryana mengetap bibirnya. Seketika dia dapat merasakan aura lain yang keluar dari lelaki itu.
" entahlah, Ari pun tak faham dengan dia. Dia cakap...dia akan- "
" merepek. "
" abang...Ari tak habis cakap lagi. " cebiknya.
" Ari tak cakap habis pun abang dah tahu. Dia berlagak nak ke abang, kan? " soal Jibrail. Aryana mengganguk perlahan. Jibrail mendengus kasar.
" lepas ini kalau terserempak dengan dia buat tak tahu saja. " pesan Jibrail dan hanya dibalas dengan anggukan Aryana.
" ASSALAMUALAIKUM Leftenan Arfan Jibrail. " sapa salah seorang kadet. Jibrail menoleh.
" ya? "" maaf mengganggu tapi ini. Cik Aryana beri ini ke Tuan. " kata kadet itu seraya menghulurkan sebuah kotak berbalut kertas berwarna pink. Perlahan-lahan dia mencapai huluran itu.
" terima kasih tapi...kenapa dia datang bagi sendiri? " soalnya. Kadet itu tersengih. " dia kata malu. "
Malu? Baru sahaja mereka berdua berjumpa dah malu?
" ha ya lah. Terima kasih. " katanya. Kadet itu mengganguk. Ditabik hormat sebelum lelaki muda itu bergerak pergi.
Kotak ditangannya dia pandang. Bukan main. Warna pink juga pilihannya. Satu senyuman terukir di wajah lelaki itu. Comel bakal isterinya.
Dia membawa kotak itu bersamanya.
KASUT bersaiz besar itu ditanggalkan lalu disimpan di bawah katil.
" weh, tadi aku terserempak dengan Aryana. " kata Amir. Jibrail menoleh. " cantik gila si Aryana. "
Haikal sudah meneguk air liur kesat. Melihat riak wajah Jibrail yang serta-merta berubah tahu bakal ada bom yang meletup.
" lepastu sopan pula. Alahai, kalaulah dia tu isteri aku...kenapalah aku tak jujur saja masa waktu sekolah menengah dulu. " Amir masih terus dengan kejujurannya.
" psst... " Haikal bersuara. Amir menoleh sembari menunjukkan wajah ' apa? ' .
Haikal memberi pandangan kepada Jibrail. Amir menoleh memandang lelaki yany sedari tadi memandangnya seperti mahu melahapnya hidup-hidup.
" kau kalau tak kaki aku potong, mungkin kepala kau, Amir. " amaran Jibrail. " lah kenapa- "
" bodoh! Aryana bakal isteri Arfan gila! "
Amir terdiam. Sudah...
Amir menayangkan sengihan kerang busuknya. " abang Arfan janganlah marah...coki-coki nak? "
" aku rasa kepala kau sedap lagi. "
Amir terdiam. Bapak harimau dah bangun!
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
AkčníARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...