LEHER gadis itu ditarik ke belakang buatkan Emily tak sengaja melepaskan Aryana. Lekas gadis itu berlari ke Jibrail sebelum dipeluk tubuh itu erat. Takut yang menghurung dirinya hanya Allah sahaja tahu.
" l...lepas! "
" kau gila ka adik?! " marah Ethan. Ya, dia lah yang secara sembunyi menyelinap masuk dari pintu belakang dan menyerang si adik dari belakang.
" lepaskan lah! " jerit Emily sembari meronta-ronta. " tolong lah! Ingat aku ini badan sado ke nak pegang dia seorang? Kau orang tak pa lah badan hulk, aku ni badan- "
" Ethan!! "
Emily terjatuh tersungkur ke bawah sebelum dia mengundur. Tangan yang dipenuhi darah dia pandang.
Ethan terdiam. Dia terduduk dengan kedua-dua lutut bertemu lantai simen. Ehsan segera menghampiri adiknya itu.
Emily menggeleng perlahan. Mustahil. Mustahil dia buat. Mustahil!
Beberapa pengawai polis berlari ke arahnya. Lekas dia bangkit berlari meninggalkan gudang lama itu.
" E-Ethan! Kau jantan, tahan lah bodoh! " jerit Ehsan.
Pisau yang tertusuk di bahagian perut lelaki itu dia pandang. Ya Allah...
Darah terus-menerus mengalir keluar buatkan lelaki itu kehilangan banyak darah. Tubuhnya jatuh ke dalam pelukan Ehsan.
Jibrail mendail 999 untuk meminta bantuan.
Ehsan memandang adiknya. Perlahan air mata jantannya jatuh mengalir.
Belum pernah dia menangis kerana adiknya. Ini buat kali pertama dia menangisi si adik.
DATIN Rania terus-menerus menahan sebak dan tangisan dari keluar. Mendengar khabar anak lelakinya yang kedua dilarikan ke hospital buatkan dunianya seolah-olah berputar 360°
Bahu gadis itu diusap perlahan. " kita banyakkan doa agar dipermudahkan urusan. " kata Puan Khadijah. Tengku Syaza juga turut disitu. Sebaik sahaja dia mendengar khabar menantu kesayangannya itu diculik lekas dia bergegas ke rumah Datin Rania bersama Tengku Lutfi.
" saya risau...ya Allah, Ethan... " air matanya mengalir jatuh. Puan Khadijah mengganguk perlahan.
" dia...dia baru saja nak bertaubat...dia baru saja nak belajar baca al-Quran kembali...dia...dia baru saja nak merapatkan hubungannya dengan Allah semula... "
Sebak yang terasa langsung dia tidak dapat tahan. Siapa tidak sedih? Mendengar anaknya sendiri dibawa ke hospital dan lebih sakit puncanya adalah Emily, anak perempuannya.
Bahu lelaki itu ditepuk perlahan bagaikan memberi sokongan.
" insyaallah, kita doakan terbaik untuk dia. "
Ehsan mengganguk perlahan. Jibrail diam. Aryana pulak setia di sisi sang suami.
Seorang doktor berjalan keluar dari bilik kecemasan. Lekas Ehsan bangkit dari cangkungnya lalu menghampiri doktor itu.
" a...adik saya oke je kan doktor? " soal Ehsan. Doktor itu diam sebelum menjawab.
" maaf, kami dah cuba sebaik yang mungkin untuk hentikan darah dari mengalir keluar, kerana sudah banyak dia kehilangan darah tapi...takdir berkata lain. Adik tuan...sudahpun kembali ke pemiliknya. " jelas doktor itu.
Ehsan terdiam seribu bahasa. Terasa dunianya gelap. Ujian apa yang kau turunkan lagi Ya Allah.
PINTU Kecemasan perlahan dibuka. Melihat sekujur tubuh yang terbaring dengan ditutupi oleh selimut putih buatkan hati tuanya hiba.
" ya Allah, Ethan... " tagisan Datin Rania pecah. Ehsan diam.
Tubuh itu dihampiri sebelum dipeluk. " mommy, belum bersedia hilang Ethan...mommy belum puas dengan suara Ethan mengaji...bercakap. Tapi kenapa Ethan yang pergi dulu bukan mommy? " ujar Datin Rania.
Dato Rafael cuba menenangkan isterinya.
" awak tak baik cakap macam tu. Jangan macam ini, tak tenang arwah nanti. " kata Dato Rafael separuh membujuk." anak kita awak...anak kita... " Datin Rania semakin menjadi menangisnya. Laju air matanya jatuh mengalir ke pipi bak seperti hujan. Dato Rafael mengganguk.
" Ethan...mommy tak sanggup hilang Ethan...Mommy sayang sangat kat Ethan... " katanya lagi bernada sayu.
" ya tahu. "
" kalau tahu kenapa masih nak tinggalkan mommy- eh? "
Semua orang di dalam bilik itu terdiam.
" mbaa! " Ethan membuka matanya lalu menyelak selimut yang menutupinya. Datin Rania yang tadi beriak sedih bertukar garang.
" Muhammad Ethan Zayan! " jerit Datin Rania dengan amarahnya.
Meletus tawa Ethan. Dia berjaya prank keluarganya! Mission Complished.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
ActionARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...