BAB 5

163 11 0
                                    

SEDARI tadi lelaki itu hanya termenung. " kau termenung apa? " soal Emily melabuhkan punggung di samping lelaki itu. Jibrail menggeleng. " jangan cakap kau tak tahu ' cinta ' tu apa. "

Jibrail menarik senyuman senget. " tahu saja. Tapi aku ni duduk hutan yang kau suka pada aku kenapa? " soal Jibrail. Emily mengangkat bahu acuh tak acuh. " aku pun tak tahu, mungkin sebab aku pandang dari sudut lain. "

" sudut lain? " dahi lelaki itu berkerut. " maksud kau? " sambungnya.

" mungkin dari segi...hati kau tak pun cara kau layan aku. " jawab Emily. Jibrail mengganguk. Emily menyengih.

" apa kata kau ikut aku balik? " langsung Jibrail memandang wajah gadis itu dengan riak tidak percaya. " jangan kau fikir yang bukan-bukanlah. "

" aku tak main-main! Kau tinggal dengan aku. Aku yakin diorang tengah cari aku. " masih dia memujuk.
" tak akan aku tinggalkan hutan ini. Aku akan kekal di sini. " tegas Jibrail. Emily mendengus. " kau ikut saja lah, takkan kau nak duduk sini sampai- "

" ya, aku akan terus di sini. " potong Jibrail. Emily mendengus.

Mustahil dia biarkan saja, hati-Nya sudah tertarik dengan lelaki itu, malah lelaki itu menolak mahu bersamanya.

" Jibrail, kau tak tahu siapa aku...jadi kau jangan- "

" aku adalah aku. Kau adalah kau. Kita dalam dunia berbeza. Itu saja. Sudah, kau pergi lah makan dahulu, aku mahu mencari beberapa buah yang boleh kita makan esok pagi. " pinta Jibrail seraya bangkit meninggalkan Emily di situ.

Emily mendengus geram.







BEBERAPA keping gambar yang diambil dia pandang. " kami rasa kedudukan Cik Emily tak terlalu jauh dari tempat di mana dia jatuhkan lampu suluh tu. Dari kita boleh lihat, kayu di bahagian tengahnya sedikit patah dan terdapat kesan pada tanah seperti orang jatuh dari atas. " jelas Inspektor Ahmad.

Ehsan mengganguk faham. " dekat sini kita boleh pasti antara Cik Emily memang sudah mati diheret haiwan buas atau diselamatkan orang yang tinggal di hutan itu. "

" kita minta beberapa orang pengawal polis untuk jalankan operasi pencarian adik kami. " cadang Ethan. Inspektor Ahmad mengganguk setuju. Ehsan turut mengganguk setuju.

Setibanya mereka di rumah, langsung masuk ke dalam rumah. " Assalamualaikum. " salam Ehsan. Dato Rafael memandang. " waalaikumsalam, dari mana kamu berdua ni? " soalnya.

" dari Ibu Pejabat Polis. " jawab Ethan. Dato Rafael mengganguk. " mana mommy, pa? " soal Ehsan.

" dalam bilik, bersedih lagi lah tu... " jawab Dato Rafael. Ehsan mengeluh. " macam mana hasil siasatan terbaru? "

" esok pihak polis mula buat operasi pencarian, sebab dah ada bukti kukuh kemungkinan Emily diserang haiwan buas atau diselamatkan orang selepas jatuh. " jelas Ethan. Dato Rafael mengganguk faham.

" Insyaallah, Emily masih hidup dan selamat. Kita doa yang baik-baik sahaja. " Ehsan dan Ethan mengganguk setuju dengan kata Dato Rafael.









LILI menghirup kopi panas yang terhidang di atas meja. " jadi polis dah mula cari? " soal Lili. Ethan mengganguk. " ya, diorang dah mula cari, mungkin Emily tak terlalu jauh dari tempat terakhir dia berada. Sebab dari segi keadaan hutan tak adalah luas mana, banyak tebing-tebing tinggi. Melainkan dia di heret haiwan buas, wallahualam. "

Lili menggangguk mendengar penjelasan Ethan. Datin Rania melangkah ke ruang tamu, matanya menangkap sosok tubuh Lili yang elok duduk di sofa.

" Lili. " sapa Datin Rania. Lantas gadis itu menoleh. Ditelan air liur kesat terasa perit di tekaknya. " Hay, auntie... " kekoknya. Datin Rania mengambil tempat di samping gadis itu.

Ehsan dan Ethan diam sekadar memerhati, namun tetap berjaga-jaga takut dek Datin Rania melakukan hal buruk lagi.

" Auntie...nak minta maaf. Sebab hari itu Auntie pukul Lili. Maaflah, masa tu Auntie di luar kawalan. " pinta Datin Rania. Lili terkedu mendengarya, sangkanya bakal dimarah atau ditengking, namun lain yang terjadi.

" Eh tak apa, salah Lili juga...tak disebabkan Lili mungkin Emily masih di sini. "

" tak sayang, semuanya aturan Allah. Tiada siapa yang salah, semuanya kehendak sang Pencipta. " lembut Datin Rania. Lili diam sembari mengganguk.

Suara deringan telefon bimbit milik Ehsan memecahkan suasana yang sunyi itu. Ehsan perlahan mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Melihat nama ' Inspektor Ahmad ' tertera di kaca telefon langsung di tolak butang hijau ke atas.

" Assalamualaikum, Inspektor Ahmad. " salamnya. Terangguk-angguk lelaki itu mendengar kata Inspektor Ahmad di hujung talian sana.

Panggilan di matikan.

" ha kenapa Ehsan? " soal Datin Rania. Ethan dan Lili juga memandang lelaki itu. " ... "

Melihat anak sulungnya diam membuatkan diriny resah. " Ehsan jawablah, jangan buat mommy risau. "

" Diorang dah jumpa Emily. "

Mendengar itu Datin Rania lantas bangkit menghampiri anak sulungnya.

" betul ke Ehsan? " soal Datin Rania mahu kepastian. Ehsan mengganguk. " alhamdulillah... "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now