ARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA
" kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail
" kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana
* no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas *
Pesanan author: Story ini sangat cringe.
...
DIA menyilangkan tangganya berparaskan dada. " aku nasib baik ada kesabaran kalau tidak, dekat situ aku ajak bertumbuk. " geram Jibrail. Haikal dan Amir sekadar menayangkan sengihan.
" tapi sedap lah suara kau orang dua! " ceria Aryana. Haikal dan Amir tersenyum malu. Disebalik singa yang garang, terselit kucing yang comel.
Jibrail mendengus. Pinggang Aryana ditarik mendekati tubuhnya yang amatlah berbeza berbanding Aryana. Pendek.
" dah kenapa Ari suka pulak dengan dia orang ini? " soal Jibrail. " dah dia orang meriahkan majlis kita. "
" ya meriah, meriah juga. Nasib tak buat kerja gila. Kalau tak, makan bom kau orang dua. " kata Jibrail sempat sekilas memandang dua orang itu. Haikal menyengih. " rilex lah bro~ "
Jibrail memutarkan bebola matanya ke atas.
DIHEMPASKAN tangganya pada meja miliknya itu. " kau cakap apa?! " tengkingnya terhadap dua lelaki dihadapannya. " ya, Tuan Jibrail dah- "
" kau tipu!! " cantasnya. Kenapa begini pula?!
" aku dah cakap kan!! Culik perempuan tu malam tu! Kenapa tak buat dan kenapa dia dah rasmi jadi isteri Jibrail?! " gertaknya. Dua lelaki itu menunduk terdiam.
" aku tanya jawab sebelum kepala kau orang dua aku pancung! " amarannya. " k...kami dah cuba puan...tapi malam tu ramai sangat sampai... " tergagap-gagap dia ingin menjelaskannya.
" sampai apa?! "
" kami tak boleh buat apa-apa. Kalau...kalau kami ceroboh masuk pun nanti tak ka kami jadi buruan? Lagipun kami nampak banyak juga lelaki di sana. " jelas lelaki yang kedua.
Emily mendengus. Mengharapkan anak buahnya, anak buahnya tidak boleh pakai juga!
" maaf puan. "
" EH makcik...datang? " agak sedikit dia terkejut melihat Datin Rania tiba di muka depan pintu rumahnya. Wanita itu elok berbaya biru gelap. Ehsan dan Ethan juga bersegak berbaju t-shirt biasa. Namun tetap tampak segan. Tak lupa Dato Rafael di sisi isterinya.
" abang... " lembut Aryana memanggil Jibrail. Jibrail menoleh. " ya? " soalnya. " dia datang ka? " soal Aryana.
Dari riak wajah gadis itu dia sudah tahu siapa 'dia' yang dimaksudkan Aryana. Jibrail menjenguk luar rumah sebelum kembali memandang Aryana. " mungkin tak, tak nampak pulak dia. " jawab Jibrail.
" tak sangka ya, kuat jodoh kau orang dua ni. Maaflah, aunty tak boleh nak datang majlis kau orang dua tempoh hari. Sibuk sangat, dengan Emily macam-macam hal dia buat. " jelas Datin Rania. Tengku Syaza mengganguk faham.
Jibrail sekadar diam. Mendengar nama Emily, buat dirinya tertanya-tanya. Kemana gadis itu pergi setelah sekian lama dia dan Emily tidak bersua muka.
Aryana disampingnya dia pandang. Comel dan manis. Memiliki pipi pau hingga buat dirinya mahu saja gigit pipi pau itu.
" cover sikit pipi pau tu. " kata Jibrail separuh berbisik. Aryana menoleh ke arahnya. Aryana memegang pipinya lalu cemberut. " sibuk pipi kita. " jeling gadis itu. Jibrail ketawa kecil.
Jibrail memandang ke arah lain. Dan sesuatu menarik perhatiannya. Aulia sedang memandang Ethan, dengan pandangan seolah-olah sedang dilamun cinta.
" psst. " dia cuba menarik perhatian Aulia. Gadis itu terlalu leka memandang Ethan sehingga si abang yang memangil dirinya pun dia tidak sedar.
" Siti Aulia Juanita. " panggil Jibrail setelah beberapa kali dia menggunakan suara ular untuk menarik perhatian si adik. Aulia lantas menoleh. Melihat panahan mata yang tajam dari abangnya, dia menyengih.
Jibraik berkali-kali menasihati dirinya agar menjaga pergaulan. Bak kata lelaki itu, " belajar dulu, bercinta kemudian. Jodoh kau tak lari ke mana pun, kalau kau duduk lenggang kangkung pun dia sendiri datang bergolek ke kau. "
Lawak hambarnya sungguh buat dirinya ingin mencekik abangnya itu. Mujur abangnya sendiri. Kalau bukan?
SEKEJAP-SEKEJAP dia ke almari, sekejap-sekejap dia mencari di katil pula. Mana pula perginya? Tak akan hilang pula.
" cari apa? " soal Jibrail. Lelaki itu sedang bersandar bahu di bahu pintu bilik. Sedari tadi lagi dia memerhatikan gelagat isterinya seperti mencari sesuatu.
" Ari cari penguin Ari. Abang ada nampak? " soal Aryana. Terangkat sebelah keningnya. " penguin? " soalnya kembali. Aryana mengganguk. Mengharapkan jawapan lelaki itu ya.
" ada, tapi tengah basuh. " selambanya dia menjawab. " b...basuh?! "
Aryana terasa mahu menangis. Ingin saja dia tumbuk-tumbuk dinding rumah ini, kalau tidak mengenangkan ini rumah Tengku Luth sudah lama dia keluarkan jurus tinjunya.
" abang ni! Abang tahu tak, Ari tak boleh tidur kalau tak ada pingu Ari tu! " cebiknya. Jibrail mengoyak senyuman senget. " abang kan ada ". Aryana menggeram.
" tak! Tak sama! Abang tak gebu! Pingu gebu! " protes Aryana. Jibrail mengeluh. Mengalahkan budak lima tahun isterinya ini.
" ambil dia balik! " arah Aryana. " tengah jemur dekat ampaian. Masih lembat, Ari. " jawab Jibrail. Jelas lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa riak. Langsung tak bersalah!
Aryana sudah mulai menggila. " abang jangan! Kalau Ari tukar jadi Hulk , habis abang! "
Jibrail ketawa kecil. " takutnya~ "
Ejek lelaki itu. " ish! " Aryana mendengus geram.
Bantal tidur dia ambil lalu dilemparkan ke Jibrail yang masih berdiri di muka pintu. Sempat lelaki itu mengelak sebelum menayangkan senyuman sinis. " tak kena~ "
Aryana mendengus geram. Masa untuk dia keluarkan jurus tinjunya!
Hiak!!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.