TONGKAT baseball di capai. " engkau, aku bagi kau hidup dengan tenang tapi kenapa nak pilih benda yang boleh buat kau sakit hah? " soal Emily.
" m...maaf puan...saya minta maaf. Ampunkan saya puan, ampun...saya hanya nak tolong Encik Jibrail saja. " rayu Bibik. Emily ketawa sinis. " pandai pula kau merayu? Masa kau lepaskan dia ada kau fikir nasib kau selepas itu?! " bentak Emily.
Hampir seluruh tubuh wanita berusia itu gementar ketakutan. " kau memang cari nahas dengan aku. Elok-elok aku bagi kau hidup, tapi kau nak juga memilih untuk dijemput ajal? "
Dua lelaki berbadan besar itu memegang lengan bibik kuat tanpa dilepaskan.
" s...sakit...ya Allah...s...sakit... " adunya. Emily tersenyum lebar. " tahu sakit? Sini aku tambah lagi sakit kau... "
Tongkat baseball diayunkan ke atas sebelum dihentam pada kepala bibik itu. " Allah! " jerit wanita berusia itu. Perlahan-lahan setitis demi setitis darah mengalir dari kepalanya.
" sakit? Nak lagi tak? " sinis perempuan itu.
Bibik laju menggeleng. Hanya Allah saja tahu bertapa sakitnya kepalanya tika ini.
Buat kali kedua kepala wanita itu dihentam dengan tongkat baseball dengan kuat.
Tubuh yang tak berdaya itu dibiarkan terbaring di atas lantai dengan lumuran darah yang mengalir di kepala.
" dah bawa dia ke belakang. Tanam dia hidup-hidup. " perlahan dia mengoyak senyuman senget.
" Allah...Allah! " cuba dia meronta dengan menyebut nama si pencipta namun apakah daya. Tenaga dia sudah tiada. Dua lelaki mengheret tubuhnya ke belakang gundang.
" Puan... "
Emily sekadar berdehem mendengar anak buahnya memanggil. " Encik Jibrail macam mana pula? " soal lelaki itu.
" easy. Rumah perempuan tu. Aku yakin, bibik tak guna tu ada beri kunci rumah dia. Tak akan dia biarkan Jibrail lari macam tu tanpa tempat sembunyi. " sinisnya.
" kau main-main dengan aku Jibrail. Jom main kita tengok siapa menang. " meletus tawanya. Ketawa yang kejam.
PINTU yang sudah dikunci dia letakkan sebuah almari di belakang pintu itu tersebut.
" apa yang harus aku buat sekarang? Pasti Emily mencari ku. " ujarnya sendiri memandang sekeliling rumah tersebut.
Sejak semalam lagi dia tidak tenang. Sekejap-sekejap melihat pintu sekejap-sekejap melihat tingkap rumah.
" apa yang aku perlu buat? Bagaimana keadaan bibik sekarang... " katanya. Sungguhpun dia mungkin sudah berada di tempat yang selamat namun hatinya tetap resah memikirkan wanita berusia yang sudah membantunya melarikan diri dari gengaman Emily.
BANG!!
Dek terkejut dia hampir terlompat dari tempat duduknya. Dia memandang ke arah pintu. Dia baru sahaja mendengar seperti suara tembakan.
" Jibrail... " leret suara itu memanggil namanya dari luar. Tubuhnya mulai menggeletar.
" aku tahu kau dekat dalam. Jibrail...keluarlah." sengaja dia mendayu-dayu kan suaranya. " tak nak jumpa aku ka? Cepatlah. "
Jibrail memandang ke sebuah tingkap yang muat untuk dirinya melompat keluar.
Dia berlari ke sana sebelum dibuka tingkap tersebut. " tinggi pula, arh! Peduli apa aku. Aku harus selamatkan diri dahulu! " katanya sembari melompat keluar. Berlari ke arah semak-samun.
" pecahkan pintu ni. " arahnya.
Tiga lelaki mengganguk sebelum ketiga-tiga mereka bersama-sama menendang pintu tersebut sebelum pintu itu terbuka luas.
Emily melangkah masuk ke dalam.
" oh... " dia mengoyak senyuman senget. Melihat tingkap terbuka luas sudah dia dapat jangka apa yang berlaku sebentar tadi.
" jom, misi cari abang Jibrail kita. "
DUA perempuan yang sentiasa memeluk dirinya itu sedang bermain dengan baju kemeja yang dia kenakan.
" abang Ethan ni...kacaklah. Nak tak jadi suami saya? " usik Lisa. Ethan ketawa kecil.
" suami ya? Apa yang baby boleh bagi abang kalau abang jadi suami baby ? " soal Ethan. Tangannya tak tinggal diam. Mengelus bahu kedua-dua wanita itu tanpa lapisan kain." apa-apa je... " jawab Nisa pula yang berada di sebelah kanan Ethan. Ethan ketawa. Geli hatinya mendengar kata-kata Lisa dan Nisa. Bukannya dia mahu sangat menjadi suami. Dia masih mahu enjoy!
Telefon bimbit miliknya berdering. " kejap ya, abang nak angkat telefon dulu. " pintanya sebelum melepaskan pelukan pada bahu kedua-dua wanita itu. Lisa dan Nisa kedua-duanya mengganguk.
Perlahan dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Melihat nama mommy yang tertera pada skrin telefon bimbitnya buatkan tubuhnya terasa membahang pula.
Dia lantas bangkit menjauhkan diri dari tempat haram itu. Setelah melihat sekeliling aman baru lah dia menjawab panggilan itu.
Ditolak butang hijau ke atas sebelum mendekatkan telefon bimbitnya pada cuping telinganya.
" hal- "
" pergi mana hah?! " tengking Datin Rania.
Seraya itu Ethan menjauhkan telefon dari cuping telinganya. Terasa telinganya mahu melutup pabila si ibu menyapa dengan suara yang kuat. Dia kembali mendekatkan semula telefon bimbitnya pada cuping telinga.
" mommy, Ethan ada- "
" mana?! Club?! Kamu balik sekarang! Sebelum mommy sendiri pergi sana heret kamu! " marah Datin Rania.
" alah mommy, Ethan- "
" balik! "
" ye la, kejap Ethan balik. "
" ha balik cepat sikit! Tak balik siap kamu! " amaran Datin Rania sebelum mematikan panggilan. Ethan mengeluh.
Dia menghampiri dua wanita yang sedari tadi menunggu dirinya.
" baby abang kene baliklah. " jelasnya. Lisa dan Nisa serta-merta mencebik. " la ya ka? Baru nak ajak berkenalan. " cebik Nisa. Ethan tersengih.
" tak apa. Tadi abang ada bagi nombor telefon kan? Nanti mesej lah abang ok? "
Laju dua wanita itu mengganguk. " terimakasih abang Ethan! " serentak mereka.
JAM sudah menunjukkan dua belas malam. Kantuk yang ditahan sejak tadi makin menjadi. " mengantuknya... " ujarnya. Berkali-kali dia menguap namun tetap dia cuba fokus terhadap pemanduannya.
Keadaan jalan raya di saat itu sedikit sunyi. Biasalah, kebanyakan banyak yang sedang tidur jam segini.
Matanya perlahan terlelap dek kerana mengantuk menguasai diri. Cuba dia tetap celikan matanya namun gagal. Hingga-
DANG!
" oi mak kau! " latahnya. Kakinya laju menekan brek. " apa jadi? " soalnya sendiri. Dia menggosok matanya berkali-kali.
Dia melangkah keluar dari perut kereta ingin melihat dihadapan jika ada sesuatu yang dia langgar.
" astaghfirullah! " jeritnya.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
БоевикARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...