BULUH yang sudah tajam dihujungnya di ambil. " mahu apa kalian. " tegasnya, sembari mengancam menggunakan buluh tersebut. " tenang encik, kami datang dengan cara yang baik. " ujar salah seorang lelaki yang lengkap beruniform polis.
Jibrail mengangkat satu alisnya. " maksud kau? "
" Kami mahu kembalikan Cik Emily ke tempat asalnya. " ujar Inspektor Ahmad. Seraya itu buluh dipegangnya dijatuhkan. Dia menggangguk perlahan.
" kalian semua tidak tipu, bukan? " soal Jibrail mahu memastikan. Inspektor Ahmad mengganguk. Jibrail melangkah ke dalam rumah usangnya.
" itu, ada yang mahu jumpa kau, tidak mahu keluar. " soal Jibrail. Emily mendengus. " aku dah cakap kan! Aku tak nak! Aku nak duduk dengan kau! "
Hatinya panas. Cintanya pada Jibrail buatkan dirinya berubah dari tidak menyukai tinggal di sini hingga dia mahu kekal di sini tanpa mahu pulang. " tapi ini bukan tempat kau. "
" aku peduli apa? Sekarang ni kau bagitahu ja lah dekat diorang tu aku tak nak balik! Faham?! " pekik Emily.
Dengan hati yang terpaksa, Inspektor Ahmad perlahan menjejak masuk. " maaf terpaksa menceroboh, Cik Emily, awak perlu ikut kami. Datin dan Dato sedang tunggu di rumah. "
Emily bangkit. " kau tak faham bahasa ka? Aku kata tak nak! Tak nak lah! Jangan paksa! " jerit Emily. Berkerut dahi mereka, bagaimana seorang anak Datin dan Dato gemar tinggal di rumah usang buruk ini? Sangat mustahil.
" Tapi, harus. Tanggungjawab kami adalah bawa Cik Emily balik dengan selamat. Tolong ye Cik Emily. " mohon Inspektor Zaki.
" Emily, kau pulang saja lah. Lagipun, kau masig ada keluarga yang sedang menanti. Kau tidak kasihan pada mereka? " ujar Jibrail yang sedari tadi sekadar diam.
Emily diam. Digepal kedua-dua belah tangannya erat. " aku tak- "
" Cik Emily! Tolong jangan buat saya menggunakan kekerasan. Saya memohon sangat. Beri kerjasama. " kata Inspektor Ahmad. Emily mendengus.
Mata gadis itu memandang lelaki di sampingnya itu. Jibrail mengukir senyuman manis. " pulang lah. "
TUBUH gadis itu ditarik ke dalam pelukan. Dikucup kepalanya. " ya Allah, terima kasih ya Allah. Kau lindungi anak aku... "
Emily menggosok tubuh belakang mommy nya. " Emily oke? Ada luka-luka tak? " soal Datin Rania. Gadis di dalam pelukan wanita itu mengganguk perlahan.
" Emily oke saja. " jawab gadis itu. Tampak biasa namun jauh dari sudut hati ada yang dia rindui.
Ehsan sekadar diam.
" oh my god adik kita! " jerit Ethan berlari menghampiri Emily. Emily yang masih di dalam pelukan Datin Rania ditarik ke dalam pelukannya pula.
" oi! kau nak bunuh aku ka?! " marah Emily. Nafasnya terasa sesak dek kerana Ethan memeluknya terlalu erat. " rindu dho kau! " ujar Ethan. Emily mendengus kasar.
CAHAYA yang berasal dari bulan malam itu menjadi suluhan-nya yang ditemani dengan ungun api.
Suasana terasa sunyi. Dia mengeluh perlahan.
" sunyi pula dia tiada sejak empat hari dia ke pangkuan keluarga nya. Bagaimana dia sekarang? Pasti dia sedang berbahagia dengan keluarganya. " monolognya sendiri.Jibrail bangkit dari duduknya. Ungun api yang masih menyala itu dibiarkan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah kayu usang itu. Dia berbaring di atas lantai berlapikkan daun pisang.
Dia sedikit tersenyum mengingatkan riak Emily disaat terpaksa tidur di atas lantai yang hanya beralas daun pisang.
Dia memejam matanya sebelum dia terbuai hingga lena.
Pagi itu dia bangun lebih awal. Membersihkan dirinya di sungai terdekat.
Pemanah yang diperbuat dari rotan dan buluh sentiasa bersamanya bagi digunakan untuk memburu.
Seekor ayam yang berjalan di sana dia lihat. Haiwan itu terus mengali tanah bagi mencari cacing. Sekejap di sana, sekejap berhampiran semak-samun. Matanya masih lekat memandang pergerakan haiwan itu.
Sebelum alat memanah di angkat. Mengarahkan mata panah tepat ke arah ayam tersebut, sebelum dia melepaskan tarikannya.
ZUPPZ!
" tepat. " ujarnya. Dia bangkit menghampiri ayam tersebut. Namun, langkahnya terhenti di saat terdengar suara-suara dari arah semak.
Dia menoleh. " siapa di sana? " soalnya dengan langkah berjaga-jaga.
Keluar beberapa lelaki berbadan tegap. Mengenakan pakaian serba hitam dan berkaca mata hitam. Jibrail mengerutkan dahinya, belum pernah dia melihat lelaki berpakaian begini.
" siapa kalian?! " soalnya dengan nada tegas.
" ikut kami! " kata salah seorang antara kumpulan itu. " kemana? Untuk apa aku ikuti kalian sedangkan langsung tidak aku kenal kalian! " tolaknya.Jibrail jelas melihat ada sesuatu di bahagian tepi poket seluar kumpulan itu. Seperti senapang.
" ikut atau terima padahnya! "
Jibrail mengangkat alat memanahnya, belum sempat dia melepaskan panahnya kepalanya dihentak dengan kayu bersaiz tebal hingga lelaki itu hilang kesedaran.
" bawa dia. " arah salah seorang dari mereka.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
ActionARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...