SEDARI tadi dia menyengih mengusik ke arah Ehsan. " kau kalau tak sakit dah lama aku tumbuk kau sampai lebam. Bazir air mata aku saja! " marah Ehsan. Dia mendengus kasar.
Ethan menyengih suka.
Jibrail hanya ketawa kecil. " Arfan sendiri nampak kan macam mana dia menangis hari itu. " kata Ethan masih mahu mengusik abangnya itu. " Ethan! " marah Ehsan. Sekali lagi meletus tawa Ethan.
" mati-mati, ingat Ethan mati. Kasihan Datin. " ujar Aryana yang sedari senyap sahaja. Ethan memandang gadis itu.
" sekali sekala. " dia kenyit mata. Jibrail memandangnya tajam. " elok-elok kau hidup jangan aku buat kau betul-betul mati karang. " ujar Jibrail berbaur amaran. Ethan menyengih.
Aryana sekadar tersenyum kecil.
" Arfan, macam mana? Dah jumpa? " soal Ehsan tiba-tiba. Jibrail memandang lelaki itu sebelum dia mengganguk.
" ya, akan dibawa ke mahkamah untuk siasatan lanjut. Dan...Aryana perlu ke sana sebagai saksi. " ujar Jibrail memandang sang isteri. Terdapat kesan calar di bahagian pipi gadis itu.
Ehsan mengeluh perlahan. Marah, sedih, kecewa semuanya bercampur baur.
" kesian mommy... " kata Ethan. Ehsan hanya diam.
TUBUH tua itu ditarik ke dalam pelukan. Aryana cuba memberi semangat kepada Datin Rania yang sudahpun terlihat sangat lemah selepas mahkamah mengeluarkan keputusan bahawa Emily dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
" sabar ya Datin... " pujuk Aryana. Datin Rania mengganguk. Belakang tubuh tua itu diusap lembut.
Puan Khadijah hanya menjadi pemerhati. Dia bersyukur anak perempuannya selamat, namun dalam masa yang sama dia turut bersimpati ke atas keluarga Datin Rania dan Dato Rafael.
" Kenapa...kenapa kau tak marah aku? Kenapa kau tak berdendam dengan aku? Anak aku yang buat anak kau jadi macam ni. " kata Datin Rania tiba-tiba.
Puan Khadijah sedikit tersentak. Namun cepat-cepat dia mengukir senyuman manis.
" tak ada sebab untuk saya berdendam. Semuanya, sudah diaturkan oleh Allah dan ini semua takdir. Siapa saya untuk bantah semua takdir itu? Dengan berdendam? Marah? " ujar Puan Khadijah.
Datin Rania memandang Puan Khadijah. Perlahan titisan air mata jatuh mengalir.
" kau terlalu baik... "
" saya cuba. Lagipun, kita doakan agar Emily berubah dan kembali ke Allah. " kata Puan Khadijah lagi.
Datin Rania mengganguk setuju.
" ABANG! " jeritnya. Dia mencekak pinggang memandang Jibrail yang elok berbaring di sofa dengan santainya.
" abang! " jeritnya lagi. Jibrail menoleh sembari kening sebelahnya terjungkit ke atas. " apa? "
" abang tanya apa? " riaknya bertukar garang. Cuping telinga lelaki itu ditarik. Jibrail mengadu sakit.
" aduh! Ari! "
" tahu sakit? Tengok dah pukul berapa? Tak reti nak solat maghrib ka hah?! " marah Aryana. Siapa ketua keluarga sekarang ini?
" alah, bagi lah- "
" tak ada! Pergi mandi dan solat! Tak baik melambatkan solat! " marah Aryana. Dia lepaskan cuping telinga lelaki itu. Jibrail mencebik sembari mengosok telinganya. Sakit mat!
" ya la... " diangkat juga kakinya melangkat ke tingkat atas. Aryana sekadar memandang sebelum dia ke dapur.
Usai dia mendirikan solat maghrib, dia melangkah menuju ke dapur dimana isterinya berada.
" Ari? "
" ya... " jawab Aryana leret. Jibrail menghampiri tubuh mungil itu lalu dipeluk erat.
" dah kenapa? "
" rindu. " jawab Jibrail selamba. Aryana tersengih.
" abang... "
" ya? " jawab Jibrail.
" boleh Ari tahu sesuatu? " soalan Aryana buatkan lelaki itu hairan. Tiba-tiba sahaja?
" apa tu? "
" macam mana abang boleh hilang lama sangat dalam hutan itu? " soal Aryana. Jibrail diam sejenak sebelum mengeluh perlahan.
" pastikan anggota kita semua ada! " arahnya dengan suara yang kuat, sebaik sahaja mereka melompat dari kapal helikopter. " baik, tuan! " serentak ahlinya.
Masing-masing mengambil posisi. Jibrail merangkak ke bawah, bersembunyi di sebalik semak. Mata-mata mereka memerhati pihak musuh yang berkeliaran di kawasan tersebut. Terdapat beberapa tebusan di sana yang diikat mahupun di seksa.
Jibrail memberi isyarat untuk bergerak perlahan.
" Go! Go! " jeritnya. Serentak mereka bangkit dan mulai melepaskan peluru ke arah pihak musuh yang belum sempat bertindak dek kerana mereka terlalu pantas bekerja.
Jibrail dan dua ahli pasukan berlari ke arah tebusan sementara yang lain cuba menarik perhatian pihak musuh.
Pisau clip dikeluarkan lalu dipotong tali-tali yang bertaut di tangan para tebusan.
" bangun! Bangun! " arahnya. Segera mereka bangkit berlari berpusu-pusu ke arah helikopter yang terlindung di sebalik hutan yang tebal.
Jibrail berlari mengikuti mereka namun, apakah dayanya. Satu bom terjatuh berhampiran dirinya.
" Tuan Jibrail!! " jerit salah satu ahlinya.
Belum sempat bom itu meletup dia sudah melompat tanpa tahu ke mana.
Tubuhnya berguling ke bawah bukit yang sedikit curam dan tepat kepalanya terhentak pada sebuah batu yang besar.
" jadi...abang hilang ingatan lepas tu? " soal Aryana. Jibrail mengganguk.
" sebab itu abang tak kembali. Abang rawat diri sendiri. Bila abang sedar, abang fikir memang abang orang di situ. Orang hutan. " jelas Jibrail lagi.
Aryana mengganguk.
" dah la. Jom masuk tidur. " ajak Jibrail.
" oh ya sebelum itu... " kata Aryana tiba-tiba. Jibrail memandang. " mana pingu Ari? "
Jibrail teguk liur kasar.
Dia teringat akan nasib pingu milik sang isteri. Dek kerana terlalu cemburu Aryana kerap memeluk penguin itu dia menyepak dan tak sangaja terjatuh ke tanah dan buatkan pingu itu kotor.
Alhasilnya, pingu itu selamat menyelam ke dalam air.
" abang!!! " marah Aryana.
" abang tak sengaja!! " jerit Jibrail berlari pergi. Aryana lekas mengejar suaminya.
Nak kena ni!!
Hiak!!.
TAMAT
Ending budak² ges. Jalan cerita pun membosankan.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
ActionARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...