BAB 20

47 2 0
                                    

" ITU lah lain kali jangan cari penyakit kalau tak ada penyakit. Kan dah mendapat. " bebel Tengku Syaza.

Jibrail mendengus perlahan. Lengan yang terasa pedih dia sapukan ubat. Memandang Aryana yang elok duduk di samping Tengku Syaza. Tak lupa pingu ditangan gadis itu. Elok dipeluk erat.

" mentang-mentang dah dapat apa yang dia nak, terus buat muka tak rasa bersalah ya. " kata Jibrail. " siapa suruh ambil pingu Ari tanpa minta izin! " bidas Aryana. Dia perempuan, mana mudah mengalah!

Tengku Syaza menggeleng perlahan. " Ari pun sama. Jangan lah ganas sangat. Luar saja ayu, dalamnya nauzubillah. "

Aryana mencebik. " abang Arfan yang mula dulu! " dia tak mahu mengalah. Jibrail memandang isterinya. Menahan dirinya dari mengangkat tubuh isterinya yang kecil bak kerdil itu. Tahu, isterinya takut akan ketinggian. Gayat katanya.

Petang itu, Tengku Syaza ada meminta beberapa orang gajinya untuk membeli buah-buahan. Craving katanya.

" kenapa nak suruh dia orang mama. Kan Ari boleh tolong belikan? " katanya. Tengku Syaza mengukir senyuman manis.

" Ari cukup layan suami Ari sudah lah. "

" ha dengar tu. " sampuk satu suara garau. Dia menoleh. Melihat Jibrail yang elok bersandar di dinding. " sibuk. " jeling Aryana.

" gaduh je kerja kan? Sebelum kahwin tak ada pulak macam ni. " kata Tengku Syaza. " abang Arfan yang mula dulu. "

" sikit-sikit nak menang. " usik Jibrail lagi. " mama tengok abang Arfan! " adunya. Tengku Syaza sekadar menggeleng perlahan.





EHSAN mencekak pinggang melihat adik bongsunya yang elok berbaring di atas sofa empuk itu. " oi. "

Emily hiraukan. " oi! "

" apa?! " dek kerana terasa di ganggu, di paksa juga mata dicelik buka memandang wajah Ehsan yang ketat dan beku bak seperti ais. " kau ni memang tak tahu masa ka apa? Sekarang dah jam berapa? Kau mandi pun tak. Solat pun belum. " bebel Ehsan. Emily mendengus.

" suka hati aku lah. Yang kau sibuk kenapa? " bidas gadis itu sebelum kembali berbaring. Ehsan menggepalkan kedua-dua belah tangannya.

" kau jangan buat aku hilang sabar. Pergi mandi dan solat. " arah Ehsan. Emily masih diam disitu. Bersantai menonton siaran di televisyen tanpa memperdulikan abang sulungnya itu.

" Emily Adriana. Aku kata bangun dan mandi! " tegas Ehsan. " kau diam boleh tak? Bising. " malah itu yang dibalas Emily.

Ehsan diam. Sungguh, ini bukan adiknya yang dia kenal. Emily yang dia kenal seorang gadis yang baik. Rajin dan murah senyum. Namun, kenapa begini pula jadinya selepas Emily kembali setelah lamanya menghilang di dalam hutan?

" kau dah kenapa hah? Tiba-tiba berubah. " soal Ehsan tiba-tiba. Emily diam.

Ehsan masih menanti jawapan dari mulut Emily. Namun melihat tiada apa-apa balasan dari gadis itu dia berkata lagi.

" sebab lelaki ke kau jadi macam ni? " ujar Ehsan tiba-tiba. Emily diam. " jangan sebab lelaki kau jadi gila macam ni. Aku sayang kau sebab kau satu-satunya adik perempuan aku. Jangan sebab lelaki kau taksub sangat sampai kau lupa Allah dan siapa kau sebenarnya. Emily aku tak macam ni. " katanya lagi panjang lebar.

" kalau Ethan boleh cuba untuk berubah... Kenapa kau tak boleh? "

" hidup aku biarlah aku nak buat apa pun. " selamba Emily. " kita di dunia ini tak lama. Kita hanya menumpang. "

Emily memekakkan telinganya. Masuk kanan, keluar kiri.






TERJERIT kecil dibuatnya melihat Ehsan berdiri dihadapannya secara tiba-tiba.

" kau dah kenapa? " soal Ehsan dingin. Bersama wajah ketatnya.

" kau lah kenapa! Tiba-tiba muncul. " jeling Ethan. Ehsan kekal menayang riak dingin. " kau buat apa dekat sini? " soal Ehsan.

Jarang sekali Ethan ingin menjejak masuk ke dalam bilik ini. Bukan jarang, tak pernah langsung!

" saja...tak salah kan? " soal Ethan. Ehsan menggeleng. Tak salah kalau niatnya baik.

" kau baru lepas terjun kolam ke? " soal Ehsan. Melihat rambut Ethan yang basah tanpa dikeringkan itu buat dia bingung.

" tak lah. Baru lepas mandi. "

" dah tu tak reti nak keringkan? "

" tolong keringkan. " Ethan kedip mata beberapa kali. " sebelum hilang sebelah biji mata kau baik kau diam. "

Ethan mencebik. Nak manja dengan abang sendiri pun tak boleh!

" kau cari apa dekat sini? " soal Ehsan menukar topik. " cari... "

Ehsan setia menunggu.

" Al-Quran. "

Dalam dia memandang adiknya itu. Biar betul?

" kau... "

" entahlah sejak kes aku terlanggar mamat tu apa nama tah artan? Azan? , lupa dah. Aku insaf terus. " jelas Ethan.

" Azan atau arfan kau maksud kan ni? " soal Ehsan acuh tak acuh. Ethan menyengih. " Ya arfan. "

" apa-apa je la. Asalkan kau berubah. " kata Ehsan. Ingin melangkah keluar.

" kejap. "

Ehsan menoleh mendengar Ethan memanggil dirinya. " apa? "

" ajarkan boleh? Aku kelas KAFA pun ponteng dulu. " Ethan menyengih.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now