BAB 9

82 7 0
                                    

" KAU lepaskan aku! " lelaki itu terus meronta minta dilepaskan. Emily diam sekadar menghadiahkan senyuman sinisnya. " tak akan. Selagi kau tak jadi milik aku, jangan mimpi kau dilepaskan. "

" kau sungguh kejam! " jerit Jibrail. Meletus tawa gadis itu. " kau ingat aku kisah? Eh, kau cakap lah apa pun. Takkan pernah aku lepaskan kau. "

Jibrail menggeleng laju. Ikatan pada tangannya cuba dia lepaskan. " alahai, kasihannya orang purba satu ini. " sindirnya.

" tak sabar aku nak kenalkan kau dekat keluarga aku. " ujarnya. Dia bangkit menghampiri lelaki itu sebelum dia menjatuhkan satu lututnya ke bawah. Dagu Jibrail diangkat dengan senyuman sinisnya.

" kacak kau ni, tapi sayang duduk hutan. Tak apa. Biar Emily yang jelita ni tolong ya? Biar abang Jibrail kita ni nampak lagi kaw! " ketawanya.

Jibrail menahan geram. Sungguh, jikalau dia bebas mungkin wajah gadis di hadapannya sudah calar dengannya. " kau memang- argh! "

" DIAM! " tengking Emily. Tangannya baru sahaja hinggap di wajah lelaki itu. Pipi lelaki itu dicengkam kasar lalu menarik menghadap wajahnya.

" kau dengar sini Arfan Jibrail. Jangan pernah kau mimpi untuk lari dari aku selagi aku tak lepaskan kau! Kau, hanya untuk aku! " bentak Emily. Jibrail meringis kesakitan pabila pipinya dicengkam kuat.

" you're mine. "







DITANGGALKAN baju hitam dari tubuhnya menampakkan badannya yang sungguh menawan. Mampu menarik perhatian para gadis.

" astaghfirullah! Mata aku! " jerit Ethan. Tangannya laju menutup kedua-dua belah matanya. Ehsan sekadar memandangnya dingin.

" kau dah kenapa? " soalnya. " kau yang dah kenapa! Ingat bagus ke tayang body kau dekat aku! Ish! Habis mata aku kotor sebabkan kau! " ujar Ethan. Ehsan memutarkan bebola matanya ke atas.

" tak yang kau over sangat kenapa? Bukannya aku suruh pandang. Kau yang pandang. " ujarnya malas. Dia melemparkan bajunya ke dalam bakul. " ish! Aku terpandang! Bukannya memang sengaja aku pandang! "

" tak tak, yang kau nak marah apehal? " soalnya. Ehsan sudah hairan, melihat adiknya berkelakuan aneh.

" kau ingat bagus ka tunjuk badan dekat orang, dosa tahu tak?! "

" oh, pandai kau main dosa-dosa dengan aku eh? Yang kau tu? Perempuan keliling pinggang tu apa, bukan dosa? " sinis Ehsan. Ethan mengetap bibirnya. " dan lagi satu, celah mana dosanya. Kau tu lelaki setan! "

Ethan terdiam. Dia memandang tubuhnya.

" oh lupa. " polosnya. Ehsan menghela nafasnya kasar. Mana mommy dapat ya adiknya ini? Mahu letak di tempat asal.







KEPALANYA bersandar pada kepala katil. Seketika dia tersedar dari lamunannya mendengar ketukan pintu biliknya.

" Ummi masuk boleh? " soal Puan Khadijah. " masuklah, tak kunci pun. " jawabnya dari dalam. Perlaha Puan Khadijah memulas tombol pintu ditolak ke dalam.

Melihat anak perempuan tunggalnya duduk di bahu katil dengan wajah sembab sungguh tak dapat dia menahan perasaan sedih.

" Ari...kenapa ni? " nada Puan Khadijah amat lembut. Mahu memujuk hati Aryana yang masih bersedih itu. " Ummi. Ummi tahu kan dah lama Ari suka abang Arfan? " Puan Khadijah sekadar mengganguk.

Di saat Aryana yang masih bersekolah menengah gadis itu sudah menaruh perasaan terhadap lelaki bernama Arfan Jibrail di saat lelaki itu bersusah-payah untuk mengejar cita-cita.

" Ummi dah janji kan dengan Ari, nak kahwinkan abang Arfan dengan Ari. " kata Aryana bernada sedih. Puan Khadijah mengeluh. Bukannya dia mahu mungkir janji tapi keadaan memaksanya.

" Ari...Insyaallah, semuanya ok saja nanti. Doakan Arfan selamat dan dijumpai ya? Ari berdoa pada Allah agar kita dipermudahkan urusan. " kata Puan Khadijah. Aryana mengganguk.

" Ari takut...kalau jadi apa-apa dekat abang Arfan macam mana? "

" insyaallah, Allah sentiasa ada. " lembut Puan Khadijah.







DATIN Rania memeluk tubuh sembari matanya lekat memandang anak perempuannya tanpa berkedip.

" Emily, mommy tanya ni. Kenapa kamu kerap sangat keluar rumah sejak kebelakangan ni? " soal Datin Rania. Emily mendengus kasar. " kenapa mommy nak tahu? Bukan hal mommy. "

" mommy ni yang melahirkan kamu di dunia ni! Jadi mommy patut tahu! " tegas Datin Rania. Sekali lagi Emily mendengus. " Emily dah besar, Emily tahulah apa yang Emily buat. " jawab gadis itu berani.

" menjawab ya! "

" sudah. " celah Dato Rafael.

" sudah, Emily naik atas tidur. Dah lewat. " tegas Dato Rafael. Emily mencebik sebelum melangkah ke tingkat atas.

" awak- "

" sudah Rania. Kita bincangkan hal ini esok saja. Sekarang awak masuk tidur. " ujar Dato Rafael. Sedikit tegas dengan isterinya yang sungguh keras kepala. Datin Rania mencebik. Diangkat juga kakinya naik ke bilik.

Dato Rafael menghela nafasnya perlahan sebelum turut mengikuti jejak langkah Datin Rania.

Melihat kesunyian rumah itu lantas dia bertindak.

Dicapai satu kunci berwarna emas sebelum berlari anak keluar dari rumah itu.

Pintu sebesar gerbang itu dibuka lalu ditolak dengan penuh tenaga.

" Encik Jibrail. "

Lelaki itu yang sedang menikmati keindahan mimpinya terjaga dari lelapnya.

" bibik? " hairan lelaki itu. Bibik meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya sendiri menandakan agar untuk senyap. " diam, nanti orang luar sana dengar. " ujar bibik separuh berbisik.

" kenapa bik? " soal Jibrail yang juga perlahankan nadanya. Bibik mengeluarkan kunci yang dibawanya tadi. Jibrail mengerutkan dahinya.

Ikatan pada kaki dan tangan lelaki itu dibuka.
" ambil kunci ini, kemudian lari ke rumah saya yang tak jauh dari sini. Cepat sebelum mereka sedar. "

Jibrail masih tidak tahu apa yang terjadi namun dia akur.

Perlahan lelaki itu berlari meninggalkan gundang lama itu.

Bibik yang melihatnya hendak melangkah keluar namun langkahnya terhenti. Dua lelaki berbadan besar berdiri tepat dihadapannya. Juga terdapat tattoo pada bahagian lengan mereka.

" tangkap dia. " arah salah satu mereka.

Lengan bibik direntap kasar. " masak kau ni dengan boss. " sinis lelaki berbadan besar itu.

 " sinis lelaki berbadan besar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now