Chapter 1

278 26 77
                                    


...

Solar POV...

Aku... elemental cahaya...semua mengenali aku sebagai Solar tahap kedua elemental cahaya.

Ermm...

Aku lihat semuanya...sejak Boboiboy pertama kali mendapatkan kuasa elemental.

"Woah!!! Aku dah jadi superhero lah!!"

Tapi...aku terfikir...adakah dia bahagia terpaksa pikul tanggungjawab masa dia masih kecil?

Bukan ke umur macam nih dia sepatutnya berseronok macam kanak-kanak yang lain?

Langkah dibuka mendekati hologram yang menunjukkan apa terjadi di luar jam kuasa apa yang Boboiboy sedang lakukan.

Aku perhatikan dia dari kecil sampai dia menjadi perlindung galaksi.

Pernah korang terfikir kali terakhir aku muncul seorang diri masa melawan Kapten Vargoba selepas tuh mesti aku berpecah bersama elemental yang lain.

Fusion pun aku tetap muncul bersama elemental yang lain.

Kenapa Boboiboy tak gunakan aku seorang? Adakah sebab aku ambil terlampau banyak tenaga dan dia takut hilang kawalan?

Aku tahu...dia takut dia akan jadi seperti Retakka.

Dia tiada kepercayaan pada aku.

Kedua-dua belah tapak tangan aku ditatap lama.

"Aku pun....takut."

End POV...

.....

Sekarang mereka berada di planet Rimbara untuk menyelesaikan misi yang diberikan oleh komander.

"Boboiboy jauh lagi ke?",soal Gopal yang sudah kepenatan.

"Nak sampai dah...",jawab Boboiboy dengan keluhan berat.

Yaya terus melihat maklumat di dalam tablet yang dipegangnya.

"Mengikut maklumat tempat tuh nanti penuh dengan akar beracun jadi korang kena berhati-hati.",pesan Yaya.

"Baiklah.."

Mereka berempat menyambung perjalanan. Dah 2 jam mereka masuk ke dalam hutan tebal untuk mencari herba yang boleh menguatkan lagi stamina.

"Aku tak sangka herba macam nih ada dekat planet Rimbara..",Ying mula bersuara memecahkan kesunyian.

"Kann dengan herba nih kita boleh kuatkan lagi stamina bila guna kuasa nanti...",sokong Yaya.

Gopal melirik kearah Boboiboy yang berjalan di depannya.

"Apahal kau nampak serius sangat Boboiboy?"

"Ah takde apalah...cuma aku perlukan herba nih untuk kuatkan stamina aku..."

Hmmm...

Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain.

"Ha! Mesti untuk kau tambah tenaga bila nak guna elemental cahaya kan?",teka Gopal.

Langkah terhenti dan Boboiboy menoleh kearah kawannya.

"Taklah...untuk aku guna kuasa elemental lain...Hali banyak guna tenaga...yang lain pun...",dengan senyuman Boboiboy menjawab.

Yaya memandang kearah Ying.

"Aku tak pernah tengok kau guna elemental cahaya seorang...kalau guna pun mesti kau berpecah....kenapa?"

Pertanyaan Ying membuatkan Boboiboy bersandar pada pokok.

"Aku tak yakin elemental cahaya boleh terima full tenaga aku..."

"Atau kau takut dia akan hilang kawalan?"

Terus terdiam Boboiboy mendengar kata-kata Yaya.

Gopal memukul lembut bahu kawan baiknya.

"Mesti ah kau risau kan...lawan Kapten Vargoba haritu pun kau hampir mati kot...ish ish bahaya betul elemental cahaya...jangan gunakan sangat Boboiboy...macam susah je nak kawal kuasa tuh...",kata Gopal sambil menepuk beberapa kali bahu kawannya.

Hmm..

"Betullah tuh.."

"Ehh kejap ce bayangkan ok...kuasa cahaya yang sepatutnya menjadi cahaya harapan semua orang tetapi kau tengok apa jadi bila Retakka dapat kuasa tuh...dia jadi tamak tak ke pelik tuh...dah macam kuasa cahaya tuh kuasa kegelapan...Retakka jadi jahat padahal dia dapat elemental cahaya yang boleh dikatakan kuasa suci sebab cahaya kan...entah-entah sebenarnya itu elemental kegelapan bukan cahaya...",jelas Gopal panjang lebar entah dari mana dia dapat idea macam tuh.

Tapi ada logiknya juga.

Kata-kata Gopal dapat didengar oleh Solar yang berada di dalam jam kuasa Boboiboy.

"Hmmm entahlah Gopal ..tapi logik juga apa kau cakap...sebab tuh aku takut nak guna elemental cahaya...", Boboiboy menatap jam kuasanya.

"Kau tak percayakan dia kan?",tanya Yaya.

Boboiboy menggeleng kepalanya perlahan.

Dia risau boleh ke dia percayakan Solar?

"Jom lah...kalau cakap pasal nih sampai esok tak habis.."

"Ok jom teruskan misi kita!"

Mereka berempat pun menyambung misi semula.

.






.







.







.

Di dimensi jam kuasa...

Solar yang mendengar semuanya hanya mendiamkan diri.

Matanya melirik kearah pintu yang tertutup rapat.

Hmm..

Tubuh disandar pada dinding dan dia hanya mendengar TTM sedang bermain di luar.

Hali yang berada di luar hanya memerhati bilik Solar dari jauh.

"Kau rasa tuan akan lepaskan dia tak?",soal Ice sambil melihat pintu Solar yang berkunci dan ditutup dengan rantai besi.

"Aku rasa takkan....dia berbahaya Ice...baik kita jauhkan diri dari dia.",jawab Hali lalu dia menyambung membuat kerjanya.

Apa yang kau dah bagitahu kepada elemental yang lain.... Boboiboy?

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now