Ergh...Boboiboy mula sedar dari pengsannya.
Ochobot yang berada di sebelah terus mendekati Boboiboy.
"Kau ok?"
"...ok..aku ok..Solar mana?"
Erm..
"Dia dah balik dekat tempat dia semula.."
"Haa...nampaknya dia masih merajuk..buka portal...aku nak jumpa dia...tak..Blaze nak jumpa dia."
Jam kuasa mula berkelip dengan logo elemental api.
Portal telepotasi!
Langkah terus dibuka masuk ke dalam portal tersebut dan baju Boboiboy terus berubah menjadi Blaze.
Senyuman terukir di wajahnya dan dia terus berlari kearah pondok Solar.
"Aik...kereta takde ..dia pergi mana?"
Pintu pondok dibuka dari luar dan Blaze terus masuk ke dalam meneroka pondok kecil yang dibina oleh Solar.
Sementara Solar dalam perjalanan balik selepas dia penat pandu kereta sekeliling bandar terbiar.
Vroommmmm..
Bunyi kereta Solar membuatkan Blaze terus berlari keluar dari pondok.
"Solar!!!!"
Baru sahaja Solar keluar dari kereta tubuhnya terus diterkam oleh Blaze sampaikan mereka berdua jatuh ke tanah.
Aduh..
"Ergh..badan aku.."
"Jumpa pun kau!!!"
Suara tersebut membuatkan Solar tersenyum lalu dia memeluk Blaze erat.
"Akhirnya kau keluar pun!!"
"Ehee hehe sorry lambat keluar..."
Rambut Solar diusap kasar sehingga serabai rambut dia dibuatnya.
Mereka berdua tersenyum lalu Blaze menolong Solar bangun.
"Wahh! Muka kau lain ah! Rambut pun...",dengan teruja Blaze berkata sambil melihat Solar atas bawah.
"Heh lebih hensem kan aku tahu...",balas Solar dengan bangga.
Ceh.
"Aku lapar lah Solar kau ada makanan?"
"Mestilah ada si Boboiboy bagi stok makanan..."
Langkah mula dibuka masuk ke dalam pondok diikuti Blaze dibelakang.
Almari di depannya dibuka dan tersusun makanan di dalam tersebut.
Semua jenis makanan segera ada.
"Aku nak Maggie!!! Keropok pun! Ha roti roti!!",Blaze terus mengambil beberapa makanan.
"Jangan gelojoh lah banyak lagi makanan nih..."
Blaze hanya tersengih.
....
Meja di depan mereka dipenuhi makanan.
"Jadi kau akan kembali kepada Boboiboy?",soal Blaze sambil makan Maggie.
"Hmm aku perlu fikirkan...lagipun aku masih ada uji kaji nak kena buat dekat sini...",jawab Solar lalu air kopi panas yang dibuat oleh Blaze diminum hampir tersedak dia dibuatnya.
Matanya melirik kearah Blaze yang hanya memasang wajah tidak bersalah.
"Berapa banyak gula kau letak dalam kopi nih??"
"Ermm 8 sudu je.."
Keluhan dilepaskan dan cawan kopi tersebut diletakkan semula di atas meja kalau terus minum mahu kena kencing manis nanti.
"Boboiboy taknak kembali bertugas ke?"
Persoalan Solar membuatkan Blaze memandangnya.
"Ermm manalah aku tahu...maybe kembali maybe tak...entah.."
Hmm..
"Dia patut kembali bertugas...mesti banyak misi diorang perlukan bantuan dia..",kata Solar lalu dia mengambil tisu dan mengelap mulut Blaze yang dah comot.
"Hmm betul juga aku pun dah lama tak lawan alien jahat! Dah lama tak bersenam..",balas Blaze.
Tisu dibuang ke dalam tong sampah dan Solar mula memandang kearah lain tidak mahu bertentang mata dengan Blaze yang sudah memasang wajah bersemangat.
"Haih...bagi aku 5 minit untuk bersiap dulu."
"Yeah!! Aku tunggu!!! Jom lawan!!"
Solar hanya menggeleng kepala melihat perangai Blaze.
.
.
.
.
Di Tapops...
Amato melihat hologram di depannya lalu dia menoleh kearah Kokoci.
"Macam mana tahap keselamatan di planet Gugura?"
"Sekarang kami dah naik taraf jadi sudah sampai ke tahap yang lebih tinggi dari sebelum nih.."
Hmmm..
"Pastikan ketahanan keselamatan planet tuh kukuh...aku tidak mahu sesiapa masuk ke dalam planet Gugura... keselamatan elemental cahaya di planet tersebut sangat penting selagi dia tak kembali ke Boboiboy.",pesan Amato tegas.
"Baik jangan risau."
Pintu dibuka luas dan tubuh seseorang ditolak masuk ke dalam.
"Ergh! Lepaskan aku lah!!!"
Mechabot terus mengeluarkan meriam pemusnah dan diarahkan pada alien tersebut.
"Diamlah tak guna. Sebelum aku tembak kau berkecai badan kau nanti.",dengan malas Mechabot berkata.
Terus terdiam alien tersebut. Dia melutut di depan mereka.
Amato mendekatinya dengan pandangan tajam.
"Adakah kau yang sebarkan tentang kewujudan elemental cahaya di planet Gugura?",soal Amato dingin.
Erk..
"Y-ye...maafkan aku!!"
Rambutnya terus diretap kuat oleh Amato membuatkan kepalanya terdongak keatas menahan sakit.
Arghh!
"Haaa...disebabkan mulut celopar kau sekarang keselamatan elemental cahaya dalam bahaya...adakah kau spy musuh?"
Persoalan Amato membuatkan Kokoci terkejut.
"K-kejap spy musuh?? Di Tapops tidak mungkin itu terjadi!",bidas Kokoci tidak percaya dia sudah jalankan peperiksaan ketat sebelum ambil alien untuk berkerja di Tapops.
Alien tersebut tersenyum sinis dan sekelip mata kepalanya meletup.
Darah berwarna purple gelap terpercik di serata tempat dan juga pada wajah Amato.
Amato terus bangun dan mengesat darah pada mukanya.
"Tsk. Tak guna dia spy musuh...diorang mesti target elemental cahaya.",desis Amato.
"Erkk jijik betul siot darah nih...tercemar tubuh aku.."
Mechabot terus mengelap darah pada tubuh robotnya menggunakan baju Kokoci.
Kokoci hanya memasang wajah datar.
"Jadi apa kita patut buat sekarang?"
"Ketatkan keselamatan di planet Gugura jangan biarkan sesiapa masuk...aku perlu balik sekarang "
Anggukan diberi.
Bersambung...
Vote dan coment 🍁
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...