Chapter 20

89 21 21
                                    


Kelihatan Amato sedang sibuk bersiap untuk keluar.

Matanya melirik kearah Ochobot yang masih setia bersama Boboiboy.

"Ochobot..tolong jagakan Boboiboy sementara aku takde..."

"Baik tuan Amato.."

Langkah dibuka keluar dari bilik anaknya bersama Mechabot dan mereka berdua menuju ke ruang tamu.

"Sudah berjaya hubungi mereka semua?"

Kaizo yang berada di ruang tamu terus bangun dari duduknya dan menunduk hormat di depan Amato.

"Sudah mereka sedang menunggu kedatangan tuan Amato.."

Hmm..

"Kau dah selesai dengan misi?",Amato memandang kearah Kaizo.

"Belum...saya hentikan misi buat seketika untuk selesaikan tugas yang tuan Amato berikan...",jawab Kaizo.

"Kokoci tidak marah kau hentikan misi hanya untuk selesaikan tugas aku kasi?",soal Amato.

"Erk...jangan risau...tugas yang diberi oleh tuan Amato lebih penting dari misi yang diberi Komander.."

Amato tersenyum sinis dengan jawapan Kaizo.

"Baiklah jom berjumpa dengan diorang...dimana perjumpaan dibuat?"

"Di planet Gur'latan.."

Mereka terus keluar dari rumah dan menuju ke kapal angkasa.

....

Situasi Solar...

Dia hanya termenung melihat Kristal yang dia kutip dari gua semalam.

Matanya kelihatan letih dan wajahnya sedikit pucat.

"Kau akan sentiasa keseorangan Solar...tiada siapa yang berani dekat dengan kau."

Suara yang asyik bermain di dalam kepalanya mula membuatkan Solar semakin stress.

"Diamlah. Boboiboy masih perlukan aku."

"Kau pasti? Dia hanya perlukan kau sebab kau yang stabilkan diri dia dan elemental lain...kalau bukan sebab tuh dia pun takkan merayu nak kau balik...sedarlah Solar.."

Kristal yang berada diatas meja terus diambil dan dicampak pada dinding sehingga hancur berkecai.

"DIAM!!!"

Haaa..haaa..

Langkah dibuka keluar dari pondoknya dan dia terus ke kereta yang dibeli oleh Boboiboy.

Masuk sahaja di dalam kereta enjin dihidupkan dan Solar terus memandu kereta dalam kelajuan yang sangat tinggi.

"Aku....taknak ditinggalkan."

Stereng kereta diketuk berkali-kali melepaskan geram.

Semua disebabkan suara yang muncul sejak dia tinggal seorang diri dekat planet tersebut.

"Haa..aku rindu Blaze.."

.



.




.





.

Di planet Gur'latan...

Semua pemilik dan pewaris kuasa elemental sebelum nih telah berada di dalam bilik mesyuarat.

Menunggu kehadiran Amato.

Pintu dibuka dari luar dan Amato masuk ke dalam bersama Mechabot disampingnya.

"Akhirnya aku dapat juga bertemu dengan kamu semua.."

Senyuman terukir diwajahnya dan Amato duduk di kerusi berhadapan mereka.

"Jadi apa yang kamu perlukan dari kami sehinggakan minta Kaizo untuk kumpulkan kami disini...", Kuputeri memandang Amato menunggu jawapan darinya.

"Ouh...aku hanya ingin berjumpa dengan kamu semua...Kuputeri...Hang Kasa dan juga Kirana...",dengan senyuman dia menjawab.

Meja diketuk perlahan dengan jari jemarinya.

"Ada sesuatu yang kau ingin bagitahu kami?",soal Kirana setelah lama mendiamkan diri.

"Ye...Maharani Kirana..boleh kah kalau aku bercakap tanpa tanda hormat dengan kau? Aku tak rasa aku perlu tunjuk hormat kepada orang yang telah rampas kuasa elemental petir dari anak aku kan...walaupun kisah lama tapi aku tak boleh lupakan macam tiada apa yang jadi...kau turut buat anak aku jadi penjenayah yang dikehendaki padahal kau punca semuanya...susah aku nak lupa.."

Senyuman Amato terus hilang dan wajah serius ditunjukkan.

Kirana terdiam dengan kata-kata Amato.

"Tapi itu semua kan dah berlalu... Boboiboy juga dapat keluar tahap ketiga Rimba...semuanya dah terkawal..",kata Hang Kasa.

Haaa..

"Kalau tiada elemental cahaya korang rasa Rimba masih terkawal? Ha. Semuanya atas jasa elemental cahaya..",balas Amato dingin.

Matanya melirik kearah Kaizo.

Kaizo mengangguk faham dan di terus mengeluarkan kertas dari dalam beg yang dibawanya dan terus diletakkan di depan mereka bertiga.

"Ini kertas perjanjian...korang hanya perlu tandatangan dan jika korang masuk campur urusan Boboiboy dengan elemental dia...aku akan serang planet korang bertiga kalau aku dapat tahu...",tegas Amato berkata.

Mechabot mendekati mereka bertiga.

"Ha tandatangan cepat alien yang tidak berguna...", Mechabot tergelak sinis.

Kirana menolak kertas tersebut ketepi tidak setuju.

"Kau biar betul!? Aku takkan pertaruhkan planet aku hanya disebabkan oleh budak b-"

Sap.

Terus terdiam dia dibuatnya apabila Kaizo mengarahkan pedang tenaga tepat pada lehernya.

"Kau rasa siapa yang lebih berpeluang untuk menang? Kau atau aku?",soal Amato dengan matanya tajam memandang kearah Kirana.

Mechabot terus mengeluarkan meriam pemusnah dan diarahkan pada mereka bertiga.

"Jawablah lemah."

Haa...

"B-baiklah...aku akan tandatangan..",dengan pasrah Kirana menjawab dan dia terus sign kertas tersebut.

Kuputeri dan Hang Kasa juga hanya mengikut arahan.

Kertas dikutip semula oleh Kaizo.

"Kau tahu kan elemental cahaya tuh bahaya...tengok apa jadi pada Retakka...kami hanya risau perkara sama akan terjadi..",ujar Kirana.

"...anak aku seorang sahaja yang mampu bersama ketujuh elemental tanpa dia berubah jadi Retakka...korang hanya perlu percayakan dia dan beri kata-kata semangat bukannya hancurkan semangat dia."

Hang Kasa mengeluh berat lalu dia bangun dari duduknya mendekati Amato yang masih duduk.

"Kami hanya memberi amaran kepada Boboiboy...kita tidak tahu apa elemental cahaya tahap 3 mampu buat..."

"... Retakka jadi macam tuh sebab sifat tamak dia rasa yang dia paling hebat....tapi elemental cahaya bukan seperti itu dia lindungi anak aku dan juga stabilkan elemental yang lain...Retakka yang rosakkan elemental cahaya....jadi jangan kau kata anak aku seperti itu."

Amato terus bangun dari duduknya dan keluar dari bilik tersebut.

Mereka bertiga terdiam.

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now