Dimensi jam kuasa...Tangisan Solar dapat didengari oleh Blaze yang berada di bilik sebelah.
Pintu bilik dibuka dan dia terus berdiri di depan pintu bilik Solar.
"...."
Muncul api pada tangan kanannya dan dia terus membakar sehingga rantai besi yang terlilit pada pintu bilik Solar melebur.
Krekk...
Pintu dibuka dari luar dan Blaze terus berlari kearah Solar.
Hisk...hisk...
"A-apa kau buat dekat sini?"
Blaze tidak menjawab soalan Solar tapi dia terus memeluk tubuh elemental cahaya tersebut.
"M-maafkan aku...maafkan aku Solar...kau...kau cuma nak bahagia bersama kami tapi...disebabkan Boboiboy kami menjauh dari kau...dan sekarang aku sedar yang aku perlukan kau Solar...dengar tangisan kau...dengar apa yang Boboiboy cakap kepada kau...buatkan aku sedar akan segalanya...Solar...maaf sebab aku lambat sedar kesakitan yang kau tanggung seorang diri...maafkan aku...hisk...hisk...m-maafkan aku...",Blaze memeluk Solar dengan erat sambil mengusap belakang badannya lembut.
"B-blaze...hisk...hisk...aku takut....aku taknak kena kurung jauh dari korang semua....tolong aku Blaze...selamatkan aku...aku taknak hidup seorang diri...hisk...",rayu Solar sambil memeluk erat Blaze.
"S-solar...aku tak mampu...aku nak tolong kau t-tapi aku tak mampu lakukannya...hisk..hisk...Solar aku minta maaf sebab aku tak boleh nak buat apa-apa...hisk..."
Blaze memegang kedua-dua belah bahu Solar supaya melihat kearahnya.
"B-blaze..."
"A-aku cuba cakap dengan Boboiboy....aku akan cuba halang dia ..jangan risau ok...aku hisk...aku akan tolong kau..."
Hisk..hisk...
Solar terus menangis lebih teruk dan Blaze terus menariknya ke dalam dakapan hangat.
"Shushh...shushh..."
"B-blaze selamatkan aku...aku taknak kena kurung..."
Kata-kata Solar penuh dengan rayuan tetapi Blaze hanya mampu diam.
Dia tak tahu apa yang dia boleh lakukan.
Ini kali pertama Solar meluahkan perasaan takut dia.
Tanpa sedar Taufan yang sedang berdiri berdekatan bilik Solar dapat mendengar segalanya.
"Haaa...apa kami dah buat...dia...Solar cuma perlukan kasih sayang...."
Tangan digengam erat berasa geram dengan dirinya sendiri.
.....
Berbalik kepada Boboiboy...
Setelah dia jumpa Solar tadi dia hanya termenung.
"Aku takde pilihan lain Solar....ini pilihan terbaik..."
Tanpa dia sedar jam kuasa mula berkelip dengan logo elemental api.
...Malam menjelma dan Boboiboy sudah tidur lebih awal dari biasa.
Ochobot hanya membiarkan sahaja dan mengecas dirinya.
Di alam mimpi...
Mata melilau melihat sekeliling yang dipenuhi api yang marak tetapi langsung tak rasa panas hanya rasa nyaman sahaja.
"Aku tak pernah datang kesini..."
Langkah dibuka kearah susuk seseorang yang berdiri tidak jauh darinya.
Semakin dekat semakin dia kenal siapa susuk tersebut.
"Blaze?"
"Tuan..."
Blaze terus menoleh kearah Boboiboy.
"Ini kali pertama kita berjumpa hanya berdua...adakah kau perlukan sesuatu dari aku?",soal Boboiboy ingin tahu.
"...ye aku ada satu permintaan..",jawab Blaze.
Tanpa sempat Boboiboy bersuara Blaze terus melutut di depannya.
"Apa kau buat nih?"
"B-boboiboy....aku merayu jangan kurung Solar jauh dari kami..."
Permintaan Blaze membuatkan Boboiboy tersentak.
Ini bukan apa yang dia sangkakan.
"Nampaknya kau dengar perbualan kami.."
Anggukan diberi.
"T-tolong Boboiboy jangan bawa Solar pergi...kami perlukan dia dan kau juga perlukan dia...",dengan sayu Blaze meminta.
Kepala Blaze yang tidak memakai topi diusap lembut.
"Maaf Blaze...tapi keputusan dah dibuat...maafkan aku..."
Haaa...
"Kau... mengecewakan."
Blaze terus bangun dari melutut dan dia terus tersenyum tipis kearah Boboiboy.
Itu adalah kali pertama Blaze senyum macam tuh sebelum nih dia selalu tersenyum lebar walau apa pun situasi.
"...Blaze..."
"Aku ingatkan kau tuan yang lain dari yang lain tapi sangkaan aku salah. Kau pengecut Boboiboy. Kau lari dari terima hakikat. Dan aku...hisk...hisk...maafkan aku."
Tanpa menghabiskan ayatnya Blaze terus hilang dan tempat tersebut hilang sekelip mata membuatkan Boboiboy terjatuh ke dalam lubang yang sangat dalam.
....
Gasp.
Tik...tik...tik...
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.
Boboiboy terus mengubah posisi baring kepada duduk.
"Kenapa semua nih jadi...Blaze tak pernah macam tuh..."
Gambar elemental yang berada di atas meja dilihat.
"Argh! Aku tak tahulah...fikiran aku serabut."
Akhirnya Boboiboy tidak tidur dan berjaga sampai esok pagi dimana dia akan pergi ke planet Gugura bersama Fang.
Bersambung...
Vote dan coment 🍁
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...