Kelihatan Boboiboy sedang baring di atas sofa.Wajahnya pucat dan matanya memandang kearah kipas yang berpusing di atasnya.
"Ochobot..."
Dengan perlahan Boboiboy memanggil nasib Ochobot mendengarnya.
Robot kuning tersebut terus terbang kearah Boboiboy.
"Ye Boboiboy? Kau perlukan apa-apa ke?"
Hmm...
Mechabot yang berada di dapur turut mengintai ke ruang tamu dimana Boboiboy berada.
"Kau kenapa budak?",soal Mechabot dan dia terus terbang kearah mereka berdua.
"Haaa...takde apa cuma rasa penat...penat gila...",jawab Boboiboy lemah.
"Aik kau bukan buat apa-apa pun duduk je dekat rumah tengok tv...apa yang penat?",makin pelik Mechabot dibuatnya.
"Tak tahulah....aku penat....p-"
Belum sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya dia terus tidak sedarkan diri.
"Boboiboy!?"
"Oi budak bangun!!"
....
Dimensi jam kuasa...
Boboiboy terus tersedar dan dia sudah berada di tengah-tengah padang yang dipenuhi bunga Daisy.
Matanya melirik kearah bilik dimana elemental cahaya duduk sebelum nih.
Bilik yang mengurung Solar.
Haa...
Langkah dibuka dan Boboiboy terus masuk ke dalam bilik tersebut.
Suasana bilik tuh tenang sahaja dan terdapat satu pasu bunga Daisy dan juga topeng muka di tepi pasu tersebut.
Dengan langkah laju Boboiboy terus mendekati meja tersebut.
"T-tak mungkin...dia...dia ialah Solar.."
Tiba-tiba kedengaran suara orang bermain di luar bilik tersebut.
Boboiboy sangat kenal suara tuh dan dia terus keluar dari bilik.
Terkedu dia melihat dirinya sewaktu umur 10 tahun sedang bermain kejar mengejar bersama lelaki bertopeng tersebut.
"HAHAHAHAHA berhenti kejar aku!!"
"Mari sini! Raksasa nak makan!!"
Mereka berdua kelihatan gembira dan Boboiboy umur 10 tahun tersebut berhenti berlari dan memberikan bunga Daisy kepada lelaki bertopeng di depannya.
Lelaki bertopeng tersebut kelihatan sebaya dengan Boboiboy ketika tuh.
Masing-masing masih budak kecil yang hanya mahukan kebahagiaan.
Bunga Daisy diambil dan Boboiboy kecil terus hilang.
Belum sempat Boboiboy membuka mulut satu lagi memori dia mula bermain di depannya.
Dimana Boboiboy umur 15 tahun sedang membuat mahkota menggunakan bunga Daisy lalu dipakaikan keatas kepala lelaki bertopeng tersebut.
"Auww cantiklah!"
"Hmm mestilah~"
Boboiboy ketika itu terus memeluk tubuh lelaki bertopeng tersebut.
"Terima kasih sebab selalu ada untuk aku.."
"Sama-sama..aku...sentiasa ada untuk kau...sentiasa pastikan kau bahagia..."
Dan setiap memori dari umur dia 10 tahun sampai 18 tahun mula bermain di depannya seperti memberitahu satu rahsia.
YOU ARE READING
Out Of Control
Misterio / Suspenso... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...