Chapter 22

105 19 25
                                    


Seminggu kemudian...

Boboiboy berlari laju keluar dari rumah membuatkan Ochobot terbang mengikutnya dari belakang.

"Boboiboy kau nak kemana!?"

"Jumpa komander!!"

Mereka berdua bergegas ke stesen Tapops yang berada di bawah kedai Tok Aba.

...

Di stesen Tapops bumi...

Hologram Kokoci muncul di depan Boboiboy dan Ochobot.

"Selamat siang Komander!"

Tabik Tapops diberi dan Kokoci membalas tabik tersebut.

"Selamat siang juga Boboiboy...ada apa kamu mahu berjumpa saya?",soal Kokoci ingin tahu.

Pelik juga tiba-tiba je Boboiboy hubungi dia.

"...Saya nak kembali lakukan misi semula!",jawab Boboiboy bersemangat.

Terus membulat mata Kokoci dia tak jangkakan nih.

"Kamu yakin? Bukan ke elemental cahaya masih tidak bersama kamu? Boleh ke kamu uruskan misi tanpa dia?"

"Boleh! Solar dah tolong...jadi saya boleh gunakan kuasa elemental dengan stabil.."

Keluhan lega dilepaskan akhirnya Boboiboy akan kembali jalankan misi semula sejak Boboiboy takde agak sukar diorang nak dapatkan misi yang berjaya.

"Baiklah kamu boleh lakukan misi esok. Bersedia untuk ke planet Rimbara..",ujar Kokoci.

"Baik komander!"

.







.







.








.

Di planet Gugura...

Kelihatan Solar sedang sibuk dengan uji kaji dia terhadap Kristal penyimpan kuasa.

Wajahnya terlihat serius dan tangannya laju membuat kerja.

"Hmm..aku dah agak..Kristal nih boleh simpan semua jenis kuasa tapi bukan kuasa elemental.."

Patutlah Solar berjaya keluar dari Kristal sebab kristal tersebut tak dapat nak tapung kuasa elemental.

Serpihan Kristal diletakkan ketepi dan pandangannya beralih kearah pintu utama yang sudah terbuka.

"Aku kembali!"

Belum sempat Solar menjawab tubuhnya terus dipeluk dan mereka berdua jatuh ke lantai.

"Aduhh...kepala aku..."

"HAHAHAHA sorry~"

Kepala Solar diusap lembut dan dia terus bangun dari tubuh Solar.

"Apa kau buat dekat sini Blaze?"

Blaze tersengih.

"Start esok Boboiboy kembali lakukan misi!! Aku gembira gila akhirnya dapat juga pukul alien jahat!"

Lah..

Langkah dibuka kearah sofa dan dia duduk sambil tangannya mengambil secawan kopi panas yang berada di atas meja.

Matanya melirik kearah Blaze yang sedang mencari makanan dalam almari milik Solar.

"Kau nih dekat rumah Tok Aba takde makanan ke apa.."

"Ada tapi semua biasa-biasa je tapi dalam almari nih semuanya luar biasa!!"

Keluhan berat dilepaskan.

Out Of Control Where stories live. Discover now