"Tolong sesiapa tolong!!!"Keadaan hospital menjadi huru hara dengan kedatangan Fang dan yang lain.
Boboiboy dibawa masuk ke bilik kecemasan.
Pandangan mereka beralih kearah Tok Aba yang baru tiba dengan bantuan Yaya.
"Apa dah jadi nih...cucu atok...."
Sebelum Tok Aba jatuh ke lantai Gopal sempat memegang lengannya.
"Tok Aba...jangan risau Boboiboy kuat dia mesti takkan apa-apa...",pujuk Gopal sambil mengusap lengan Tok Aba lembut.
Mereka terus menolong Tok Aba untuk duduk di kerusi yang disediakan.
Masing-masing mula berasa cemas dan risau akan Boboiboy.
"Boboiboy...aku tahu kau kuat..."
....
Sebuah kapal angkasa mula mendarat berdekatan kapal angkasa Fang.
Pintu kapal dibuka luas dan kelihatan Amato dan Mechabot baru sahaja sampai di bumi.
"Fuh dah lama aku tak balik Pulau Rintis...banyak dah berubah tempat nih...",Amato melihat sekeliling dengan senyuman.
"Tak sabar aku nak makan makanan Tok Aba uish mesti sedap punya heh melepaskan rindu aku..",kata Mechabot.
"Itu jelah yang kau ingat.."
Langkah dibuka menuju ke gerai Tok Aba tapi tiada siapa gerai pun tutup.
"Aik abah tak buka kedai ke harini...tadi call kata jaga kedai...",ujar Amato pelik.
"Sekerat hari je kot buka...abah kau kan dah tua mana larat nak buka lama-lama..",sampuk Mechabot selamba.
"Eh kau nih karang ada yang kena hempuk juga .."
Hehehehe
Mereka berdua mula menuju ke rumah Tok Aba.
Sampai sahaja pintu diketuk berkali-kali tetapi tidak dijawab.
"Aik mana semua orang nih?",soal Amato pelik.
Malik pelik dia dibuatnya. Kedai tutup lepastu takde orang dekat rumah.
Sepatutnya Boboiboy dah balik kapal angkasa pun ada tadi.
"Mechabot hubungi Ochobot."
"Baik!"
Hologram muncul di depan mereka berdua dan Ochobot menjawab panggilan.
M(Mechabot): oi mana korang semua?
O(Ochobot): kami dekat hospital...
M: hospital? Buat apa dekat sana?
O: Boboiboy...
Wajah Amato terus berubah serius dan dia mengeluarkan mechanize.
Mechabot mechanize!
Belum sempat Mechabot membalas panggilan Ochobot,Amato terus gunakan dia.
Wargh!
Panggilan terputus.
"Mecha Jetpack!"
Mechabot terus bergabung dengan beg galas yang dipakai oleh Amato.
Dengan pantas mereka memecut ke hospital.
....
Di hospital...
Pintu bilik kecemasan dibuka dan doktor terus mendekati mereka semua.
"Siapa penjaga Boboiboy?"
"Saya atok dia..."
Hmm...
Keluhan berat dilepaskan.
"Alhamdulillah dia selamat kalau lambat sedikit tadi mungkin dia tidak dapat diselamatkan....paru-paru dia dipenuhi air tapi kami berjaya keluarkan 80% air dari paru-paru dia...sekarang dia masih tidak sedarkan diri...kami akan pindahkan dia ke wad biasa...",jelas doktor tersebut.
Keluhan lega dilepaskan.
Katil dimana Boboiboy berada mula ditolak keluar dari bilik kecemasan.
"Abah!!"
Semua menoleh kearah empunya suara.
"Siapa tuh?",bisik Gopal.
"Manalah aku tahu..",jawab Fang sambil berbisik jugak.
"Itu power sphera lah wehh..",kata Ying.
"Haahlah dia ada power sphera...",balas Yaya pelik.
Amato terus mendekati katil anaknya.
Jururawat yang menolak katil tersebut terus berhenti memberi ruang Amato berjumpa pesakit.
"Anak ayah...Oboi...apa dah jadi nih...",sayu suara Amato kedengaran dan dia mengusap pipi anaknya lembut.
Haaa..
Mechabot mendekati Amato dan menepuk bahunya.
"Amato...biar mereka uruskan dia dahulu..."
"Anak aku Mechabot...ini kali pertama aku tengok dia dalam keadaan macam nih...hancur hati aku Mechabot...Oboi...ayah dah balik..."
Amato terus mencium lembut dahi Boboiboy.
Air mata menitik pada wajah anak tunggalnya.
Hisk....hisk..
Tok Aba menarik tangan Amato memberi laluan mereka menolak katil Boboiboy ke wad biasa.
"Amato..."
"A-abah...Oboi...anak Amato abah...hisk...hisk..."
Tubuh anaknya dipeluk erat sambil belakang Amato diusap.
"Ye abah tahu...tapi anak kamu kuat dia takkan apa-apa...",ujar Tok Aba cuba menenangkan anaknya.
".....Oboi..."
Pelukan dilepaskan dan Amato menoleh kearah kawan-kawan Boboiboy.
"Korang pergilah dulu ke wad Boboiboy...pakcik nak jumpa doktor dahulu..."
"B-baik pakcik.."
Amato terus beredar dari situ bersama Mechabot.
Yang lain terus ke wad dimana Boboiboy ditempatkan.
....
Krekk...
Pintu wad dibuka dan Amato melangkah masuk bersama Mechabot dibelakangnya.
Masing-masing terus menunduk hormat di depan Amato.
"Tidak perlu tunduk hormat macam tuh...korang semua dah tengokkan Boboiboy dengan baik...pakcik terhutang budi..",ucap Amato dengan senyuman.
"Dia kawan baik kami...sudah tentu kami akan tengokkan dia...",kata Fang membalas senyuman Amato.
Langkah dibuka mendekati Boboiboy yang masih tidak sedarkan diri.
Tangan anaknya dipegang dan jari yang berbalut ditatap lama.
"Ochobot...kamu tahu kan elemental cahaya penting untuk Boboiboy jadi kenapa kamu tak halang dia.."
Akhirnya Amato mula bersuara tentang perkara tersebut.
Pandangan beralih kearah Ochobot yang berada di sebelah Fang.
"Jawab aku Ochobot."
Pandangan mata Amato berubah dingin dan Mechabot turut menoleh kearah Ochobot.
Bersambung...
Vote dan coment 🍁
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...