Chapter 10

105 15 24
                                    


Kapal angkasa mula mendarat selamat di bumi agak jauh dari gerai Tok Aba.

"Ochobot bawa barang Boboiboy..."

Fang terus mengendong Boboiboy di belakangnya lalu langkah dibuka menuju keluar dari kapal angkasa.

Ochobot mengikut dari belakang.

Mereka bertiga terus ke gerai Tok Aba.

Yaya,Ying dan Gopal yang berada di gerai terkejut dengan keadaan Boboiboy.

"Korang kemana? Tiba-tiba je dah hilang dengan kapal angkasa..",soal Yaya risau.

"Tulah ma kenapa tak cakap apa-apa pun dekat kami?"

"Aku akan bagitahu semuanya dekat rumah Boboiboy....anyway mana Tok Aba?"

"Tok Aba balik kejap ambil barang...aku jagakan kedai sekejap...",Gopal bersuara.

Anggukan diberi.

"Kau pergi dulu Fang...kami tutup kedai dulu nanti kami datang..",kata Yaya yang mula mengemas meja dan kerusi.

"Baiklah aku tunggu di rumah Tok Aba.."

Langkah dibuka semula menuju ke rumah Tok Aba.

.






.







.







.

Pintu rumah dibuka oleh Ochobot.

"Tok Aba!! Tok Aba!!"

Panggil Ochobot lalu memberi laluan untuk Fang masuk.

"Ye!! Kenapa??",sahut Tok Aba yang baru keluar dari dapur.

Terkejut dia melihat cucunya tidak sedarkan diri.

"Apa jadi nih?? Kenapa dengan cucu atok??"

Hmmm..

"Saya letak Boboiboy ke bilik dia dulu nanti saya ceritakan apa jadi ."

"Ochobot tolong Fang.."

"Baik Tok.."

Mereka berdua terus ke tingkat atas dimana bilik Boboiboy berada.

Krekk...

Fang terus masuk dan membaringkan Boboiboy di atas katil.

"Kau tengokkan Boboiboy...aku uruskan yang lain."

"Baik ."

Pintu ditutup sebelum dia berlalu pergi.

Di ruang tamu...

Semua sudah berkumpul menunggu Fang ceritakan apa jadi.

"Kau pergi mana dengan Boboiboy?"

Soalan pertama yang ditanyakan oleh Gopal.

"Planet Gugura untuk cari Kristal permindahan kuasa...korang pun tahu kan yang Boboiboy kurung elemental cahaya...jadi kami kesana sebab dia nak kurung elemental cahaya ke dalam Kristal berpisah dari dia...",terang Fang.

"Jadi permindahan berjaya?"

Anggukan diberi.

"Tapi... Boboiboy baru sedar yang dia perlukan elemental cahaya..dia terlambat untuk batalkan permindahan...lepastu dia tak boleh terima apa yang dah jadi...dia cederakan diri dia sebab nak cari semula Kristal tersebut...",sambung Fang lagi.

"Jadi korang jumpa Kristal tuh?"

Kawan-kawan Boboiboy mula ingin tahu apa jadi selepas itu.

Tok Aba hanya mendengar dengan wajahnya yang sudah berubah sayu.

Out Of Control Where stories live. Discover now