Beg galas diambil dan Boboiboy terus berlari keluar dari biliknya.Tok Aba yang sedang duduk di meja makan pelik melihat cucunya.
"Boboiboy! Kemana kamu nak pergi tuh!? Makan sarapan dulu!"
Dengar panggilan dari Tok Aba membuatkan Boboiboy berpaling melihat atoknya.
"Boboiboy nak pergi ke planet Gugura dengan Fang!"
"Bawa bekal sekali! Tunggu kejap!"
Tok Aba terus mengambil dua bekas dan meletakkan nasi goreng ke dalam bersama sandwich telur.
Selesai sahaja bekal diletakkan ke dalam beg dan dia terus pergi kearah Boboiboy.
"Ochobot pergi sekali ke?"
"Haah dia dah pergi dulu ke kapal angkasa...ada benda dia kena buat.."
Selesai sahaja memakai kasut Boboiboy terus bangun dari duduknya.
Beg diambil dan dia menyalam Tok Aba.
"Boboiboy pergi dulu atok.."
"Hati-hati dalam perjalanan...jangan lupa kongsi bekal tuh dengan Fang.."
Anggukan diberi dan Boboiboy terus menggunakan kuasa elemental petir dan dia pecut menuju ke kapal angkasa.
"Haihh apa pulak lah dia nak buat tuh.."
Keluhan dilepaskan sebelum pintu ditutup rapat.
.
.
.
.
Di dalam kapal angkasa...
"Kau dah masukkan koordinat ke planet Gugura?",soal Boboiboy lalu melirik kearah Ochobot.
"Sudah kalau ada apa-apa masalah aku akan terus teleport ke sana..",jawab Ochobot yang sibuk menaip sesuatu di papan kekunci kapal angkasa tersebut.
"Semua bersedia kita akan berlepas.."
Boboiboy terus duduk di kerusi lalu memakai tali keselamatan.
Ochobot terus terbang kearah Boboiboy dan tubuh bulatnya dipeluk erat.
"Baiklah jom!"
Kapal angkasa mula berlepas laju keluar dari planet Bumi.
Suasana alam semesta yang terbentang luas tanpa perhujung dilihat kagum.
"Kalau tak teleport agak-agak berapa lama perjalanan kita Fang?", Boboiboy menoleh melihat Fang yang berada di tempat memandu.
"Erm..lebih kurang 3 jam..."
Keluhan dilepaskan. Lama tuh 3 jam.
Tali keselamatan dibuka dan Ochobot terus kembali membuat kerjanya.
Boboiboy mengambil beg yang disediakan oleh Tok Aba lalu dia menuju ke meja bulat kecil yang berada tidak jauh dari tempat memandu.
"Tok Aba ada sediakan bekal...sinilah makan Fang..",perlawa Boboiboy sambil membuka bekal makanan.
Bau harum dari nasi goreng tersebut menarik perhatian Fang.
Mode memandu diubah menjadi autopilot dan dia segera ke meja.
Mereka berdua duduk di kerusi sambil makan.
"Pergh sedap betul...masakan Tok Aba tak pernah mengecewakan!",puji Fang dengan senyuman lebar terhias di wajahnya.
"Bagus lah kau suka...makan sampai habis yer...",usik Boboiboy dengan senyuman sinis.
Fang menoleh kearah Boboiboy yang sedang makan.
"Kau dah sedia untuk permindahan kuasa? Ochobot kata menyakitkan...",soal Fang ingin tahu.
"Aku dah sedia...ye aku tahu permindahan kuasa agak menyakitkan...tapi untuk kebaikan aku sanggup tanggung kesakitan tuh...",jawab Boboiboy dengan senyuman tipis.
Ochobot dah terangkan semua kepadanya jadi dia tak risau sangat.
"Aku harap keputusan nih betullah..."
Mata mula melirik kearah fail misi yang berada di atas meja tersebut.
"Misi apa pulak tuh?"
Teguran Boboiboy membuatkan Fang memandang kearah fail misi.
"Ouh...misi untuk siasat identiti musuh...mesti abang aku terlupa nak bawa fail nih.."
"Ehh kalau camtu Kapten Kaizo tak tahulah apa maklumat di dalam tuh..."
Boboiboy kelihatan risau akan Kaizo.
"Jangan risau dia juga dapat email maklumat tersebut...fail nih sebagai double check je..."
Ouhhh...
Mereka berdua terus sambung makan dan keadaan menjadi sunyi semula.
....
2 jam kemudian...
"Ochobot kau pergilah berehat biar aku ambil alih dari sini...",ujar Boboiboy sambil meregang tubuhnya yang lenguh duduk terlampau lama.
"Baiklah...tolong pandu kapal nih sementara tunggu Fang kembali dari tandas.",Ochobot terus menjauh dan membiarkan Boboiboy mengambil alih.
"Ok.."
Ochobot terus terbang ke bilik pengecasan manakala Boboiboy mula pandu kapal angkasa.
"Haaa suasana di galaksi memang menenangkan..."
Jam yang berada berdekatan dilihat sekilas sekarang menunjukkan pukul
10 pagi masih banyak masa lagi.Tiba-tiba Fang bersuara dari belakang .
"Mata tengok lokasi Boboiboy...kau hampir kearah lain tadi...",Fang terus memusingkan stereng kapal angkasa kearah yang betul.
"Erkk...maaf aku tak perasan pulak..."
Pipi digaru lembut.
"Takpe...bukannya selalu kau bawa kapal angkasa .."
"Betullah tuh..."
Kerusi di samping Boboiboy ditarik dan dia duduk.
"Lagi 30 minit kita akan sampai ke planet Gugura..."
"Planet tuh tempat perbuangan sampah kan?"
Anggukan diberi.
"Ye...hanya ramai pencuri di planet tuh sebab diorang curi barang terpakai dari situ...",jelas Fang.
"Ouhh...faham.."
Mereka berdua kembali diam dan suasana menjadi sunyi semula.
Bersambung...
Vote dan coment 🍁
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...