Vroommmmm....vroommm..Motor dipandu dengan selaju mungkin bersama Ochobot di belakang memegang erat baju Solar.
Sampai sahaja di pondok Solar terus turun dari motornya.
Ochobot menjauh dari Solar dan membuka portal telepotasi.
Portal telepotasi!
Tanpa membuang masa Solar terus berlari masuk ke dalam portal dan dia muncul di dalam bilik Boboiboy dimana Amato dan Mechabot juga berada di dalam bilik tersebut kecuali Tok Aba yang sedang uruskan kedai.
"Boboiboy?"
Mendengar suara Solar membuatkan Boboiboy yang sedang baring di atas katil terus menoleh kearahnya.
Amato terus menolong anaknya duduk.
"S-solar..."
Langkah dibuka mendekati Boboiboy dan tangannya dipegang erat.
"Hisk...hisk..."
Tangisan Boboiboy membuatkan Solar terkaku dia tidak sanggup melihat tuannya sedih.
Dengan cepat Solar menoleh kearah lain tidak mahu melihat Boboiboy menangis.
"M-maafkan aku...maafkan aku...aku tak sedar selama nih kau...kau yang sentiasa ada untuk aku...hisk...hisk...Solar...bunga Daisy a kesayangan aku.."
Solar terus terduduk di depan Boboiboy.
Haa..haaa...haaa..
"Hisk... B-boboiboy...m-macam mana kau tahu..?",Solar memandang Boboiboy dengan air mata yang mula mengalir di pipinya.
"...aku nampak aku nampak semuanya...aku nampak bunga Daisy dalam bilik kau, topeng yang selalu kau pakai untuk jumpa aku...haa..hisk..hisk...maafkan aku Solar...maafkan aku...aku sayang kau...bila kau taknak terima aku...aku macam nak jadi gila ..aku taknak kehilangan kau Solar...",rayu Boboiboy sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Solar.
"A-aku...maafkan aku...kau adalah tuan terbaik yang pernah aku jumpa...aku tahu kau takut dengan kuasa aku...aku juga takut dengan kuasa aku sendiri... Boboiboy...aku taknak kau buang aku..."
Boboiboy terus memeluk Solar erat tidak ingin melepaskannya.
"Maafkan aku...maafkan aku atas apa aku dah buat dekat kau...maafkan aku hisk..hisk...maafkan aku Solar...aku sayang kau....aku sayang kau...", Boboiboy terus mengusap pipi Solar lembut sambil menatapnya.
"Boboiboy..."
Amato yang melihat sudah menitiskan air mata.
Mechabot yang melihatnya hanya memasang muka datar.
Tiba-tiba tubuh Boboiboy menjadi lemah dan Boboiboy memegangnya erat.
Amato menolong anaknya kembali ke atas katil.
"Apa jadi dekat dia Solar?",soal Amato risau dengan keadaan anaknya.
"....tenaga dia diserap lebih cepat oleh elemental yang lain...kalau dia ada kuasa elemental cahaya sebelum nih dia takkan cepat letih macam nih...",jawab Solar lalu dia memegang jam kuasa yang dipakai oleh Boboiboy.
Ochobot mendekati merak berdua.
"Kau pasti tentang nih? Kau taknak kembali semula ke dalam jam kuasa?"
"...tak aku masih ada benda kena buat...jadi aku hanya bagi separuh dari kuasa aku untuk memastikan Boboiboy dalam keadaan stabil..."
Boboiboy sudah tidak sedarkan diri.
Perlahan-lahan cahaya putih mula menyerap masuk ke dalam jam kuasa Boboiboy.
Haaa....
Akhirnya wajahnya tidak lagi pucat dan keadaan Boboiboy semakin stabil.
"Aku perlu pergi...cakap dekat Boboiboy aku juga...sayang dia...",ujar Solar sebelum dia kembali ke dalam portal telepotasi.
Hmmm..
.....
Dimensi jam kuasa...
Semua elemental melihat cahaya yang mula menyinari suasana dimensi tersebut.
Senyuman terukir di wajah mereka.
Blaze mendekati topi Solar yang diletakkan di tempat di mana biliknya berada sebelum nih.
"Aku harap dapat jumpa kau lagi...Solar...aku harap kau juga bahagia..."
Topi tersebut disentuh dan senyuman terukir di wajahnya.
Keadaan dimensi jam kuasa menjadi stabil kembali.
Semuanya mula tenang dan kelihatan Thorn dan Taufan sudah gelak ketawa sambil kejar mengejar.
Gempa dan Hali juga hanya melepaskan nafas lega.
Akhirnya mereka boleh bertenang dan menikmati suasana yang semakin pulih.
Semuanya atas jasa Solar.
.
.
.
.
Tap...tap...tap...
Matanya menatap kosong power sphera Sinarbot yang diletakkan di dalam bekas kaca besar.
Sinarbot sudah tidak berfungsi dan hanya disimpan.
Seorang lelaki berbaju hitam mendekati tuannya.
"Masanya telah tiba... elemental cahaya berjaya dikesan tetapi kawalan di luar planet tersebut sangat ketat agak sukar untuk menceroboh masuk...",katanya sambil menunduk hormat.
"Hmm....aku cuma perlukan kuasa elemental cahaya...adakah budak Boboiboy tuh masih tidak bergabung semula dengan elemental cahaya?",soalnya dingin.
"Belum...nampaknya ada kesukaran untuk dia dapatkan semula elemental cahaya...",jawabnya lagi.
"Bagus spy yang berada di Tapops...maklumat yang diberi sangat membantu...pastikan korang perhatian mereka dengan lebih teliti "
"Baik tuan."
Senyuman sinis terukir di wajahnya.
"Kita akan bertemu..."
Bersambung...
Vote dan coment 🍁
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...