Chapter 12

166 21 51
                                    


Mereka semua menoleh kearah Ochobot.

"M-maafkan saya...saya tahu yang elemental cahaya yang memastikan elemental lain dalam kawalan tapi dia tidak dapat dikawal...dan saya tahu Boboiboy masih tak mampu nak kawal elemental cahaya sepenuhnya...jadi saya fikir lebih selamat kalau Boboiboy berpisah dengan elemental cahaya supaya Boboiboy tak dikawal dengan kuasa tersebut...t-tapi saya salah...",jelas Ochobot.

Amato mengeluh berat.

"Kamu tahu kepentingan elemental cahaya dan Boboiboy mereka memerlukan satu sama lain tapi kamu abaikan perkara tersebut....sekarang dah jadi macam nih kamu boleh betulkan balik ke?",suara Amato kedengaran tegas.

"Aku percayakan kau Ochobot...tapi apa semua nih..",Mechabot mula bersuara.

Ochobot mendiamkan diri tidak mampu berkata apa-apa.

Salah dia sebab tak halang Boboiboy salah dia sebab abaikan fakta tersebut.

"Fang...abang kamu sedang lakukan misi sekarang?",soal Amato.

Fang agak tersentak dengan pertanyaan yang tiba-tiba dituju kearahnya.

"Y-ye abang saya sedang dalam misi...",jawab Fang.

Hmm...

"Boleh kamu hubungi dia untuk pakcik?",pinta Amato.

"B-boleh saya akan cuba!"

Punat pada jam kuasa terus ditekan dan beberapa saat kemudian panggilan dijawab.

K(Kaizo): ada apa kau hubungi aku Pang? Kau tahu kan aku dalam misi sekarang.

Suara Kaizo kedengaran sangat dingin nampaknya dia tidak suka diganggu.

F(Fang): maaf Kapten...tapi ada seseorang nak bercakap dengan Kapten.

K: siapa?

Amato mendekati Fang dan dia mula bersuara supaya Kaizo mendengar suaranya.

A(Amato): sudah lama tidak berhubung Kaizo...ini aku Amato...

K: t-tuan Amato!? Apa yang tuan buat bersama adik saya?

Nada suara Kaizo terus berubah hormat selepas mendengar suara Amato.

A: anak aku Boboiboy masuk hospital dan sekarang aku berada di bumi...aku perlukan bantuan kau Kaizo..

Suara Amato kedengaran tegas.

K: saya sedia menjalankan tugas tuan!

A: aku nak kau kumpulkan semua yang berkait dengan Boboiboy...pemilik asal dan pewaris kuasa elemental...

K: baik arahan akan dilaksanakan secepat mungkin...saya akan hubungi melalui Pang selepas tugas diselesaikan.

A: bagus...aku berharap pada kau Kaizo.

K: baik tuan Amato.

Panggilan dimatikan.

Yang Lai sudah terkedu mendengar perbualan mereka berdua.

"Mesti kamu semua terkejut kan...pakcik juga ahli Tapops...tapi kamu semua takkan dapat berjumpa pakcik sebab identiti di Tapops adalah rahsia...bahkan Boboiboy masih tidak tahu yang pakcik ahli Tapops juga...jadi rahsiakan perkara nih ok.."

"B-baik kami akan rahsiakan!"

Anggukan diberi.

Pandangan beralih kearah Gopal.

"Kamu juga salah seorang yang sarankan Boboiboy untuk tidak gunakan elemental cahaya kan?"

Persoalan Amato membuatkan Gopal terdiam.

"Oi gemuk takde mulut nak jawab ke?? Kau takut erkk",usik Mechabot sambil mencuit perut Gopal.

Erk..

"S-saya cuma risaukan keselamatan Boboiboy...maafkan saya...",Gopal menunduk berasa bersalah.

"Takpe...niat kamu baik...pakcik lepaskan kamu kali nih tapi bukan kali kedua..."

Tok Aba mendekati kawan-kawan Boboiboy.

"Kamu semua balik lah dulu...rehatkan diri..."

"B-baik tok...kami balik dulu"

Satu persatu mula keluar dari wad Boboiboy.

Keadaan wad menjadi sunyi tanpa kehadiran mereka.

Tok Aba duduk di kerusi yang disediakan.

Amato juga turut duduk di sebelah abahnya.

"Jadi macam mana dengan Boboiboy?"

"Haaa...kami masih mencari cara untuk dapatkan semula elemental cahaya..."

Keluhan berat dilepaskan.

.


.


.


.

Di dalam kurungan Kristal...

Solar hanya duduk di ruangan kosong tanpa ada apa-apa.

Dia melihat sekelilingnya yang kosong  tanpa perasaan.

"Boboiboy nampak kecewa tadi...aku dah agak dia mesti menyesal...haih..."

Keluhan panjang dilepaskan.

Dia rasa sedih melihat riak wajah Boboiboy semasa dia diserap masuk ke dalam Kristal nih.

"Tapi padan muka dia...haa sekarang merana lah dia cari aku...rasakan.",Solar memuncung mulut sambil memeluk kedua-dua kakinya.

Rasa geram dengan tindakan Boboiboy.

Tiba-tiba seluruh kawasan tersebut merekah dan bergegar dengan kuat.

"Eh!? Apa jadi nih!!??"

Solar terus bangun dari duduknya dan tiba-tiba cahaya terang menyinari dan sekeliling dia mula pecah.

"Adakah...kuasa aku terlampau kuat...nampaknya Kristal nih tak dapat tampung kuasa aku...haaa...penat lah jadi terlebih kuat nih heh..",Solar tersenyum sinis sebelum dia menghalakan tangannya ke atas.

Tembakan cahaya.

Keboom!

"Heh mari lihat tubuh yang dibina untuk aku."

Solar terus melompat keluar dari pecahan pada dinding.

Shing.

Pak.

Aduh.

Mata dibuka dan dia melihat sekelilingnya.

"Ini gua dimana Kristal tuh tertanam..."

Pandangan beralih kearah tubuhnya yang tidak memakai apa-apa.

"Ouh..aku bogel."

Ktik.

Jari dipetik dan terus muncul pakaian pada tubuhnya.

"Ahh baju aku nih...aku perlukan cermin doh.."

Langkah dibuka keluar dari gua tersebut.

Solar terus menghalang cahaya matahari yang memacar pada wajah menggunakan lengannya.

Ergh...

"Aku...bebas."

Bersambung....
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now