Huff..huff...huff...Tangan jejaka bertopeng tersebut dicapai dan dipegang erat.
Langkahnya terhenti dan dia terus perpaling kearah Boboiboy yang kelihatan penat berlari.
"Boboiboy?"
Sekuntum bunga Daisy diberikan kepada jejaka tersebut.
"Kenapa kau pergi tanpa berbual dengan aku dahulu?"
"Aku tak tahu kau nak berbual dengan aku...jadi...apa yang kau ingin bualkan?"
Nafas ditarik dan dihembus sebelum Boboiboy menarik tangan jejaka bertopeng tersebut menuju ke sepohon pokok.
Mereka berdua duduk di bawah pokok tersebut.
Daun pokok yang berwarna putih mula jatuh dan bertebangan seperti musim guruh.
Angin bertiup lembut kearah mereka berdua.
Boboiboy melirik kearah jejaka bertopeng disebelahnya yang hanya menatap langit biru.
"Aku...aku serabutlah dengan semua nih...soalan dari Yaya dan Ying buatkan aku stress...tiada jawapan yang aku jumpa untuk jawab soalan diorang tuh...apa patut aku buat?",dengan keluhan berat Boboiboy menanti jawapan dari orang yang dia sangat percaya.
"Hmm...mungkin apa diorang cakap betul? Selagi kau tak bagi ruang untuk elemental cahaya...kau takkan jumpa jawapan yang kau cari...dia selamatkan kau dia kalahkan musuh dia juga yang muncul bila kau buntu...apa lagi yang kau nak dia lakukan supaya kau percayakan dia?"
Kata-katanya membuatkan Boboiboy terkedu.
Dia menunduk sambil memeluk tubuh.
"Tapi...aku...aku tak boleh nak bagi ruang tuh untuk dia...aku takut jika aku bagi benda buruk akan terjadi..."
"Atau kau terpengaruh dengan kata-kata Gopal...Komander dan semua orang atasan Tapops? Tok Kasa dan Kuputeri...dan juga Kirana?"
Jejaka bertopeng tersebut terus menoleh kearah Boboiboy.
Walaupun Boboiboy tak nampak wajah jejaka tersebut tapi dia dapat rasakan nada suaranya yang agak serius.
"....tapi macam mana kalau kata-kata diorang tuh betul? Mereka kata aku boleh kawal tahap 3 elemental tapi bukan elemental cahaya...tahap 1,2 aku masih tak boleh kawal dengan sempurna apakan lagi tahap 3..diorang kata aku boleh hilang kawalan...aku taknak perkara tuh terjadi....AKU TAKNAK JADI MACAM RETAKKA!!!"
Boboiboy terus bangun dari duduknya dan berlari dari situ sebelum jejaka bertopeng muncul di depannya.
"Sampai bila kau nak lari dari elemental cahaya? Sampai bila kau nak pinggirkan dia? Adakah kau akan bahagia kalau dia takde?"
Haaa...
Mata Boboiboy membulat mendengar soalan tersebut.
"B-boleh ke aku berpisah dari dia?"
Jejaka bertopeng di depannya tersentak dengan soalan Boboiboy.
"Haa...itu keinginan kau selama nih? Pisahkan dia dari kau.."
Boboiboy mengangguk perlahan.
Jika itu boleh buat dia selamat jadi itu yang dia mahukan.
"...jangan menyesal dengan apa yang kau katakan Boboiboy..."
Pandangan beralih dari memandang jejaka topeng di depannya.
Keluhan berat dilepaskan dan Boboiboy terus bersuara kembali tetapi kelibat jejaka bertopeng telah hilang.
Bunga Daisy yang berada di atas rumput diambil.
"Selalunya dia simpan bunga nih..."
....
Gasp.
Boboiboy terus tersedar dari tidurnya dan badannya berpeluh.
"Haaa...kemana dia pergi? Kenapa dia nampak macam kecewa dengan aku..."
Topi yang berada di atas meja terus diambil dan dipakai.
Tanpa membuang masa dia terus keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.
.
.
.
.
Kokoci menatap Boboiboy melalui hologram.
"Jadi ada apa kamu nak jumpa saya?"
"Komander...saya nak tanya...boleh ke pisahkan salah satu elemental dari jam kuasa?"
Ha?
"Apa yang kamu katakan nih Boboiboy?",soal Kokoci tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Saya....Saya nak pisahkan elemental cahaya daripada jam kuasa.",jawab Boboiboy serius dengan apa yang dia mahu lakukan.
"Kamu dah tanya Ochobot tentang perkara nih?"
"Sudah...dia kata boleh dipisahkan elemental cahaya dari jam kuasa tapi bukan dengan cara serap keluar kuasa tuh..."
Kokoci berfikir sejenak adakah keputusan Boboiboy itu betul atau tidak.
"Haa...kalau itu keinginan kamu baiklah....tempat dimana tiada siapa akan jumpa elemental cahaya dan tempat selamat untuknya.",ujar Kokoci lalu dia menghantar satu planet ke jam kuasa Boboiboy.
Email dibuka melalui jam kuasa dan gambar planet tersebut muncul.
"...ini...Planet Gugura...bukan ke ini tempat Retakka dan Tok Kasa tinggal dahulu?"
Anggukan diberi.
"Ye itu tempat mereka berdua tinggal dahulu...itu tempat yang tidak akan ada orang jumpa elemental cahaya...ada satu gua dimana Kristal penyimpanan kuasa berada...kamu boleh gunakan Kristal tuh untuk kurung elemental cahaya...",jelas Kokoci.
"Terima kasih atas maklumat nih komander...saya beredar dahulu.."
Panggilan hologram ditutup dan Boboiboy terus menatap jam kuasanya.
....
Dimensi jam kuasa...
"...sampai macam tuh kau benci aku Boboiboy...tak cukup kau kurung aku dalam nih sekarang kau nak kurung aku dekat tempat jauh dari kau dan elemental lain...haaa..."
Air mata mengalir di pipi dan Solar terduduk di atas lantai.
Dia dapat dengar semua perbualan Boboiboy dan Kokoci.
Hancur hati dia dengan keputusan tuan dia sendiri.
"Baiklah...jika itu akan buat kau bahagia aku akan terimanya "
Mata dikesat kasar.
Matanya menatap kedua-dua belah tangannya.
....
Bersambung...
Vote dan coment 🍁
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...