Chapter 15

101 23 41
                                    


×chasing arc×

....

Kelihatan Boboiboy berjalan kehulur hilir di dalam biliknya.

Sekarang mereka berada di bumi selepas dihalau oleh Solar.

"Fikir Boboiboy fikir...apa yang aku kena buat untuk dapatkan kepercayaan Solar balik...fikir guna otak biul kau nih...",bebel Boboiboy seorang diri sambil mengetuk kepalanya sendiri.

Dia kena fikirkan cara untuk dapatkan elemental cahaya semula.

Misi memujuk nih memang susah.

"Ha! Aku tahu!"

Pintu bilik terus dibuka luas dan Boboiboy berlari ke tingkat bawah.

"Ayah!? Ayah!! Oh ayah!!! AYAH!!!!"

Jeritan Boboiboy bergema di dalam rumah membuatkan Mechabot yang sedang makan karipap tercekik.

Hampir lihat neraka dibuatnya.

"Oi budak! Amato dekat kedai Tok Aba lah!",sahut Mechabot dari dapur.

Oh!

"Ok thanks Mechabot!"

Sekelip mata dirinya berubah menjadi Halilintar dan dia terus berlari sepantas mungkin menuju ke kedai Tok Aba.

Di kedai...

Huff huff..

Amato yang sedang mengambil pesanan pelanggan terus menoleh kearah anaknya.

"Oboi?"

Hali terus berubah menjadi Boboiboy semula dan langkah dibuka mendekati ayahnya.

"Apa kamu buat dekat sini? Nak apa-apa ke? Ayah boleh buatkan ais Koko atau kamu nak kek coklat? Cekodok coklat? Hm?",soal Amato sambil memberi pesanan pelanggan kepada Tok Aba.

Nafas ditarik dan dihembus.

"5 ribu....Oboi nak 5 ribu.",pinta Boboiboy sambil menghulurkan tangannya kearah Amato.

"5 ribu? Nak buat apa duit banyak macam tuh?"

Tidak pernah anaknya minta duit banyak macam tuh sebelum nih.

Selalunya Boboiboy minta tak sampai beribu.

"Oboi nak beli barang experiment nak bagi Solar!",jawab Boboiboy bersemangat.

Ohoo..

"Jadi itu cara kamu nak pujuk dia hm?"

Anggukan diberi.

Amato terus keluarkan beg dompet dia dan kad kredit diberikan kepada anaknya.

"Rasanya dalam nih ada 6 ribu kamu boleh guna selebihnya..",kata Amato dengan senyuman.

"Ok terima kasih ayah!"

Boboiboy terus mengambil kad tersebut dan mencium pipi Amato sebelum dia berlari pergi dari situ.

Out Of Control Where stories live. Discover now