Chapter 2

159 20 40
                                    


Haaa...

Herba yang dijumpai terus diletakkan ke dalam beg galas.

Wajah Boboiboy kelihatan penat dengan misi mereka.

"Boboiboy rehat lah dulu...dari tadi kau kutip herba sampai penuh beg galas kau.."

Pandangan beralih kearah beg galasnya yang sudah berat dengan daun herba.

"Cukup ke?"

Ying memandang Yaya lalu mereka berdua mengangguk.

"Terlebih cukup dah tuh.."

"Baiklah.."

Gopal sudah tertidur selepas makan bekal yang dibawanya.

Dengan perlahan Boboiboy duduk di atas batu.

Botol air dan bekal makanan dikeluarkan dari dalam beg Gopal.

Maklumlah beg dia dah penuh dengan daun herba jadi dia tumpang letak dalam beg Gopal nasib budak tuh tak makan bekal dia sekali.

Bekal makanan dibuka dan Boboiboy mula makan nasi goreng yang dibuatnya pagi tadi.

"Eh Boboiboy...aku nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanyalah.."

Bahu dicuit memberi arahan kepada kawannya.

"Ekhem...betul ke apa kau buat nih Boboiboy?"

Persoalan Yaya membuatkan Boboiboy menoleh kearahnya.

"Maksud kau?"

"Erm...cara kau layan elemental cahaya...kan penting untuk letakkan kepercayaan pada kuasa kau..."

Sudu yang dipegang terus terlepas dari tangannya.

Entah kenapa dia rasa tidak selesa dengan jawapan tersebut.

"Memang betul kita kena percayakan kuasa kita semua tapi... kepercayaan aku pada elemental cahaya takde...selepas aku tengok apa jadi pada Retakka...kau tak rasa benda sama akan jadi pada aku jika aku bergantung sepenuhnya pada elemental cahaya?",kening diangkat dan soalan diberikan kepada dua gadis di depannya.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

"Kau dan Retakka berbeza Boboiboy...dia tamak kuasa tapi kau masih boleh kawal kuasa elemental...kau tak rasa apa kau buat pada elemental cahaya itu tak adil..",kata Yaya.

"Bagitahu aku apa yang tak adil?...dia dah bahayakan diri aku lebih dari sekali...",balas Boboiboy.

Bekal yang dipegangnya juga diletakkan ketepi.

"Tapi elemental cahaya juga ada perasaan maaa...kalau lu buat dia macam tuh apa yang dia akan rasa...",Ying mula bersuara.

"Jadi perasaan aku macam mana pulak? Kau ingat senang ke nak kawal kuasa dia...aku hampir mati banyak kali...aku takut ok aku takut apa yang korang tahu...kisahkan sangat perasaan dia jadi siapa yang kesah perasan aku pulak..",dengan suara sedikit meninggi Boboiboy berkata.

Entah kenapa dia tiba-tiba rasa emosi dengan soalan yang diberikan oleh mereka berdua.

Yaya mengeluh berat mendengar kata-kata Boboiboy.

"Bukan itu maksud kami... Boboiboy cuba bertenang sikit...memang betul kau banyak kali hampir mati tapi kau terfikir tak siapa yang selamatkan kau?"

Boboiboy terdiam dan dia terfikir sejenak.

"Elemental cahaya..."

"Siapa yang kalahkan musuh?"

"Elemental...cahaya.."

"Siapa juga yang sentiasa ada bila kau hilang semangat?"

"....Solar.."

Ying menepuk bahu Boboiboy.

"See...dia sentiasa ada untuk kau Boboiboy...apa kata kau bagi ruang untuk dia dalam hidup kau...",ujar Ying dengan senyuman.

"...."

Boboiboy hanya mendiamkan diri tidak tahu apa respon dia patut berikan.

Akhirnya perbualan mereka habis disitu tanpa diorang berdua dapat dengar jawapan Boboiboy.

.






.







.






.

Dunia mimpi...

Boboiboy terjaga di tengah-tengah padang hijau.

Suasana disitu sangat tenang dan dia nampak sekuntum bunga tidak jauh dari situ.

Senyuman terukir di wajah dan dia terus mendekati bunga tersebut.

Senyuman terukir di wajah dan dia terus mendekati bunga tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bunga Daisy...cantik sama macam sebelum nih.."

"Apa kata kau petik bunga tuh? Aku benarkan.."

Pandangan beralih kearah empunya suara dan senyuman terhias di wajahnya.

"Dah lama tak jumpa kau!"

Belum sempat jejaka bertopeng di depannya menjawab,satu pelukan diberikan kepadanya.

"Kau ok?"

"...tak ada masalah sikit dekat tempat misi..."

Mereka berdua duduk di bawah sepohon pokok besar.

"Ceritalah apa jadi...mungkin aku boleh tolong.."

"Kau tahu kan aku ada kuasa elemental tapi aku...sukar untuk aku terima elemental cahaya..."

"Sebab kau takut akan jadi macam Retakka?"

Anggukan diberi boleh nampak ketakutan di dalam mata Boboiboy.

"Apa jadi kalau elemental cahaya penyebab Retakka jadi jahat? Mungkin kuasa dia terlampau kuat jadi dia ambik alih tubuh Retakka...",dengan serius Boboiboy berkata.

Nampaknya dia dah tak boleh nak berfikiran positif.

"Kalau kau tak benarkan dia masuk dalam hidup kau...macam mana nak tahu apa yang dia fikirkan....kita takkan tahu selagi tak tengok bahagian dia pulak..."

Suara lelaki bertopeng tersebut kedengaran lembut dan berjaya menenangkan Boboiboy yang overthinking.

Sekuntum bunga Daisy yang diambil tadi diberikan kepada lelaki bertopeng tersebut.

"Hadiah sebab selalu ada untuk aku.."

"Hmm cantik...jumpa lagi Boboiboy..."

Belum sempat Boboiboy berkata apa-apa kelibat lelaki tersebut terus hilang dan kawasan padang tadi mula berubah menjadi hutan tebal.

"Aku harap dapat jumpa kau lagi!!"

Boboiboy memejam mata rapat dan serta merta dia tersedar dari mimpinya.

"Haaa...dah lama aku tak dengar suara dia bercakap..."

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now