Chapter 17

103 18 33
                                    


Seminggu telah berlalu sejak Boboiboy berjumpa Solar.

Dia tidak risau dengan bekalan makanan kerana dia sudah beli bekalan selama 3 bulan.

Kalau Solar seorang sudah tentu bekalan makanan cukup untuk dia.

Boboiboy memandang kipas bilik yang sedang berpusing.

"Hmmm perlu ke aku belikan dia motor? Senang sikit dia nak meneroka planet tuh...jimat tenaga.",bisiknya seorang diri.

Senyuman terukir di bibir dan dia terus bangun dari baring.

Langkah dibuka laju keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Ayah!!"

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar.

"Oboi! Bukakan jap pintu tuh!"

Tanpa membantah pintu terus dibuka luas.

"Assalamualaikum ~"

"Eh!? Uncle Pian! Waalaikumussalam!"

Wajah Boboiboy terus berubah ceria melihat Pian.

"Masuklah! Oboi panggilkan ayah kejap.."

Pian hanya mengangguk dan menuju ke ruang tamu.

....

Dulang yang mempunyai air Koko panas dan karipap di letakkan di atas meja berhadapan Pian.

"Tak bagitahu pun nak datang..."

"Kejutan~ aku free itu yang datang nak lawat korang.."

Ouhh...

Boboiboy turut duduk di sofa berhadapan Pian.

"Ayah! Boboiboy nak motor!",pinta Boboiboy.

Eh?

"Motor? Untuk apa?",soal Amato pelik.

"Untuk Solar! Supaya mudah dia jalan kemana-mana..",jawab Boboiboy bersemangat.

Cawan diletakkan semula di atas pinggan lalu pandangan beralih kearah Boboiboy.

"Uncle kenal kedai yang jual motor nih...nak uncle belikan satu untuk kamu?",perlawa Pian dengan senyuman.

Terus bersinar-sinar mata Boboiboy mendengar perkara tersebut.

"Boleh ke??"

"Sudah tentu boleh...motor je pun...kamu nak kereta sekali tak? Uncle boleh belikan.."

Wahhh..

Amato sudah memberi tanda terbaik kearah Pian.

Selamat duit dia kali nih.

"Bila kita nak pergi beli?"

"Sekarang pun boleh!"

"Jom!!"

Pian terua bangun dari duduknya diikuti Boboiboy.

"Eh?? Habiskan lah minuman dengan karipap nih dulu..",ujar Amato.

"Takpe nanti balik aku habiskan...jom Oboi."

.







.







.








.

Di kedai motor...

"Boleh bagi edisi terhad punya?"

Pian memandang kearah pekerja disitu.

"Sudah tentu boleh tuan.."

Out Of Control Where stories live. Discover now