Chapter 13

140 24 72
                                    


Di bumi...

Ergh ..

Perlahan-lahan matanya dibuka dan cahaya dari lampu mula memacar kearah wajahnya.

"A.aku dekat mana?"

Krekk...

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Amato baru tiba bersama Mechabot di sisinya.

Pandangan terus beralih kearah ayahnya yang baru tiba masih tidak sedar akan anaknya yang sudah sedar.

Suaranya yang serak mula bersuara.

"A-ayah?"

Dengar sahaja panggilan tersebut Amato terus memandang kearah Boboiboy yang sedang memandang kearahnya.

"Oboi!"

Langkah laju dibuka kearah anaknya dan tangan Boboiboy dipegang erat.

"Akhirnya Oboi bangun juga....",keluhan lega dilepaskan.

"....Oboi dekat mana?"

Mechabot mendekati mereka berdua lalu dia menjawab pertanyaan Boboiboy.

"Kau dekat hospital...kau cuba bunuh diri dengan lemaskan diri kau...kenapa kau buat macam tuh Boboiboy?"

Mereka berdua menatap Boboiboy menunggu jawapan darinya.

"...O-oboi dah buat keputusan terburu-buru...sekarang elemental cahaya dah takde...Oboi tak boleh hidup tanpa dia...sepatutnya Oboi sedar lebih awal..",sayu suaranya kedengaran.

Air mata yang mula mengalir di pipi dikesat lembut oleh Amato.

"Ayah tahu kamu dalam keadaan mental tak stabil...sepatutnya ayah ada bersama kamu...maafkan ayah sebab biarkan kamu tanggung semuanya seorang diri Oboi...ayah...ayah bukan seorang bapa yang baik kepada Oboi...maafkan ayah...",ujar Amato sambil menatap anaknya.

"....Oboi...menyesal dengan apa yang jadi...ayah cakap Oboi kena berdikari dan Oboi cuba sedaya upaya untuk tak bergantung dengan orang lain dan cuba selesaikan masalah seorang diri tapi...Oboi tetap gagal...ayah...O-oboi dah tak boleh teruskan semua nih...hisk...hisk...Oboi nak berhenti...boleh ke ayah? Boleh ke?",dengan sayu Boboiboy meminta.

Ini kali pertama dia meminta sesuatu dari Amato sejak ditinggalkan untuk dia duduk bersama Tok Aba.

Melihat anaknya menangis sambil merayu membuatkan Amato kecewa dengan dirinya sendiri.

"Ayah minta maaf...ayah letak tanggungjawab kepada Oboi dari kecil sampai sekarang...maafkan ayah....maafkan ayah...kali nih Oboi lupakan tentang berdikari dan letak beban kamu pada ayah.",dengan tegas Amato bersuara.

Dia sudah nekad kali nih dia tidak akan tinggalkan anaknya.

Boboiboy terus memeluk Amato erat sambil menangis.

"Haihh campak je semua beban kau dekat Amato nih...dia asyik abaikan tanggungjawab dia je...kali nih biar dia uruskan semua...",kata Mechabot lalu dia mengusap rambut Boboiboy.

"Hm! Baiklah!"

Amato tersenyum dengan tingkah laku Boboiboy.

Kali nih dia nekad akan dia bantu anaknya.

"Jadi...ayah boleh ke Oboi dapatkan semula elemental cahaya? Teruk Oboi layan dia selama nih...dan Oboi mahukan dia semula..."

"Hmmm...mereka sedang cuba carinya sebelum tuh ayah perlu bagitahu kamu satu rahsia...tentang kerja ayah..."

Kedua-dua bahu anaknya dipegang erat membuat Boboiboy memandang tepat kearah Amato.

"Ayah?"

"....ayah adalah ahli Tapops juga...banyak misi ayah perlu uruskan sebab tuh ayah hantar Oboi tinggal dengan Tok Aba...maafkan ayah sebab rahsiakan semua nih daripada Oboi...ayah nak pastikan Oboi selamat tapi lepas tahu Oboi jadi superhero ayah berasa sangat bangga...",jelas Amato berharap anaknya terima kebenaran yang dia simpan selama nih.

Out Of Control Where stories live. Discover now