Setelah 3 jam akhirnya mereka mendarat dengan selamat di planet Gugura.Pintu kapal angkasa dibuka dan mereka berdua melangkah keluar dari kapal angkasa.
"Boleh ke kau pergi seorang diri?",Fang memandang kearah kawannya.
"Jangan risaulah...kau jaga kapal angkasa aku dan Ochobot pergi ke gua tuh...lagipun komander dah hantar lokasi gua kepada aku...kalau ada apa-apa jadi aku akan hubungi kau atau hantar signal kecemasan.",ujar Boboiboy dengan senyuman.
"Baiklah...hati-hati.."
"Jumpa kau nanti!"
Hologram lokasi muncul di jam kuasa dan Boboiboy memulakan perjalanannya.
Ochobot terbang mendekatinya.
Fang hanya melihat mereka berdua berlalu pergi sebelum masuk semula ke dalam kapal angkasa.
Berbalik ke situasi Boboiboy...
"Dalam nih ambil masa 20 minit untuk sampai ke gua tuh...kau rasa kita akan jumpa ke Kristal tuh?"
"Jangan risau aku dapat kesan Kristal permindahan kuasa..."
Anggukan diberi makin mudah kerja mereka.
Hutan tebal tersebut membuatkan pergerakan mereka agak sukar.
Boboiboy mencatas semua semak samun menggunakan pedang petir.
Nasib hari cerah jadi tiada masalah dengan penglihatan di dalam hutan tersebut.
Setiap saat hologram lokasi dilihat sebelum melangkah lebih jauh.
....
Fuhh...
Nafas dilepaskan penat berjalan di dalam hutan tebal tuh.
Matanya menatap gua yang berada di depannya.
Hologram lokasi ditutup dan pedang petir terus hilang.
"Sampai pun...kau dapat kesan Kristal tuh?",soal Boboiboy lalu menoleh kearah Ochobot.
"Dah! Ada dalam gua nih!",jawab Ochobot lalu dia terbang masuk ke dalam gua diikuti Boboiboy dari belakang.
Bebola api.
Muncul bebola api di atas tapak tangan Boboiboy.
Gua yang gelap akhirnya cerah dengan bantuan bebola api.
Langkah dibuka masuk ke dalam gua dengan lebih dalam.
Makin jauh mereka pergi seram sejuk tempat tuh.
"Jauh lagi ke Ochobot?"
"Sikit je lagi nak dekat dah.."
Jalan punya jalan akhirnya Ochobot berhenti di depan timbunan batu.
Hm?
"Boboiboy alihkan semua batu nih...kalau ikutkan signal nih...Kristal tuh ada di bawah timbunan batu nih..",arah Ochobot sambil menunjuk kearah timbunan batu di depan mereka.
"Baiklah...ketepi sikit.."
Boboiboy Gempa!
Boboiboy terus berubah menjadi Gempa dan dia mula mengalihkan satu persatu batu tersebut.
"Berat gila batu nih...padahal saiznya kecil je....",keluh Gempa.
Satu persatu biji batu dicampak ketepi.
"Sikit lagi Gempa...signal semakin kuat!"
"Baiklah!"
Dengan segala tenaga Gempa terus mengangkat batu terakhir yang paling besar lalu dia campak ketepi.
YOU ARE READING
Out Of Control
Mystery / Thriller... Tik...tik...tik... Darah menitik pada wajahnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Matanya menatap manusia yang tergantung di atasnya. Darah dari tubuh lelaki tersebut tidak berhenti menitik pada wajahnya. "Mungkin...aku dah gila." .... Terkurun...