Chapter 14

133 25 32
                                    


Dua bulan kemudian...

Boboiboy sudah keluar dari hospital minggu lepas sekarang dia ambil cuti dari Tapops untuk berehat.

Amato ingin berada di sisi Boboiboy cuba mengambil semula hati anaknya tapi susah gila.

"Aduh Mechabot cuba bagi cadangan apa lagi aku kena buat nak berbaik semula dengan Oboi nih...",pinta Amato sudah buntu.

"Hmm satu je yang kau boleh buat..."

Amato terus menoleh memandang Mechabot yang sedang makan karipap di sebelahnya.

"Apa dia?"

"Bagi elemental cahaya confirm dia elok nanti..."

Keluhan berat dilepaskan memang idea yang bagus tapi mereka masih tak berjaya kesan elemental cahaya.

"Aduhh memang susahlah kalau camtu..."

Tap..tap..tap..

Pandangan terus beralih kearah Boboiboy yang baru turun dari tingkat atas.

"Oboi! Nak pergi taman tema dengan ayah tak harini?? Ayah dah beli tiket!",perlawa Amato padahal dia tak beli tiket lagi.

Mechabot hanya mengabaikan Amato dan sambung makan karipap.

"Hmm...Oboi nak duduk rumah harini."

Krak.

Amato terus terduduk semula di atas sofa.

"Mechabot!!!"

"Eyy diamlah mangkuk ayun."

Wajah Amato ditolak jauh darinya.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus.

Tiba-tiba telifon berbunyi dan Amato terus menjawab panggilan tersebut.

"Ha ye Komander...ermm...serius ke nih!? Baik aku akan bawa Boboiboy sekali!!"

"Kau dah kenapa?"

Senyuman terhias di wajah Amato dan telifon terus dicampak ke tepi dan langkah dibuka laju ke dapur dimana anaknya berada.

"Oboi! Mereka dah dapat kesan elemental cahaya!"

Gelas yang dipegang terus terlepas dari pegangannya.

"S-solar?"

Anggukan diberi.

Belum sempat Boboiboy jatuh Amato dengan cepat menyambut anaknya.

"Oboi ok?"

"O-ok...boleh Oboi jumpa dia?"

Pandangan mata anaknya terlihat terdesak.

"Jom jumpa dia.."

Akhirnya mereka berdua naik kapal angkasa Fang. Nasib Fang masih berada di bumi jadi dia boleh bawakan diorang ke lokasi elemental cahaya.

.







.







.







.

Di planet Gugura...

Kelihatan Solar sudah berjaya membuka sebuah pondok kecil tidak jauh dari tempat pembuangan sampah.

Sekarang dia sedang mengasingkan barang yang tidak boleh digunakan dan barang yang boleh digunakan.

"Fuh...dah 2 bulan aku dekat sini...takdelah teruk sangat tinggal dekat sini semuanya percuma..",dengan senyuman dia bersuara.

Peluh di dahi di kesat kasar.

Ting.

Bunyi tersebut menarik perhatian Solar dan dia terus memandang ke langit.

Terkedu dia melihat satu kapal angkasa mula mendarat tidak jauh dari tempat di berada.

"Oh shit."

Barang yang dipegang terus dicampak ke arah lain dan dia terus bangun dan berlari menuju ke pondoknya.

Sap.

Gerakkan Halilintar!

Sebelum sempat Hali memegang tangannya Solar terus teleport jauh darinya.

Gerakkan cahaya.

Fuh.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

"Apa kau buat dekat sini?"

"....tak sangka kau ada tubuh fizikal sendiri...wajah kau lain dari aku.."

Hali bersuara dengan nada sedikit dingin.

"Ye aku tahu wajah aku lagi hensem dari kau.",dengan bangga Solar berkata.

"Ceh tapi baju masih sama."

Jelingan diberi dan Solar menatapnya semula.

"Macam mana kau jumpa aku?",soal Solar ingin tahu.

"Sudah tentu kami dapat kesan kebangkitan elemental cahaya...agak susah nak cari pada mula tapi sekarang dah jumpa ",jawab Hali sinis.

"Ceh nak kata korang hebat ah dapat jumpa aku...menyampah betul dengan teknologi Tapops.",selamba Solar berkata.

"Boboiboy dah jadi gila sebab kau tahu...apa sahaja cara sudah semestinya dia nakkan kau semula..."

Keluhan dilepaskan dan Solar membuka langkah pergi dari situ.

Hali hanya mengikutnya dari belakang.

"Jadi kenapa kau masih tak berubah jadi dia?"

"Kau akan terima dia kalau tengok wajah dia?"

Soalan dibalas soalan membuatkan Solar memuncung memandang kearah lain.

Hali terus berubah menjadi Boboiboy dan langkah Solar terhenti.

Dia menatap Boboiboy di depannya.

"Bahagia tanpa aku?"

Persoalan Solar membuatkan Boboiboy menunduk memandang bawah.

Air mata sudah mengalir di pipinya.

"T-tak...maafkan aku Solar "

Hmm..

"Pergi balik Boboiboy.",tegas Solar berkata.

Pintu pondok dibuka.

"T-tak aku perlukan kau..kembali kepada aku Solar ..",pinta Boboiboy.

"Tak. Aku taknak."

"S-solar?"

Pintu terus ditutup meninggalkan Boboiboy yang masih berdiri di luar.

Amato dan Mechabot yang baru sampai terus mendekati Boboiboy.

"Macam mana Oboi dah jumpa elemental cahaya?"

"D-dah..tapi...tapi dia taknak ikut Oboi...a-apa patut Oboi buat? Ayah...Oboi perlukan Solar..",rayu Boboiboy lalu dia memeluk Amato erat.

Belakangnya diusap lembut.

"Bersabar Oboi...kamu kena bersedia untuk misi memujuk elemental cahaya..."

"M-misi memujuk?"

Amato mengangguk dan tersenyum manis kearah anaknya.

Solar yang mengintai dari tingkap berdesis kasar.

"Kau tengok lah aku takkan mudah termakan pujukan kau Boboiboy.takkan."

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now