Chapter 3

109 17 18
                                    


Selesai sahaja misi mereka semua pulang ke stesen Tapops yang berada di bumi.

Beg galas dicampak ke atas kerusi dan Boboiboy mengeluh berat.

Dia memandang gerai atoknya yang berada tidak jauh dari kapal angkasa.

"Boboiboy....kau ok?"

Pandangan beralih kearah Yaya yang baru selesai dengan kerjanya.

"Ok."

"Masih ternganggu dengan soalan kami semalam?"

Tiada balasan dari kawan baiknya.

Dengan langkah berat Boboiboy terus keluar dari kapal angkasa menuju ke gerai Tok Aba.

Ochobot hanya mengikutnya dari belakang pelik akan sikap kawannya.

Haihh..

Yaya hanya menggeleng melihat respon Boboiboy.

"Ikut suka kau lah Boboiboy.."

Di gerai Tok Aba...

Kerusi ditarik dan dia duduk lalu meletakkan kepalanya di atas meja kaunter.

"Macam ada masalah je kamu nih...",tegur Tok Aba risau akan keadaan cucu kesayangan dia tuh.

"Takde apa....erm..ada apa-apa Boboiboy boleh tolong?",pandangan beralih kearah atoknya.

"Takde...kamu pergilah balik rumah dulu...rehatkan diri kamu.."

"Baiklah..kalau ada apa-apa telifon sahaja Boboiboy..."

Anggukan diberi.

Dengan langkah malas dia terus pulang ke rumah.

"Aihh Ochobot...cucu atok tuh kenapa...macam ada masalah je...",Tok Aba mula bersuara kembali selepas kelibat cucunya sudah jauh.

"Tak tahu lah Tok...saya cas tenaga dalam kapal angkasa masa dia jalankan misi tadi.."

Keluhan berat dilepaskan.

"Budak tuh ada sahaja benda dia fikirkan..."

"Itulah Tok...."

.






.






.






.

Di bilik...

Badan direbahkan di atas katil dan dia hanya menatap siling di atasnya.

Entah kenapa emosi dia tak berapa stabil sejak Yaya dan Ying tanyakan soalan tadi.

"Tck. Tak guna...."desisnya.

Matanya melirik kearah gambar yang berada di atas meja.

Dengan kasar gambar tersebut diambil.

Gambar semua elemental yang diambil oleh Ochobot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar semua elemental yang diambil oleh Ochobot.

"Solar...aku minta maaf.."

Dimensi jam kuasa...

Apa yang di ucapkan oleh Boboiboy dapat didengari oleh Solar.

Matanya melirik kearah pintu yang masih berkunci.

"Boboiboy...aku...nak jumpa kau."

Sekelip mata bilik tersebut bergegar dengan kuat tetapi Solar masih kekal berdiri di tempatnya.

Matanya kelihatan sayu dan darah berwarna hitam mula mengalir dari kedua-dua belah telinganya.

Barang-barang yang berada di atas meja mula jatuh dan pasu yang berada di depan tingkap jatuh ke lantai dan pecah.

Cahaya di dalam bilik tersebut mula menghilang dan keadaan bilik menjadi gelap.

Haaa...

Tangan diangkat dan dihalakan kearah pintu bilik.

"Tembakan...cahaya."

Keboom!

Pintu pecah dan Solar terus keluar dari biliknya.

Elemental yang berada di luar terkejut dengan letupan tersebut.

Mereka berenam berkumpul dan menjauh dari Solar.

"Apa kau buat nih!?",soal Gempa dengan nada tinggi.

Solar mula mendekati mereka tetapi langkahnya terhenti apabila Ice bersuara.

"Jangan dekat! Kau berbahaya!"

"Aku?...aku bahaya? Adakah aku nampak macam nak bunuh korang semua?"

Persoalan Solar membuatkan mereka diam.

Dengan keberanian yang ada Taufan terus membuka langkah berdepan dengan Solar.

"Tak...tapi kami hanya ikut apa yang tuan kata...d-"

Belum sempat Taufan habis cakap Solar terus potong percakapannya.

"Dia kata aku berbahaya...dia tak percayakan aku...dia takut aku jadi macam Retakka tak...tak...dia takut aku jadikan dia macam Retakka?",dengan datar Solar berkata.

Dia penat....

Gempa turut mendekati Solar.

"Kenapa kau keluar dari bilik kau?",soal Gempa ingin tahu.

"Aku...aku cuma rasa nak keluar...dah lama aku tak digunakan...terkurung dalam tuh boleh buat aku jadi gila.",jawab Solar dengan senyuman tipis.

Mereka memandang antara satu sama lain sebelum masing-masing menoleh kearah Solar semula.

"Boboiboy takkan suka kalau kau keluar dari bilik tanpa arahan dia...kau kena dengar cakap dia sebagai tuan kita...",kata Hali dingin.

"Dia hanya tuan korang...bagi dia aku hanya raksasa yang mampu ambil alih tubuh dia atau kawal dia...",balas Solar sambil menatap mata Hali.

"Kalau kau tak bahayakan dia semua nih takkan jadi pada kau..",Blaze mula bersuara.

"Haaa...jadi semua tuh salah aku walaupun aku berjaya selamatkan dia...walaupun aku yang selamat dia...apa korang anggap aku selama nih!!?",bentak Solar secara tiba-tiba.

Akar menjalar!

Tubuh Solar terus diikat akar milik Thorn.

"Kembali ke bilik kau semula.",arah Thorn walaupun dia sebenarnya takut nak bersuara depan Solar.

"....aku...aku cuma nak korang layan aku seperti mana korang layan satu sama lain...haaa...aku faham...aku faham...hahahahaha...hahahahaha..."

Solar tertawa sebelum dia berpaling dari elemental yang lain.

Akar pada tubuhnya sudah menjadi abu.

Terkedu Thorn melihat kejadian tersebut. Sekelip mata akar dia hancur.

"Jangan risau...aku tak pernah salahkan korang..."

Langkah dibuka dan Solar kembali ke biliknya.

Pintu yang hancur tadi terus muncul kembali dan pintu dikunci seperti sedia kala.

"...betul ke apa kita buat?"

Yang lain hanya diam mendengar persoalan dari Taufan.

Bersambung...
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now