Chapter 5

112 17 63
                                    


Pintu kapal angkasa terbuka luas dan Fang melangkah keluar dari kapal angkasa tersebut.

Matanya melirik kearah Gopal yang sedang makan tidak jauh darinya.

Langkah dibuka kearah kawannya.

"Boboiboy mana?"

"Kau dah habis misi ke?"

Anggukan diberi.

"Jadi Boboiboy mana?",soal Fang lagi sekali.

"Dekat rumah dia...Tok Aba kata dia tak berapa sihat..",jawab Gopal lalu menyambung makan.

Fang terus pergi ke rumah Boboiboy tanpa berjumpa Tok Aba atau Ochobot terlebih dahulu.

....

Tok...Tok...Tok...

Krekk...

Pintu dibuka dari dalam dan kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

"Kau duduklah dulu aku ambikkan air.."

Hm.

Fang terus duduk di atas sofa menunggu kawannya.

Setelah beberapa minit Boboiboy kembali bersama dulang yang mengandungi ais Koko dan kek coklat.

Dulang diletakkan di atas meja sebelum dia duduk bersebelahan Fang.

"Aku dah dapat email kau...yakin dengan keputusan nih?"

Matanya menatap Boboiboy yang hanya menunduk.

"Haaa...ye aku yakin...tapi aku nak jumpa dia dulu.."

Haih..

"Kenapa kau buat keputusan terburu-buru? Kau langsung tak anggap dia salah satu elemental ke?",dengan sedikit dingin Fang bersuara.

Dia tidak setuju dengan keputusan Boboiboy sebab dia tau kawan baik dia perlukan elemental cahaya lebih dari orang lain tapi hanya Boboiboy tak sedar tentang tuh.

"Mestilah aku anggap dia salah satu elemental...cuma...mungkin dah tiba masanya untuk aku jauhkan diri dari dia...untuk kebaikan aku dan semua...",ujar Boboiboy langsung tiada rasa untuk fikir tentangnya kali kedua.

Kedua-dua belah bahu Boboiboy dipegang erat.

"Boboiboy. Aku taknak kau menyesal...mungkin kau tak sedar tapi kau perlukan elemental cahaya dan dia juga perlukan kau sebagai tuan dia...jangan menyesal kemudian hari..",tegas Fang berkata cuba buatkan kawannya fikirkan semula keputusan dia.

"....maaf Fang tapi aku dah buat keputusan...aku nak fokus naik ke tahap 3 dengan elemental yang lain...aku takde masa untuk sentiasa kawal diri dari elemental cahaya...jika dia tiada lebih mudah untuk aku fokus tahap 3...",jelas Boboiboy lalu dia menolak perlahan kedua-dua belah tangan Fang dari bahunya.

Nampaknya keputusan dia muktamad.

Fang terus bangun dari duduknya dan dia menatap Boboiboy.

"Baiklah kalau macam tuh...esok pukul 10 pagi kita gerak ke planet Gugura..."

Belum sempat Boboiboy membalas Fang terus keluar dari rumah menuju pulang ke kapal angkasa.

Ais Koko dan coklat kek yang disediakan oleh Boboiboy langsung tidak disentuh.

"....kau tak faham aku Fang..."

Dengan kasar dulang tersebut ditempis ke lantai dan bunyi kaca pecah bergema di ruang tamu.

"Solar. Aku perlu bercakap dengan kau."

Boboiboy terus baring di atas sofa dan tangan yang memakai jam kuasa diletakkan pada dadanya.

Hmm...

Mata ditutup rapat dan akhirnya dia masuk ke dalam dunia separuh sedar.

Dimensi jam kuasa...

Pintu bilik elemental cahaya ditatap lama.

Elemental yang lain hanya mendiamkan diri tidak mahu menganggu tuan mereka.

Masing-masing masuk ke dalam bilik diorang.

Tangan mula diangkat dan rantai kunci dipegang.

Klik.

Kunci terbuka dan pintu terbuka luas.

Mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain.

Dengan keberanian yang ada Boboiboy terus melangkah masuk ke dalam bilik Solar.

Ktak.

Pintu tertutup rapat dan hanya mereka berdua di dalam bilik tersebut.

Langkah dibuka mendekati tuannya.

"Setelah sekian lama...akhirnya kau datang jumpa aku."

Solar bersuara dengan nada penuh kecewa.

"....Solar...aku terpaksa lakukan semua nih...dan maaf sebab kurung kau dalam nih...tapi..tapi aku masih gunakan kuasa kau b-"

Kata-kata Boboiboy terus dipotong oleh Solar.

"Ye kau guna bila terdesak. Itu pun dengan berpecah."

Solar menoleh kearah lain sebelum wajahnya dipegang dan Boboiboy membuatkan Solar memandang kearahnya.

"Aku tahu kau kecewa dapat tuan macam aku...tapi kau...kuasa kau buat aku takut...jadi bukan salah aku bila keputusan macam nih terjadi.."

Tangan Boboiboy terus ditempis kasar sehingga dia tersentak dengan tindakan Solar.

"Jadi kau nak salahkan aku sebab ada kuasa macam nih!?",bentak Solar.

Ini pertama kali Boboiboy melihat Solar marah di depannya.

Sebelum nih dia hanya marah dan beremosi bila lawan musuh tapi sekarang dia jadi camtu disebabkan Boboiboy.

"Maafkan aku...aku salah...tapi aku buat ini semua untuk kebaikan galaksi dan semua orang...jika kau dikurung di tempat yang jauh dan tidak diketahui sesiapa semuanya akan baik sahaja..itu satu jasa kau pada seluruh penduduk galaksi...kau patut bangga Solar ..",jelas Boboiboy cuba menenangkan elemental cahaya di depannya.

Ha.

"Jasa!? Korbankan kebebasan aku adalah satu jasa untuk semua orang!? Apa yang otak kau fikirkan Boboiboy!? Adakah kurung aku akan selesaikan semua masalah!?",soal Solar tidak berpuas hati dengan apa yang tuan dia fikirkan.

"Ye!! Semua orang akan selamat kalau kau takde!!! Aku boleh hidup tanpa risaukan kuasa kau."

Krak.

"Huff...hufff..."

Solar terus jatuh melutut ke lantai mendengar kata-kata Boboiboy.

Dadanya dipegang erat.

"S-solar? Kau kenapa?"

Belum sempat bahunya disentuh Solar terus mengesot sedikit jauh dari Boboiboy.

"Keluar dari bilik aku."

"Solar...biar aku jelaskan dulu.."

"Keluar tuan."

"M-maafkan aku..."

Boboiboy terus keluar dari bilik Solar dan pintu biliknya terus berkunci semula.

Solar menutup wajahnya dan tangisan mula kedengaran di dalam bilik tersebut.

Solar menutup wajahnya dan tangisan mula kedengaran di dalam bilik tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hisk...hisk..."

Bersambung....
Vote dan coment 🍁

Out Of Control Where stories live. Discover now